Wednesday, 20 February 2013

Redha

dah lama tak update blog.

waktu ada citer, biziiiiii manjang. ntah hapa yang dibizikan pun tak tau. huhu

waktu tak bizi, macam takdak idea nak tulis apa. aku ni tak reti sangat nak tulis citer2 yang dah dua tiga minggu terjadi. macam tak feel pun ye.

ok. entry lepas aku ada bagitau pasal berak najis itam tu kan? kekekke... memalukan betul bila ingat balik. betul ke aku up entry tu? pasal taik lak tu. huishh dasar tak malu! kahkah

eh, tapikan, sapa la yang lebih faham diri kita selain dari kita sendiri? tul tak? sebenarnya dari segi efek kesihatan, apa2 saja yang pelik berlaku kat atas diri kita, atau yang keluar dari badan kita,  tu sebenarnya membawa satu petanda tu. nak kena jaga2 tu tau. jadi, sila jangan segan nak citer kat doktor perihal najis hitam ek? #kenyit mata#

kesimpulannya, kesihatan penyahtinjaan aku dah kembali ok semula. sekian terima kasih... hhehhe



hari ni, kat ofis


takdak apa yang menarik untuk ditulis kat blog.
cumanya, tak lama lagi, aku mungkin pindah ke ofis baru. kira betul2 ofis la. ofis aku yang sekarang ni agak tak semengah je rupa dia. habuk penuh kiri kanan. almaklum le aku kat site. habuk tu memang tak dapek dipisahkan dah. cume date sebenar perpindahan ke ofis yang lebih selesa dan bersih belum tau lagi. hari tu boss kata lepas raya cina. ni dah lepas dah ni, pun senyap sunyi jek. apa la dorang ni.

kelmarin, aku dikejutkan dengan berita sedih dari jiran depan rumah. si isteri dia kena masuk hospital serdang, buat pembedahan kecemasan sebab rahim pecah. pecah sebab mengandung luar rahim kata en nizam si suami. yang kesalnya, sebab tak tau kata diri mengandung. nasib baik jugak si isteri sempat diselamatkan. aku ngan Ngah ni pulak langsung tak tahu menahu. pagi kerja, petang balik ke pangkal jalan semata mata nak tido aje. apakah boringnya kehidupan seperti ini? huhuhuh.

kata en nizam, dia isteri dia kena operate hari sabtu tempohari. patut la aku nampak ramai sedara mara dorang minggu lepas. tak sangka ada kejadian sedih cenggitu.

tu pun tau pun sebab anak dia shahmil tumpang duk rumah aku petang senin lepas balik skolah. memang selalunya kalau mak pak shahmil lambat balik, dia tumpang duk rumah aku. Amir pun kalau aku belum sampai rumah, dia tumpang rumah shahmil. gitu.

so, masa shahmil tumpang tu, aku takde la sangka apa2. sampai pukul 8.30pm lebih kurang, baru en nizam datang jemput anak dia. baru la dia citer yang dia dari hospital serdang, ambik isteri dia bawak balik rumah. tu yang lambat, dan mintak maaf kat aku, takut nau anak dia nyusahkan aku. eh, takde hal la. kitakan jiran... aku pun rasa happy boleh tolong apa2 yang patut.

tu la dia.
sedih bila seorang ibu sudah tidak lagi boleh melahirkan anak ramai2. aku hafam perasaan tu. aku pun tumpang sedih. hoi, ingat senang ke terima hakikat dah tak boleh mengandung lagi? sumpah ralat. giler ralat. tapi tu la hidup. kena terima, dan belajar untuk REDHA.

aku pun redha bila Tuhan takdirkan aku untuk hanya ada 3 anak aje. padahal aku sangat berharap dapat beranak sampai 7 orang. 7 hokey. walaupun gaji tak seberapa, duduk pulak di kl, ada hari nak beranak ramai2 kan? kekekeke..

dan aku harap, en nizam dan isteri dia pun redha untuk terima ketentuan Tuhan. ok la tu en nizam, at least dah ada sepasang anak. cer tengok orang yang dah berpuluh tahun kawin blom ada anak. acaner?

hurm... dah la. aku nak sambung kerja

babai.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.