Tajuddin @ Tajul sekarang ni, sejak dah biasa tak pakai pampers di siang hari kan, amboi kemain lagi marah2 aku masa nak pakaikan pampers kat dia malam2 sebelum tido. kemainnnn sangat. sabo je la...
apapun, aku sangat la happy bila dia dah berjaya biasakan diri tanpa pampers. jimattttttt duit apak hang!
cuma tu la, bila nak keluar kemana2 yang ambik masa lama atas keter, terpaksa la jugak paksa dia pakai pampers khenn... hoi hangin terus diaaaa... 'joe tanak! joe tanak!!!' haishhhh la budak nih..
kat skolah pulak, ada la sehari dua dia terkucil lam suar...
tu masa awal2 je la. hari pertama, kedua, ketiga camtu...
pengasuh citer kat aku, mula2 dorang tanya 'joe, nak kencing tak? lajuuuuu je geleng kepala, tup tup basah suar. TT__________TT
'joe, nak kencing bagitau ye?' pastu terkulat-kulat muka dia langsung takde jawapan. sah! dia nak membuang la tu. lajuuu je pengasuh pimpim dia ke tandas. nasib sempat.
aku cakap ngan pengasuh, kalau boleh, kalau sejam Tajul tak kencing, bawak itu budak pergi tandas dan suruh dia kencing. biar dia biasakan pergi tandas sendiri tanpa di soal2. anak aku tu mungkin dia malu, mungkin dia segan, mungkin dia takut nak bagitau dia nak kencing...
sehari je pengasuh buat macam aku suruh tu, pastu terus anak aku ok sendiri. asal rasa nak kencing je dia sendiri pegi tandas. budak ni dia hanya perlukan PENGALAMAN PERTAMA sahaja. selagi dia blom try, payah la sikit. kau perlu dedahkan dia dengan pengalaman tu aje. pastu sumer akan jadi mudah.
ok tu je la update yang ntah hapa2... eh, bukan selalu ke entry aku ntah-hapa-hapa? kekeekeke...
babai..