Monday, 25 February 2013

Pencuri yang menyedihkan

Minggu lepas kak yah sms aku bagi nombor telefon baru dia. pastu aku call tanya apsal dia tukar nombor baru. rupanya handphone dia kena curik. apakah? handphone zaman nokia 3210 tu pun ada orang terliur jugak ke. teruk betul citarasa si pencurik tu.

aku tanya ada syak sapa2 curik ke? kata kak yah, ni bukan syak lagi. memang dia tau sapa ambik. sebab ada saksi nampak. cumanya saksi tu budak umur 4 tahun. walaupun 4 tahun aje, jangan main2 weyh. siap boleh bagitau detail pencurik tu ambik pastu masuk poket pastu duk tak lama blah.

saksi pon bukan orang lain. cucu sulung kak yah jugak.



alkisahnya si pencurik tu pun bukan la orang lain. sedara mara jugak. budak pompuan umur 15 tahun. kira baru nak up. tengah gatai2 nak berchenta. budak ni waktu dia kecik2 dulu aku pun pernah dukung dia. comel budak ni. sebab mak dia comel. tapi sejak tau dia panjang tangan, dah tak comel dah. huhuhu..
rumah nenek dia berdekatan rumah mek aku. otometik dekat ngan rumah kak yah jugak.

kak yah aku citer. mak sedara budak ni buat kenduri naik rumah baru. jadi dia pun datang. tapi memandangkan ramai giler orang kat rumah makcik dia nih, dia lepak rumah kak yah. kak yah pulak pesen letak je apa2 barang macam handphone ke dompet ke merata2. kadang kat ruang tamu, kadang kat rak tv. kadang tu kat tepi sinki pon boleh. ye la sebab tak pernah berlaku apa2 kecurian sebelum ni. maka tak beringat.

hari yang handphone hilang tu, kak yah letak handphone dia kat meja tepi sofa ruang tamu. yang budak ni pun lepak sembang2 kat sofa tu jugak. sembang ngan murni ngan Isya yakni saksi kejadian katanya. masa murni takde la dia ambik. tapi masa tu Isya ada je kat situ. mungkin budak ni ingat Isya ni budak kecik kot tu yang dia berani ambik. pastu tak lama dia mintak diri nak balik rumah makcik dia.

kak yah aku tak perasan lagi masa tu. hinggalah masa dia rasa nak cek phone dia kot2 ada misscall ke sms ke, cari2 tak jumpa. sambil membebel mana la handphone aku nih... Isya pun bagi tau la kata kakak tadi tu ambik masuk dalam poket dia pastu balik. see? takkan la budak tu nak tipu kot. ok la katakan la Isya tu tipu.

jeng jeng jeng...

dua tiga hari lepas kenduri tu, sepupu budak pencurik ni datang rumah kak yah. si sepupu ni adelah anak makcik yang rumah dia buat kenduri tu la. aku namakan si sepupu ni sebagai A. pompuan jugak. umur berapa aku tak ingat tapi baya2 dorang tu jugak. kak yah tanya la ada ke nampak si F (pencurik tu) pakai handphone kak yah? kata A, dia memang nampak F guna handpfone lepas balik dari rumah kak yah. A siap tanya lagi 'wey la best la mu kak yah wi hendphone ko mu'. tapi dibalas balik oleh F 'mana ada, ni gewe aku baru wi kakku sakni'.. lalu A diam jela, dalam kemusykilan, sebab heran bila masa F ada gewe.

kak yah ada jugak jumpa budak F ni tanya, dan cakap kalau dah ambik tu ambik je la, cuma kak yah nak simkad tu aje, sebab banyak nombor penting yang dia save dalam tu. dan sedara mara pun memang contact pakai nombor tu je sejak azali. azali tu tak tahan..

mampuih tak mengaku walaupun ada saksi. orang berak tengah jalan sapa nak ngaku weyh!

budak F ni dah tak skolah dah. sebab apa tak skolah tu tak tau la haku. dan tak bijak. kalau dah rembat handphone orang, pastu murni call dia jawab panggilan tu nak panggil apa kalau bukan bodoh? 

budak ni harap je akil baligh, tapi akai dia pendek sikit. kalau la dia bijak, hendphone bunyik pastu naik nama murni (kak yah save nama anak bongsu dia as Murni) takkan dia jawap panggilan tu. hoi la pencurik. kau ni nak jadi pencurik pon tak pass. buat malu mak pak aje.

and yes, memang mak dia malu giler ngan kak yah aku. sebab dia tau memang anak dia ambik hendphone tu. kak yah bagitau, dia terserempak ngan si mak ni kat pekan Machang, terus si mak ni menyusup dan jalan belah lain. kesian pon kesian aku dengar citer tu. tak pasal2 mak dia ketermaluan.

hurm..

tak tau la nak cakap dah.

baik benti sini dulu.

babai













yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.


Saturday, 23 February 2013

Kelantan seri dengan Pahang 2 sama

ni dia pengulas-sukan-lantik-sendiri sudah mari..kakakakaka...

baru je lepas tengok lawan bola sepak Kelantan lawan Pahang.
aku tak tau pun ada bola Kelantan main malam ni.

perasan pon kat kedai mamak tadi, masa bawak si Tajul dinner roti telur. Tajul ni sekarang amat la liat makan nasi. petang tadi dia tertidor tak makan nasi. cuma ratah telur dadar je. pastu bangun tido pun taknak nasi. puas pujuk makan nasi eh taknak dia. lalu aku tanya nak makan apa. dia kata nak makan roti telur. ah, sudah... tak pasal2 aku kena kuar bawak dia kedai mamak.

kat kedai tu la aku terperasan ada lawan bola.
dah tu cecepat balik rumah nak sambung tengok.
sampai je rumah rupanya Ngah dah hadap pon bola. masa aku tengok kat kedai mamak tu, Kelantan dah sumbat satu gol, oleh si hensem Farhan kalau tak silap aku. lebiu Farhan. lebiu!

sambung tengok bola kat rumah pulak.
yang terpaling aku hangin satu badan tu, yang masa pemain Pahang jersi nombor 21 (kalau tak silap la). ada ke patut siap pijak lagi pemain Kelantan tuu.. nasib baik pengadil bagi kad merah kat dia, kalau tak mungkin KAFA kena denda ribu riban lagi gara-gara stadium kena bakar hahahaha... panas  hati weyh tengok kalau sampai kena pijak2 gitu kekdahnya. gila ke hapa. berombakkkk je dada aku ni ha..

sebab Pahang dah tinggal 10 pemain aje sebab si nombor 21 dah kena kad merah, aku sangka boleh la Kelantan tambah gol. eh, dapatttt tapi sekejapan aje la bersuka ria. tak sampai 5 minit pon, Pahang pulak dah dapat tendangan penalti. sudahnya seri 2 sama. sampaiiiii la ke tamat permainan.

hebat weyh Pahang tahun nih. macam tak tersangka-sangka haku. Kelantan pulak tak berapa cemerlang aku rasa. sebab main kalau tak kalah, seri. kalau menang pun tipis aje. tapi, tipis pun menang kan? cuma tu la, mata terkumpul tu kureng sikit la. tu yang kedudukan tercorot tu.

walaupun tercorot, sejujurnya masih patut dibanggakan lagi la. bangga pasal apa? ntah, saje je nak bangga, takleh? hahahha ada nak kena sekeh ni kang...

dalam rumah ni, aku orang Kelantan, so, adalah sangat logik kalau aku sokong negeri aku. memang pon aku peminat tegar TRW. Ngah pulak orang Pahang. kalau ikut logik dan semangat patriotisma la kan, patut dia tu sokong Pahang. ni takkk, di makinya pemain Pahang tu bila ada pemain Kelantan dijatuhkan. apakah?? musykil haku dengan orang tua nih..

tengok tak tadi Khairul Fahmi Che Mat yang jatuh berlipat masa nak tepis bola tu? hoiiii nasib baik takde patah leher ke terkehel ke hapa. risau gak tadi. harap2 la takde apa2. aku tak harap kat penjaga gol ketiga Kelantan tu. apa nama dia eh? yang kecik kurus putih2 tu.  hoi jangan lerrr...tak harap, tak harap...

ok dah.
itu je untuk kali ni...

carutan yang mungkin agak emo dan ntah hapa2 dari aku..yang kononnya peminat tegar TRW tapi nama pemain pon tak tau. pui!

sekian

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.

Wednesday, 20 February 2013

Redha

dah lama tak update blog.

waktu ada citer, biziiiiii manjang. ntah hapa yang dibizikan pun tak tau. huhu

waktu tak bizi, macam takdak idea nak tulis apa. aku ni tak reti sangat nak tulis citer2 yang dah dua tiga minggu terjadi. macam tak feel pun ye.

ok. entry lepas aku ada bagitau pasal berak najis itam tu kan? kekekke... memalukan betul bila ingat balik. betul ke aku up entry tu? pasal taik lak tu. huishh dasar tak malu! kahkah

eh, tapikan, sapa la yang lebih faham diri kita selain dari kita sendiri? tul tak? sebenarnya dari segi efek kesihatan, apa2 saja yang pelik berlaku kat atas diri kita, atau yang keluar dari badan kita,  tu sebenarnya membawa satu petanda tu. nak kena jaga2 tu tau. jadi, sila jangan segan nak citer kat doktor perihal najis hitam ek? #kenyit mata#

kesimpulannya, kesihatan penyahtinjaan aku dah kembali ok semula. sekian terima kasih... hhehhe



hari ni, kat ofis


takdak apa yang menarik untuk ditulis kat blog.
cumanya, tak lama lagi, aku mungkin pindah ke ofis baru. kira betul2 ofis la. ofis aku yang sekarang ni agak tak semengah je rupa dia. habuk penuh kiri kanan. almaklum le aku kat site. habuk tu memang tak dapek dipisahkan dah. cume date sebenar perpindahan ke ofis yang lebih selesa dan bersih belum tau lagi. hari tu boss kata lepas raya cina. ni dah lepas dah ni, pun senyap sunyi jek. apa la dorang ni.

kelmarin, aku dikejutkan dengan berita sedih dari jiran depan rumah. si isteri dia kena masuk hospital serdang, buat pembedahan kecemasan sebab rahim pecah. pecah sebab mengandung luar rahim kata en nizam si suami. yang kesalnya, sebab tak tau kata diri mengandung. nasib baik jugak si isteri sempat diselamatkan. aku ngan Ngah ni pulak langsung tak tahu menahu. pagi kerja, petang balik ke pangkal jalan semata mata nak tido aje. apakah boringnya kehidupan seperti ini? huhuhuh.

kata en nizam, dia isteri dia kena operate hari sabtu tempohari. patut la aku nampak ramai sedara mara dorang minggu lepas. tak sangka ada kejadian sedih cenggitu.

tu pun tau pun sebab anak dia shahmil tumpang duk rumah aku petang senin lepas balik skolah. memang selalunya kalau mak pak shahmil lambat balik, dia tumpang duk rumah aku. Amir pun kalau aku belum sampai rumah, dia tumpang rumah shahmil. gitu.

so, masa shahmil tumpang tu, aku takde la sangka apa2. sampai pukul 8.30pm lebih kurang, baru en nizam datang jemput anak dia. baru la dia citer yang dia dari hospital serdang, ambik isteri dia bawak balik rumah. tu yang lambat, dan mintak maaf kat aku, takut nau anak dia nyusahkan aku. eh, takde hal la. kitakan jiran... aku pun rasa happy boleh tolong apa2 yang patut.

tu la dia.
sedih bila seorang ibu sudah tidak lagi boleh melahirkan anak ramai2. aku hafam perasaan tu. aku pun tumpang sedih. hoi, ingat senang ke terima hakikat dah tak boleh mengandung lagi? sumpah ralat. giler ralat. tapi tu la hidup. kena terima, dan belajar untuk REDHA.

aku pun redha bila Tuhan takdirkan aku untuk hanya ada 3 anak aje. padahal aku sangat berharap dapat beranak sampai 7 orang. 7 hokey. walaupun gaji tak seberapa, duduk pulak di kl, ada hari nak beranak ramai2 kan? kekekeke..

dan aku harap, en nizam dan isteri dia pun redha untuk terima ketentuan Tuhan. ok la tu en nizam, at least dah ada sepasang anak. cer tengok orang yang dah berpuluh tahun kawin blom ada anak. acaner?

hurm... dah la. aku nak sambung kerja

babai.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.








Saturday, 9 February 2013

Najis hitam

omg!

walaupun tejuk entry bisa membantutkan napsu makan sapa2 yang membaca, tapi... ada ku kesah? hahaha

ok
sebenarnya ini fakta penting jugak bagi aku, dan aku rasa nak blog jugak pasal nih. ni kan belog aku? huhuh

pagi tadi sebelum masuk ofis, aku ada makan sebungkus nasi kerabu.
pastu, dah sampai ofis, dalam 2 jam lepas tu perut memulas mintak perhatian pantas.
lalu laju2 pergi toilet.

masa membuang tu (hoi aku is malu, tapi benda ni normal hokey, so sila perfikiran positif sikit yea hehehe) aku terperasan najis berwarna kelabu, ke hitam, ke kelabu? pendek kata tidak seperti biasa laa. lalu menghairankan aku.

aku ni bangsa cepat cuak. asal benda tu bukan seperti-kebiasaan bagi aku je, mesti aku pikir lelebih.. lebih ke arah yang buruk laa...

apsal dia hitam? selalu takk. walaupun hitam, tidak la kategori sembelit. kalau sembelit, ianya mesti keras. tapi ni takk, ianya lembutt je seadanya (jangan imagine plissss). macam takde apa2 yang pelik sangat... yang pelik ialah ianya HITAM!!

lalu aku pikir..
apa yang aku makan sehari dua ni?
aku ada telan apa2 ubat ke?
bila kali terakhir aku membuang?

hurm... #flashback ~ pandang ke langit#
malam rabu lepas (6/2/2013) aku pergi Sg Buloh, tengok baby sulung Cik a.k.a AyahCik kepada anak2 ku. pastu on the way balik tu, kami singgah makan stik kat Tree Stickhouse (aku ingat2 lupa nama kedai dia). aku makan grilled lamb chop. kambing tuuu... orang kata kalau kita makan daging (kambing tu daging laa), ianya ambik masa sehingga seminggu untuk hadam. betul ke idok tidak la aku pasti sangat. tapi bila najis hitam ni, aku ambik kira jugak la fakta ni.

pastu bulan lepas, aku ada beli cili api kecik2 merah menyala kat pasar malam. dorang longgok2 singgit sepinggan. banyak la jugak. aku beli sebab terpikat dengan rega singgit tu je. pastu balik rumah tak tau nak buat apa. selama 2 hari cili tu terbiar lam plastik. elok lagi. takde yang berlendir2 ke kecut2 ke hapa. mungkin sebab aku tak ikat dia kelemasan kot, tu yang elokkkk je lagi. ada la 2 biji yang rosak, aku kutip lalu tabur depan rumah dengan harapan benih boleh tumbuh jadi pokok. :)
pastu aku beli sebotol cuka makan, blend cili tu ngan cuka, letak sebijik bawang merah besar, garam dan gula. maka jadi la sambal kegemaran shaye..

sejak ada sambal tu, hampir tiap2 hari aku kaup sesudu makan dengan nasi. tak pun kalau aku masak mee goreng, aku makan dengan sambal tu jugak. sedap weyh. sumpah sedap. dia pedas masam manis gitu.

Khamis 7/2/2013, ada pasar tani kat TBK. aku telah membeli nasi kerabu. balik rumah makan, pon aku taruk my home made sambal tu. oh sorgaaaa kata ko..

and semalam Jumaat 8/2/2013, aku masak mee goreng sebagai menu makan malam kami. pon aku bedal sambal tu jugak bagi stone sikit. :p

pastu pagi ni, nasi kerabu. ada pedas sikit2.

itu la dia flashback pemakanan aku huhuh..

ubat? owh memang takde ambik apa2 ubat.

kali terakhir berak (sebelum tadi yang hitam tu) ialah semalam petang only. see? bukan la jenis payah berak pon.

lalu aku men-decide-kan, punca najis ku hitam adelah sebab pemakanan. tak lain dah ni.. mesti sambal tu dah. memang dia la ni.

tadi jugak, aku ada gugel2 nak tengok punca najis hitam. dan aku syak aku alami gastrousus berdarah kot. ada kemungkinan mana2 bahagian lam perut aku berdarah sebab terlebih asid ke, atau terlebih pedas ke, mana tau kan. aku syak saje la.

takut ni sebenarnya. mau tak takut. darah tuuu.. aku ni dah la jenis darah rendah.

harap2 la takde apa2 yang lebih teruk berlaku kat aku. takut weyh..

bagaimana pula nak hentikan kalau la betul ad pendarahan?

omg! puas aku gugel2 apa jenis makanan recommended if nak hentikan pendarahan, or nak neutralkan asid.

takde pon! mungkin aku tak reti taip keyword kot.

tapi aku ada terlintas nak beli air kelapa je pasni.
pon begitu aku takut jugak, if air kelapa boleh lagi burukkan keadaan?

omg!

heppppp heppppp!

ni kalo demam ni mesti lari pi klinik nih



Friday, 8 February 2013

Toilet Train Dah Berjaya :)

Tajuddin @ Tajul sekarang ni, sejak dah biasa tak pakai pampers di siang hari kan, amboi kemain lagi marah2 aku masa nak pakaikan pampers kat dia malam2 sebelum tido. kemainnnn sangat. sabo je la...

apapun, aku sangat la happy bila dia dah berjaya biasakan diri tanpa pampers. jimattttttt duit apak hang!

cuma tu la, bila nak keluar kemana2 yang ambik masa lama atas keter, terpaksa la jugak paksa dia pakai pampers khenn... hoi hangin terus diaaaa... 'joe tanak!  joe tanak!!!' haishhhh la budak nih..

kat skolah pulak, ada la sehari dua dia terkucil lam suar...

tu masa awal2 je la. hari pertama, kedua, ketiga camtu...
pengasuh citer kat aku, mula2 dorang tanya 'joe, nak kencing tak? lajuuuuu je geleng kepala, tup tup basah suar. TT__________TT

'joe, nak kencing bagitau ye?' pastu terkulat-kulat muka dia langsung takde jawapan. sah! dia nak membuang la tu. lajuuu je pengasuh pimpim dia ke tandas. nasib sempat.

aku cakap ngan pengasuh, kalau boleh, kalau sejam Tajul tak kencing, bawak itu budak pergi tandas dan suruh dia kencing. biar dia biasakan pergi tandas sendiri tanpa di soal2. anak aku tu mungkin dia malu, mungkin dia segan, mungkin dia  takut nak bagitau dia nak kencing...

sehari je pengasuh buat macam aku suruh tu, pastu terus anak aku ok sendiri. asal rasa nak kencing je dia sendiri pegi tandas. budak ni dia hanya perlukan PENGALAMAN PERTAMA sahaja. selagi dia blom try, payah la sikit. kau perlu dedahkan dia dengan pengalaman tu aje. pastu sumer akan jadi mudah.

ok tu je la update yang ntah hapa2... eh, bukan selalu ke entry aku ntah-hapa-hapa? kekeekeke...

babai..





Tuesday, 5 February 2013

kereta rosak lagi :(

antara azam baru aku tahun ni adelah untuk kurangkan ambik cuti. ehem ehem...

tapikannnn...
masukkk je bulan Feb ni dah apply EL. hari sabtu hari tu. gara2 keter tetiba takleh start. huhuhu...
rugi je rasa.
ye la. bangun pepagi.. siap2kan diri sendiri.
pastu siap2kan anak nak hantar taska.
tup2 nak start enjin keter tak hidup...
terpaksa la mesej bos kata EL...
kalau tau baik takyah bangun awal. tidoooooooo je

pagi ni pon keter buat hal lagi.
jenuh aku start takkk idup idup.

agak2 dah fedap, aku cari phone nak call Ngah.
call call tapi tak leh. sebab aittime aku dah habis... pfttt...

pastu aku try gak start balik enjin keter tu. mana la tau kot2 menjadik ke kan. hampeh gak.

jiran aku Yus a.k.a suami Ija menjengok. lalu offer nak bantu.
tapi tak berjaya jugak, almaklum la dia bukan mekanik, lagikan keter dia pon laki aku yang tolong tengokkan. huhuhu.. ye la, dia kerje bukan bidang keter, lain la Ngah.

mungkin agaknya tak sampai hati kot tengok aku terhegeh2 bukak bonet keter macamkan aku pandai sangat kahkahkah... apa pon tak vley..


Yus  tau kot aku tak dapek nak kontek Ngah, lalu dia pon dialkan pakai handphone dia.
pastu pass kat aku. timer kasih la Yus...

cakap lebih kurang ngan Ngah. Ngah kata nak balik kejap. ok setel.

Yus ajak Tajul naik motor ngan dia, konon nak hantarkan sekali ke taska la. anak dia Hafiz pon skolah kat taska yang sama.

tajul??  mana la dia nakkk. terus lari menyusup ke dapur. takut sangat orang tangkap dia.

sambil tunggu Ngah, baik cari breakfast dulu.
angkut Ammar ngan Tajul naik motor. merempit ke foodcoutr BK4. beli nasi kerabu ngan laksam.
balik2 tengok Ngah dah sampai. ngan sorang kawan dia. cepat betul?

godek punya godek pon tetapla tak idup keter tu. mungkin nak kena tukar seketul bateri tu kot. atau mungkin ada benda lain rosak selain bateri ke, ntah la. almaklum keter tu sebenarnya dah boleh masuk muzium pon wakakakakaka...

so, itu je la kisah sendu di pagi hari ku.