Monday, 14 May 2018

Cuti Sempena Balik Mengundi PRU14

Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) tahun ni telah pon diadakan pada hari Rabu 9/5/2018. Dah selesai pon.

Termasuk PRU14 ni, adalah kali kedua aku balik mengundi, sementara Ngah pulak kali ni adalah pengalaman pertama dia mengundi. Padahal PRU13 dulu dia balik Kelantan jugak, saja taknak pergi mengundi. Tak sempat katanya. Ngah mengundi di SK Padang Garong 1, Kota Bharu. IC dia pun masih alamat Kota Bharu. Bila ntah nak tukar.

PRU15 nanti dia kata nak tukar tempat mengundi, nak mengundi sama tempat dengan aku katanya. Senang takyah susah-susah pepagi buta pecut dari Machang ke Kota Bharu. Ek elehh dia tu. Dari 5 tahun lepas lagi dia cakap nak tukar tempat mengundi, sampai sekarang tak tukar-tukar. huhu

Kitorang bertolak dari Puchong balik ke Kelantan pada hari Sabtu lepas maghrib. Sabtu minggu pertama aku cuti, Ngah pulak kerja halfday. Dia balik pun dah dekat waktu Asar. Aku pulak tak masak sebab aku sangka dia balik kerja pukul 1tengahari so aku ingatkan pukul 3petang dah boleh keluar rumah. Angan-angannya nak makan kat kedai je la takyah masak lalu takyah cuci segala periuk belanga. Sekali hampehh.

Nasib baik ada kuetiow goreng kuali besar 4 bungkus dalam peti ais yang Ngah beli kat pasar malam malam tadi. Ngah beli 5 bungkus. Dia sorang je makan, anak-anak langsung tak makan. Tak makan tu sebabnya, dorang dah makan roti bakar yang aku masak sementara tunggu abah dorang balik. Roti dah expired 2 hari tapi masih elok kejadiannya so aku pun oleskan marjerin, tabur gula kat marjerin tu sikit pastu tepek atas ceper. Ada la tiga suku roti gardenia pendek tu. Mahu tak kenyang dorang.

Lepas maghrib, kitorang gi makan dulu kat King Tomyan BK9 buat kali ke 4. Kemudian baru gerak balik Kelantan. Sampai rumah mek pukul 3.30pagi Ahad.

Kami disambut dengan kes takde air di rumah. Hanya rumah mek dan rumah kak yah je takde air. Puncanya kerana rumah mek guna air perigi yang dikongsi-guna dengan kakyah. Perigi tu kering tak banyak air kerana musim panas. Nak kata langsung takde air tu tidak la. Ada, cuma terpaksa berjimat giler.

Kalau pagi ni kakyah buka enjin air, mek takleh buka mek punya enjin air. Kalau tak, nanti dua-dua rumah tak naik air sebab air tak cukup untuk disedut. Petang baru turn mek. Dapat la satu tong untuk guna seharian. Leceh betul. Dah la Murni anak bongsu kakyah sedang berpantang bersalin anak sulung. Dah tentu kakyah perlu banyak air untuk cuci kain baju.

Ahad malamnya tu, kitorang dijemput beramai-ramai ke pos PAS (pos = tempat sementara yang digunakan untuk taklimat atau ceramah ringkas parti-parti berkenaan). Dorang adakan jamuan BBQ ayam bakar.

Aku rasa kat negeri-negeri atau kawasan-kawasan lain pun ada pos parti ni ketika musim pilihanraya. Lebih-lebih lagi kawasan kampung. Standard la kan. Konsepnya nak kuatkan sokongan terhadap parti masing-masing. Kat pos BN pon ada jamuan juga. Bukannya jamuan kawinkan anak tu ye, ianya sekadar makanan ringkas je. Contohnya malam ni ketupat, malam esok takde, malam lusa bihun goreng. Gituuu. So memandangkan dorang ajak, dan mek pun nak pergi, so jom lah.
Bergambar dengan Tok Ayah Mud.
Esoknya Isnin, aku dan Ngah ke bandar Machang. Biasa la kalau balik kampung, mesti kena melawat kawasan hehe. Nak nak pulak hari Isnin. Bandar Machang meriah degan adanya Pasar Sena. Sena maksudnya Isnin, orang kelantan panggil hari Isnin sebagai hari Sena. So Pasar Isnin disebut oleh orang tempatan sebagai Pasar Sena.

Keluar pagi-pagi, kitorang sarapan dalam pasar besar Machang. Tengah-tengah pasar tu ada tempat makan. Kau pilih la nak makan kat tempat mana satu. Aku telah meng order mee goreng dan teh panas. Mee goreng ni, kau nak baru dia gorengkan. Konsepnya masakan panas. huhu.


Dah kenyang, kitorang masuk Pasar Sena untuk cari buah mangga. Beli 4 kilo. Gambar takde, kalau tak boleh tunjuk.

Lepas maghrib, kirotang anak beranak keluar mandi kat masjid Batu 30. Mek tak ikut sebab dia tumpang mandi kat rumah kak eton anak sedara dia. Aku taknak mandi rumah kak eton sebab segan lah. Lepas mandi, kitorang balik ambik mek dan pergi ke pos lagi sekali untuk jamuan makan nasi minyak hihi. Orang ajak, kita gi je lah. Tak pergi karang orang kata kita sombong pulak hahaha. Padahal kat rumah tak boleh masak almaklum takde air kahkahkah.




Gambar atas ni kat unit kecemasan Hospital Machang.
Alkisahnya pukul 2.30 pagi kakyah call aku mintak bawakan anak Murni ke hospital sebab anak dia sesak nafas. Tak tau nak cakap cemana. Baby tu tercungap-cungap, air liur meleleh keluar. muka pun macam pucat. Panik punya pasal, kitorang bawak ke hospital.

Akhirnya kena tahan di wad untuk pemantauan. Tapi takde apa-apa. Pagi Rabu baby dah boleh balik rumah. Takde apa yang serius, doktor cakap baby ok je sepanjang pemantauan selama 24jam tu. Yang aku fahamnya, baby mungkin kenyang, perut dia penuh, Pastu bila nak sendawa tak boleh, baby akan ok jika dia muntah. Gituu.

Balik dari hospital dah pukul 4.50pagi. Patutnya boleh balik lebih awal, tapi memandangkan masa bawak baby ke hospital tu Murni tak ikut. Hanya kakyah je teman kerana baby dah tak menyusu badan. Setelah baby kena warded, doktor mintak ibu kepada baby tunggu di wad. So kami balik ambik murni pulak.

Keluar cari lauk basah sambil dobi kain baju.

 Balik rumah, aku tadah air. Dapat setong baru tidur.

Selasa pagi dalam pukul 11 kitorang keluar ke bandar Machang untuk dobi kain baju. Sambil tunggu dobi, kitorang makan kat kedai Tepi Baroh, Machang. Kedai ni terletak lebih kurang 200meter dari Balai Bomba Machang.
Colek perut pon ye, bihun celop pon ye. Ni aku punya. Ikut anak tekak aku, bukan kategori sedap. biasa-biasa je huhu.
Ammar, Amir dan Ngah order nasi ayam. Joe tak ikut. Dia nak main ngan kawan-kawan kat rumah mek. 
Cendol tapai pulut. Dalam tu ada tapai ubi kayu dan pulut. Aku punya juga.
On the way nak pergi mengundi. PRU14 -  9/5/2018.
Rabu.
Seawal subuh aku siap tadah air untuk mandi. Anak-anak tak ikut, dorang taknak. Dorang kata nak main kat rumah je dengan kawan-kawan. Elok la tu. Takde la kelam kabut sangat nak mandikan dorang lagi air-air takde ni.

Pukul 7.55pagi aku dah masuk ke perkarangan sekolah lokasi mengundi. Senang urusan bila datang awal. Parking pun mudah. Perayu undi kedua-dua parti pon belum nampak kelibat. Sampai-sampai, aku terus ke kaunter untuk check nombor saluran. Memula tu ajak mek, tapi mek kata nak keluar lewat sikit. Agaknya cucu-cucu belum bangun dia pon tak sampai hati nak tinggal. Dekat je pon rumah mek dengan lokasi mengundi. Dalam 200meter gitu.
Gambar calon kat tepi dan belakang aku tu dua-dua kalah.


Tanggungjawab pon selesai.
Sampai Kota Bharu lebih kurang pukul 11 pagi.
Ngah mengundi di SK Padang Garong 1. Masa ni orang dah ramai keluar mengundi. Tapi takde la sampai sejam tunggu. Aku tunggu kat depan kaunter semak nombor saluran SPR. Dalam 30minit macam tu Ngah dah selesai mengundi.









Pastu kitorang pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk makan tengahari, almaklum la dari pagi hanya minum nescafe panas je kat rumah.
Kemudian Ngah ajak pergi ziarah anak sedara dia kat Pengkalan Chepa. Si kenit Aira. Sekarang dah pandai jalan. Tapi masa kitorang sampai, kejung dia takmo bangun berjalan. 


Singgah sekejap betul. Zura nak buatkan air pun kitorang cakap takyah, nak balik sesegera yang boleh sebab IC kakyah ada pada aku. 
Ni pon satu hal. Ahad malam ketika aku nak gi makan nasi minyak kat pos, kakyah mintak aku bayarkan duit AIM kat agen bank rakyat. Dia bagi kat aku duit, kad bank rakyat dan IC. Isnin malam ketika kitorang pergi hospital aku dah hulur IC tu kat dia tapi dia kata pegang la dulu, takut tercicir kononnya. 
Sampai hari mengundi aku on the way ke Kota Bharu, baru dia call mintak IC. Adududu.. 
Terpaksa jumpa Aira sekejap je. Kalau tak, boleh lepak lama sikit.

Cerita hari Rabu tak habis lagi.
Malam, time SPR sibuk mengira undi, kitorang keluar lagi. Anak-anak tetap taknak ikut. So mereka duduk rumah kakyah, Aku, Ngah, Abe D dan mek je keluar ke bandar Machang semata-mata nak meriahkan suasana di perkarangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang iaitu lokasi kiraan undi Parlimen Machang. Sebelum tu kitorang makan dulu kat kedai sepupu Abe D. Sangat tak sedap mee celop dia hahaha. 

Amboiii semangatt haha






Hari Khamis takde buat apa-apa. Lepak je kat rumah mek. Nak gi menebas kat kebun pon tak berapa bersemangat sebab takde air. Karang peluh berjurai-jurai nak mandi payah.

Oleh itu Ngah telah mencadangkan kita balik KL je lah esok. Maka balik lah kami ke KL Jumaat. Sepatutnya nak balik Sabtu. Jumaat boleh jenjalan pasar tani pulak hehe. Tapi nak buat macamana, susah hidup takde air. Satu kerja pun tak jalan. Masak pun macam tak puas sebab nanti nak kena cuci periuk belanga pinggan mangkuk la, nak cuci ayam sayur semua tu pun nak guna air banyak jugak. 

Ni gambar petang Khamis, sebab takde apa nak buat, aku menapak ke rumah sepupu Kak Emun saja nak bersembang dengan Makde Nga.

Anak-anak kak emun ni kawan anak-anak aku. 
Rumah kak emun besar sangat. Dan paling aku kagum, dorang laki bini buat sendiri rumah dorang, sikit-sikit. Masa aku pergi tu, dorang baru siap pasang siling rumah kat ruang tamu. Kak Emun masa ni kerja, yang ada hanya Makde Nga dengan cucu-cucunya aje. 

Makde Nga 'mengosi' pinang untuk dijual.
Sekian, penamat tiba-tiba. haha



** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **
Diamond Gold boleh rawat kulit kusam.
Nak cuba, boleh wasap.

012-931 1015 - kak ila ngko 

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.