Ni sebenarnya plan Ngah dan kawan-kawan officemate dia. Dorang yang pilih tempat, tong-tong duit barang makanan dan BBQ, sewa penginapan dan semuanya lah.
Tahun ni 31 Ogos jatuh hari Jumaat. Sabtu aku memang off sebab sabtu minggu pertama. Ngah dan kawan-kawan tempat kerja dia mana yang join tu semua apply cuti.
Menurut Ngah, dorang kali ni tak konvoi, sebaliknya pergi sendiri-sendiri dan janji jumpa kat Lopo Village tengahari dalam pukul 2, 3 gitu la kalau tak silap aku. Pagi tu kitorang berdua dating kat kedai mamak dulu. Anak-anak aku semua taknak ikut, memasing pakat layan tv citer kartun. Amir sekarang ni susah benar ajak keluar ngeteh. Dia lebih suka keluar ngan kawan-kawan sebaya. Joe pulak mentang-mentang abang dia taknak ikut, dia pun taknak ikut jugak. Dah tu Ammar bila abang-abang dia nak lepak depan tv kat rumah, harus lah dia pun taknak join kitorang ngeteh.
Dalam pukul 2.30petang kitorang sampai Lopo. tengok-tengok family Usop dah sampai. Aku tanya wife Usop pukul berapa sampai, dia kata lebih kurang pukul 12tengahari. Adudu.. awalnya. Memandangkan Ngah yang book chalet, dorang terpaksa tunggu Ngah sampai. Aku risik kat Ngah sebab rasa bersalah dorang dah 2 jam lebih tunggu kami, Ngah kata memang janji jumpa kat sini dalam pukul 2 camtu. Kalau datang awal pun bukan boleh check-in awal. Kena tunggu jugak hingga pukul 3petang baru ada bilik kosong. Masa tu bilik memang penuh. Baru lega aku dengar.
Beberapa minit kitorang sampai, family lain pun sampai. Ahli paling lewat sampai adalah pasangan pengantin baru. Lepas Asar dorang sampai. Terpaksa redho dapat bilik takde katil sebab ahli yang tiba awal dah pilih bilik dulu. Takpe la pengantin, janji ada tilam HAHA..
Dah check-in, terus kitorang punggah barang BBQ ke khemah yang disediakan. Khemah ni sebenarnya hanyalah bumbung yang bersambung dengan bilik nombor 2 iaitu bilik paling hujung menghadap sungai. Bilik ni pun team kitorang jugak yang sewa.
Masa sampai tu dapur BBQ tak ada, patutnya ada la sebab Ngah dah request semasa booking, tapi digunakan oleh pengujung 'walk-in' situ kot. So tunggu sampai dorang balik baru kitorang boleh guna.
Masa kitorang pergi adalah musim hujan. Setiap petang atau malam, selalu hujan, so air keruh berbanding kalau kita search kat internet.
Keruh pon layannn |
Bilik kitorang nombor 10. |
Bilik kitorang menghadap sungai. Kalau tak silap aku, semua bilik bernombor genap adalah menghadap sungai, nombor ganjil menghadap jalan dan seberang jalan adalah ruang parking kereta. Sebelah kanan bilik aku adalah surau dan sebelah kiri adalah bilik Usop sekeluarga.
Harga bilik yang menghadap sungai RM90/night manakala bilik menghadap jalan RM80/night. Semua bilik chalet ni ada bilik mandi, sebuah katil dan tilam queen size, dan sebuah meja kecil. Ada satu j plug point bagi setiap bilik so kalau nak lebih, silakan bawah extension wire ye.
Pandangan dari pintu bilik aku. Masa mula-mula check-in lupa nak snap gambar. Dah bersepah baru teringat. |
Bilik takde la mewah. Tapi bagi aku dah okey sangat dah ni. Duduk dalam hutan tambah pulak dengan rega tak sampai 100 memang boleh sangat dah ni oii.
Nak murah lagi pun ada. Kat seberang sungai tu ada bangsal berbentuk piramid. RM50 je tapi situ takde tandas dan bilik mandi. Nak berak sila pergi ke tandas awam seberang sungai tu. Untuk kitorang yang bawa anak-anak kecil rasanya kurang sesuai kalau takde tandas ni. Yang masih bujang memang sesuai sebab lebih feel duduk hutan. Bangsal piramid takde kipas tapi sejukkkk je waktu malam. Kalau nak book bangsal piramid, paling strategik adalah bangsal nombor 1, yang paling hujung kat belah atas. Situ aku perasan bangsal dia redup sebab terlindung oleh bayang pokok-pokok hutan. Waktu tengahari panas pun bangsal hujung tu memang sentiasa teduh. Nampak lebih privacy.
Penampakan sebatang rebung. Tapi tak pasti rebung buluh ni boleh makan ke tak |
Bilik aku berdekatan dengan rimbunan pokok buluh nun. |
Nampak tak bangsal piramid kat seberang sungai tu? |
Aku teringin nak buat sinki macam ni kat rumah mek. means kat luar rumah. Senang banyak oii. |
Nanti nak beli. Aku tak try pon tapi Ngah kata sedap |
Ni pulak adalah bangsal untuk disewa oleh pengunjung walk-in. Aku tak pasti berapa harga sewa. Boleh wasap tanya.
Surau |
Ni je la satu-satunya kedai makan. Kalau terdesak boleh datang beli kat sini. Tapi dah namanya berkelah harus lah bawa bekal makanan dariu rumah ye dak?
Nak booking? boleh hubungi admin Lopo Village |
Sebab airnya sangat sejuk, Joe mandi tak sampai sejam dah minta tukar baju. Aku pun bawa kebilik suruh mandi dan ganti baju baru. Eh eh tak sampai setengah jam pakai baju kering, dia mintak nak terjun balik. Dah la bawa baju cukup-cukup je. Aku suruh dia tukar balik pakai baju basah tadi dia taknak. Sejuk katanya. Dah tu kalau mandi dengan baju kering, baju tu nanti basah juga, nanti sejuk juga. Degil budak ni taknak dengar nasihat orang. Terjun jugak dengan baju kering. Pastu dalam setengah jam naik jumpa aku cakap nak tukar baju. Eeeee takde takde. Kau mandi dulu sampai maghrib baru naik. Pastu baru tukar baju. Asik terjun tukar baju, terjun tukar baju, habis? malam nanti nak tidur bogel? Dah la sejuk giler musim ni.
Malam, kitorang makan BBQ.
Lauk pauk BBQ incharged by Aidy dan isterinya. Ini kitorang tong-tong duit RM50/family. Banyak jugak lauk Aidy provide. Ayam, ikan mackarel dan kambing. Nasi kitorang masak menggunakan rice cooker bawak dari rumah. Isteri Aidy bawak sup juga sebagai kuah. Dan sayur salad. Air kopi o kaww. Kitorang masak air guna cerek letrik juga bawa dari rumah. Silapnya kitorang tak bawak wire extension. Kalau bawak, nasi dan air boleh dimasak kat khemah BBQ je. Ni dah la setiap bilik hanya ada 1 plug poin je, bilik Aidy masak nasi. Bilik aku masak air. Dah masak, hantar ke khemah.
Rojak buah |
Tidur malam tu sejuk takyah cakap la. Hinggakan aku tersedar tengah-tengah malam terpaksa pakai seluar dua lapis. Baju pun aku pakai 2 lapis. Amir menggerekot tidur. Oh ya kitorang bawak totto dari rumah. 3 beradik tidur atas totto. Nampak sejuk terpaksa Ngah selimutkan Amir dengan sejadah. Mujur semunya bawak baju tidur lengan panjang. Mujur jugak Joe masih ada baju, kalau tak, terpaksa dia tidur bogel kesejukan. HAHA
Pagi esoknya, aku tersedar pukul 6.15pagi. Aku jenguk ke khemah BBQ takde sape pon kat situ. Tak tau nak buat apa, aku sambung tidur. Sedar-sedar dap pukul 8.30pagi. Ngah dah keluar ke khemah. Aku pon keluar tengok-tengok dah siap pon nasi goreng 2 jenis. Satu letak ikan makarel lebihan semalam, satu lagi nasi goreng letak kambing lebihan semalam jugak. Adudu.. kesian kat wife Aidy masak sorang-sorang. Aku nak tolong sebenarnya tapi masa aku jenguk tu belum ada sapa-sapa kat khemah. Rupanya dia siapkan bahan-bahan nasi goreng kat bilik dia.
Pukul 9pagi, Ngah dan beberapa orang kawan dia pergi hiking. Yang nak balik dah pun ada. tinggal aku mandi sambil teman anak-anak mandi. Usop pon tak joint hiking. Elok jugak, kalau pergi semua nanti kalau terlambat turun karang susah pula. Nak check-out dalam keadaan barang-barang banyak lagi belum kemas ni.
Tuan tanah day 1 |
Suruh senyum |
Pagi hari kedua, air sungai kelihatan lebih keruh. Penangan hujan malam tadi. Air pun deras sikit tapi masih seronok mandi.
Dah tengahari baru team hiking turun.
Nampak tak tu? Pandai berlakon ye. Kawna Ngah nampak aku snap gambar dorang, terus pura-pura pangku Ngah konon-konon cedera la tu. HAHA
Eh eh baru aku perasan bilik paling tepi mengadap sungai yang bercantum dengan bumbung BBQ adelah bilik nombor 1 hahaha.