Salam Jumaat,
berombak-ombak dada aku ni. tadi berombak-ombak menahan kegelisahan dek menonton perlawanan bola sepak Kelantan dengan Serawak. berakhir dengan Kelantan kalah 0 - 1.
pastu tengah syok-syok tulis belog, tetiba entry aku taip tu hilang camtu je... mau tak berombak?
sedih sebab Kelantan kalah. dah la beberapa hari sebelum tu Kelantan dah kalah teruk dengan Sime Darby 0 - 4. tapi tu la bola sepak. takkan ada perlawanan yang tetiba dua-dua psukan menang. haha.. kekadang walaupun pasukan tu dah hebat, ramai bintang2 hebat, tapi kalau nak kalah tu, kalah jugek. nak kata main tak pandai, mustahillll... sumer tu depends pada tuah, tak banyak pun sikit. tak caya sudeh.
walaupun kalah, tu tak bermakna aku nak berpaling sokong pasukan lain. itu takkan terjadi (cehh poyonya dia). selagi adanya Piya dan Apek. dorang dua orang ni pemain Kelantan yang hingga hari ini kategori pemain setia. kesetiaan pada negeri. dan terkini aku minat sangat kat si Kecik tu. dia ni rajin bebenor kejar bola. pengganti Daudsu. dulu aku minat giler kat Daudsu. dulu la... rajin betul Daudsu kejar bola. laju giler berlari. cargass. dan dek kerana kecardasan berlari kejar bola la aku rasa dia dipinang oleh JDT. elokk masuk JDT, senyap kejap Daudsu ni, tak tau kenapa. dengar-dengar gossip kata Daudsu injerk. betul ke tak tu tak tau la. tapi kan kalau betul la Daudsu injerk, kira nasib kurang baik la untuk JDT, sebab melabur untuk pemain yang tak berupaya menyumbang kemenangan pada pasukan. dan Kelantan untung disitu huhu.
sekarang Wan Zaharul atau glamer dipanggil Kecik menjadi pujaan aku, menggantikan Daudsu. budak ni memang hebat di mata aku. hebat tu sebab dia terserlah. rajin kejar bola, laju pulak tu lari. eh, ke dia ni dulu atlit lumba lari eh? apa-apa pun, kehadiran Kecik ni buatkan aku dah tak rasa kehilangan Daudsu dah.
Tahniah untuk pasukan Serawak dan penyokong-penyokong mereka. dan untuk penyokong pasukan Kelantan, pliss, jangan dimaki pemain-pemain kita. sebab setinggi mana harapan kita sebagai penyokong nak pasukan kita menang, dorang sebagai pemain yang berletih-letihan kejar bola lagi nak menang. se frust-frust kita, frust lagi dorang. keep suporting them.
oyye, perlawanan kali ni, Kelantan ketiadaan jurulatih Mr Steve Darby. dengar gossip (gossip lagiii) kata Steve dah tak diperlukan dah. kali terakhir Steve dengan Kelantan adalah ketika perlawanan Kelantan menentang Sime Darby dengan kekalahan teruk 0 - 4. ramai jugak penyokong mintak dikeluarkan jugak si Forky Doe atau digelar Predator.
ramai jugak penyokong suka bila Steve Darby tidak lagi bersama Kelantan. aku pun hihi. bukan apa uolls, tahun sudah Kelantan ada Bojan Hodak. si Bojan ni nampak (kat TV, internet, sokabar) lebih 'masuk' dengan pemain. lebih agresif, dan lebih rapat gittew. dan Steve pulak, nampak dari kaca TV lebih pasif, macam penatt je. ibarat takde tenaga. mungkin jugak sebab Steve tu lebih kurus dan Bojan lebih gempal maka tenaga tu nampak lebih kat Bojan. haishh ntah la. macam tak menjadi je Kelantan main tahun ni. memang aku tak nafikan, aku memang nak Bojan jadi jurulatih Kelantan berbanding Steve. tapi, lagi sekali ditawan oleh JDT. almaklum la JDT banyak duit.
sapa taknak kan bila orang offer lebih, aku pun kalau kerja orang offer gaji lebih aku cabut. buat apa nak tunggu kan.
ok dah itu aje bebelan kali ni. aku nk tengok running man pulak.
selamat malam uolss
nite
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku