omg!
walaupun tejuk entry bisa membantutkan napsu makan sapa2 yang membaca, tapi... ada ku kesah? hahaha
ok
sebenarnya ini fakta penting jugak bagi aku, dan aku rasa nak blog jugak pasal nih. ni kan belog aku? huhuh
pagi tadi sebelum masuk ofis, aku ada makan sebungkus nasi kerabu.
pastu, dah sampai ofis, dalam 2 jam lepas tu perut memulas mintak perhatian pantas.
lalu laju2 pergi toilet.
masa membuang tu (hoi aku is malu, tapi benda ni normal hokey, so sila perfikiran positif sikit yea hehehe) aku terperasan najis berwarna kelabu, ke hitam, ke kelabu? pendek kata tidak seperti biasa laa. lalu menghairankan aku.
aku ni bangsa cepat cuak. asal benda tu bukan seperti-kebiasaan bagi aku je, mesti aku pikir lelebih.. lebih ke arah yang buruk laa...
apsal dia hitam? selalu takk. walaupun hitam, tidak la kategori sembelit. kalau sembelit, ianya mesti keras. tapi ni takk, ianya lembutt je seadanya (jangan imagine plissss). macam takde apa2 yang pelik sangat... yang pelik ialah ianya HITAM!!
lalu aku pikir..
apa yang aku makan sehari dua ni?
aku ada telan apa2 ubat ke?
bila kali terakhir aku membuang?
hurm... #flashback ~ pandang ke langit#
malam rabu lepas (6/2/2013) aku pergi Sg Buloh, tengok baby sulung Cik a.k.a AyahCik kepada anak2 ku. pastu on the way balik tu, kami singgah makan stik kat Tree Stickhouse (aku ingat2 lupa nama kedai dia). aku makan grilled lamb chop. kambing tuuu... orang kata kalau kita makan daging (kambing tu daging laa), ianya ambik masa sehingga seminggu untuk hadam. betul ke idok tidak la aku pasti sangat. tapi bila najis hitam ni, aku ambik kira jugak la fakta ni.
pastu bulan lepas, aku ada beli cili api kecik2 merah menyala kat pasar malam. dorang longgok2 singgit sepinggan. banyak la jugak. aku beli sebab terpikat dengan rega singgit tu je. pastu balik rumah tak tau nak buat apa. selama 2 hari cili tu terbiar lam plastik. elok lagi. takde yang berlendir2 ke kecut2 ke hapa. mungkin sebab aku tak ikat dia kelemasan kot, tu yang elokkkk je lagi. ada la 2 biji yang rosak, aku kutip lalu tabur depan rumah dengan harapan benih boleh tumbuh jadi pokok. :)
pastu aku beli sebotol cuka makan, blend cili tu ngan cuka, letak sebijik bawang merah besar, garam dan gula. maka jadi la sambal kegemaran shaye..
sejak ada sambal tu, hampir tiap2 hari aku kaup sesudu makan dengan nasi. tak pun kalau aku masak mee goreng, aku makan dengan sambal tu jugak. sedap weyh. sumpah sedap. dia pedas masam manis gitu.
Khamis 7/2/2013, ada pasar tani kat TBK. aku telah membeli nasi kerabu. balik rumah makan, pon aku taruk my home made sambal tu. oh sorgaaaa kata ko..
and semalam Jumaat 8/2/2013, aku masak mee goreng sebagai menu makan malam kami. pon aku bedal sambal tu jugak bagi stone sikit. :p
pastu pagi ni, nasi kerabu. ada pedas sikit2.
itu la dia flashback pemakanan aku huhuh..
ubat? owh memang takde ambik apa2 ubat.
kali terakhir berak (sebelum tadi yang hitam tu) ialah semalam petang only. see? bukan la jenis payah berak pon.
lalu aku men-decide-kan, punca najis ku hitam adelah sebab pemakanan. tak lain dah ni.. mesti sambal tu dah. memang dia la ni.
tadi jugak, aku ada gugel2 nak tengok punca najis hitam. dan aku syak aku alami gastrousus berdarah kot. ada kemungkinan mana2 bahagian lam perut aku berdarah sebab terlebih asid ke, atau terlebih pedas ke, mana tau kan. aku syak saje la.
takut ni sebenarnya. mau tak takut. darah tuuu.. aku ni dah la jenis darah rendah.
harap2 la takde apa2 yang lebih teruk berlaku kat aku. takut weyh..
bagaimana pula nak hentikan kalau la betul ad pendarahan?
omg! puas aku gugel2 apa jenis makanan recommended if nak hentikan pendarahan, or nak neutralkan asid.
takde pon! mungkin aku tak reti taip keyword kot.
tapi aku ada terlintas nak beli air kelapa je pasni.
pon begitu aku takut jugak, if air kelapa boleh lagi burukkan keadaan?
omg!
heppppp heppppp!
ni kalo demam ni mesti lari pi klinik nih