Saturday, 1 September 2018

Daging Korban 2018

Tahun ni Alhamdulillah aku dapat ambil bahagian untuk ibadah korban. Dan syukur jugak masih dapat lembu sepupu aku macam sebelum ni. Rumah sepupu aku nama kak Maznah (aku panggil Nah sejak kecil lagi) sebelah rumah mek je. So tak kelam kabut sangat lepas solat raya nak terkejar-kejar ke tempat sembelihan lembu korban. Walaupun tahun ni aku uzur takleh solat raya. huhu.

Sebenarnya ambil bahagian korban ni last minute tau. Lebih kurang lagi sebulan nak raya haji, aku ada call tanya kakyah Nah ada buka lembu korban tak tahun ni. Kakyah kata ada tapi dah penuh. Harga sebahagian dari 7 bahagian adalah RM550. Kiranya aku dah terlepas la. Takpe la, aku fikir tahun-tahun depan la kalau macam tu.

Pastu 2 minggu sebelum raya aku call lagi kakyah sekadar nak sembang-sembang. Kakyah bukak cerita kata lembu Nah ada lagi kalau nak ambik bahagian korban. Nah buka untuk lembu kedua pulak memandangkan banyak permintaan. Lembu kedua kecil sedikit berbanding lembu pertama. Harga sebahagian (dari 7 bahagian) adalah RM500 je. Tapi aku tengok saiz lembut tu lebih kurang je, tak ketara sangat. Nah tengok gambar lembu pertama dan kedua.

Lembu pertama. sebahagian korban berharga RM550.

Lembu kedua. Sebahagian korban berharga RM500. Aku ambil bahagian dalam lembu ni.

Ramai orang suka lembu Nah kerana lembu ni baka lembu padi, maksudnya lembu kampung yang tidak dikacukkan. Lembu ni memang bersaiz kecil jika dibandingkan dengan lembu kacuk (biasa orang kampung panggil lembu carole) dan dah tentu harganya pun lebih murah berbanding lembu carole.

Suami Nah (aku panggil Abe Li) kata semasa dia pusing-pusing dalam kampung,  dia dapat tahu tempat lain takde harga RM500. Rata-rata harga melebihi RM600 dan paling tinggi tahun ni mencecah hingga RM800 pun ada. Ye, lembu carole memang layak la harga mahal.

Tapi bagi aku, lembu padi saiz begini dah ok. Lembu pun sihat, cukup umur, sado elok tak kurus hingga menampakkan tulang rusuk, tiada cacat cela dan layak sebagai binatang korban.
Jadi, orang ada-ada silalah ambil bahagian lembu mahal, lembu padi yang murah ni biar kami orang kampung yang tak berapa nak ada ni yang pulun. HAHA

Lembu kedua Disembelih dulu
Asalnya Abe Li prepare untuk sembelih lembu pertama dulu, tapi seorang daripada 7 orang yang berkongi bahagian lembu pertama belum sampai. Memandangkan 7 orang ahli korban lembu kedua dah cukup, AyahMud sembelih lembu kedua dulu.
AyahMud selaku tukang sembelih lembu korban dah sampai. Jangan biar dia menunggu sebab dia kena pergi sembelih lembu tempat lain pulak.



Dilapah oleh sesama ahli korban.
Sedaya upaya membahagi daging korban biar sama rata.
Cara kami bahagi daging, daging bahagian peha kami bahagi sama rata 7 bahagian. Semua dapat sama rata bahagian peha. Kemudian daging bahagian perut misalnya, pun kami bahagi sama rata 7 bahagian. Dengan cara itu semua pun dapat bahagian yang saksama dan adil. 

Ini salah satu hikmah kenapa seekor binatang korban bahagiannya wajib 7. Kenapa bukan 4 bahagian? kan binatang ada 4 kaki? kan senang? kenapa bukan 6? kenapa perlu nombor ganjil 7? Itulah salah satu hikmah kepada orang yang berfikir. Jika dah berusaha membahagi daging korban seadilnya, namun masih rasa kurang puas hati, berusahalah nasihatkan hati sendiri, kita sedang melakukan ibadah sunat muakkad, bukannya berjual beli. Hamboiiiii kakak ngko nasihatkan sape tu? hahaha. nasihatkan diri sendiri je 😂😂

Selesai membahagi
Kat rumah mek takde kapak. Kapak arwah ayah dah hilang ntah sape ambik. Jadi sementara ada kapak kat lokasi ni, jom la kita potong tulang gearbox dan tulang rusuk supaya senang balik rumah tinggal nak basuh je. Pastu rebus buat singgang.




Lembu pertama disembelih
tuan tanah.

Penonton. Cucu kakyah ni


Balik rumah, aku timbang daging sekadar nak tahu dapat berapa kilo. 
Semua kategori daging dapat 9.9kg.
Hati, paru, pedal, lemak dan tulang dapat 5.7kg
Perut langsung tak timbang. 

9.9kg




Perut lembu yang dilumur kapur sirih.
Untuk bersihkan perut lembu, perut perlu dilumurkan kapur sirih dan dibiarkan selama 30minit. Aku biarkan 3 jam HAHAHA. Kerana duk ralit potong daging. Takde sape tolong. Aku dengan NGah je. Kakyah sibuk uruskan kambing kat rumah dia. Kematu bontot kerjakan daging korban.

Perut muda tak payah lumur kapur sirih. Hanya bersihkan dan rebus. Nak masak air asam perut
Tahun ni, daging korban aku tak bahagi semua. Aku bahagi sikit kat beberapa orang je. Selebihnya aku serahkan kat kakyah untuk masak 'singgang pukok' untuk jamuan esoknya. Ohya, raya haji kedua anak kakyah (Murni) adakan majlis akikah 2 ekor kambing untuk anak sulongnya. Jadi sedang molek la tu. Sekali harung masak daging korban. Kambing 2 ekor tu, seekor kakyah masak kerutuk, seekor lagi sebagai kambing golek.
Malam tu kakyah 'mmati awah' untuk kerutuk kambing.


Cempedak super banyak. Oh rindunya nak balik kampung petik cempedak.
Sekian gambar kenangan hari raya korban 2018 untuk kenangan diri sendiri. 

Sesiapa yang gugel dan jumpa entry ni, sama ada anda muslim atau tidak, jika rasa gambar-gambar kakak ni berbentuk menganiayaan kepada binatang dan seumpamanya, firstly sila jangan gudge emotionally. Please ye. Sila baca dahulu fakta tentang ibadah korban. Banyak info tentangnya. Salah satunya boleh link ke http://alkahfi.com.my/hukum-hakam-korban/

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku