Alhamdulillah.. termasuk hari ni, dah seminggu kita berpuasa. Tahun ni adalah tahun pertama anak aku si Ammar berpuasa. Memandangkan dia darjah 1 tahun ni, aku pesan kat dia sebelum bulan puasa lagi, bahawa dia dah kena puasa sebab dia dah sekolah.
Tahun lepas, ketika dia tadika, kami tak kejutkan dia bersahur pun, tapi ada juga hari yang dia terbangun dan join kitorang sahur. Tahun lepas dia dah belajar puasa cuma aku tak ambik serius. Pernah dia sahur makan nasi pukul 9pagi. Pastu seharian dia tak makan tak minum, konon dia puasa hahaha. Ada satu hari tu, aku offer dia makan nasi tengahari, dia taknak. Dia kata nak puasa. Dia berjaya puasa penuh beberapa hari jugak walaupun aku tak pernah suruh. Mungkin dia tengok abang-abang dia memasing terkulai layu takleh makan, dia pun tak nak makan. Terikut-ikut.
Itu cerita tahun lepas. Tahun ni aku kena tegas sikit.
Cabaran terhebat adalah mengejutkan dia bangun sahur. Ammar ni susah nak bangun. Ketika hari pertama sahur untuk first ramadhan, jenuh abah dia kejut, tak jalan. Aku pulak kejut, ponnn tak jalan. Dia sedar mamai-mamai pastu tergolek-golek and nyenyak balik. Last-last kitorang biarkan je.
Bangun pagi keesokkan harinya untuk pergi sekolah, abah dia tanya kenapa tadi taknak bangun sahur? Ammar cakap dia mengantuk sangat. Pastu aku menyampuk, hari ni dah puasa tau. Jadi tak boleh makan tak boleh minum kat sekolah. Dia nampaknya faham. Dia pesan siap-siap supaya kejutkan dia sahur esok. Abah dia kata kalau kejut tapi Adik taknak bangun jugak macamana? Dia jawab ugut dia kata nak rotan. HAHAHA. Kelakar jugak bila pikir balik. Agaknya dia pun sedar diri liat nak bangun tapi izinkan abah dia rotan supaya kot mana-mana pun supaya dia bangun sahur. Adoii.
First ramadhan tu, sekolah agama cuti dua hari (1 dan 2 ramadhan) tetapi sekolah kebangsaan sekolah macam biasa. Jadi aku hantar dorang 2 beradik ke daycare berserta baju sekolah sekali. Malangnya kasut Joe tertinggal dalam kereta pulak. Jadi Joe terpaksa ponteng sekolah. Ammar pun ikut ponteng sekali. Hmmm, takpe la, lagipun hari ni baru start puasa.
Kat daycare, aku sempat bisik kat Siti pengasuh situ, kemain slow aku cakap supaya Ammar tak dengar. Aku beritahu Ammar puasa, cuma kalau Siti ternampak Ammar diam-diam minum air, takpe lah takyah tegur dia. Buat tak tahu je. Sebab dia tak bangun sahur. Tapi aku taknak Siti offer makanan pulak. Karang punah, tiap-tiap hari nanti mintak nak makan hahaha.
Petang ketika aku jemput dorang balik, aku tanya Ammar puasa tak. Dia kata puasa. Dia tak makan tak minum langsung. Wahhhh tak sangka. Aku pun puji dia melambung-lambung biar hati dia berbunga-bunga hehe.
Ramadhan kedua Ammar tak puasa. Dia minum air kat daycare. Puncanya gini. Ketika Ngah hantar dorang ke daycare, Ngah pesan kat Ammar, kalau tak tahan haus, Ammar minum air je lah. Budak tu apa lagi, haus terus togok air. petang masa jemput dorang balik, aku tanya Ammar hari ni puasa tak? Ammar cakap dia tak puasa dia minum air. Aku tanya kenapa Ammar minum air? Bukan ke Ammar sahur pagi tadi? Kenapa semalam tak sahur tapi boleh puasa tapi hari ni sahur tak boleh puasa? Ammar kata abah pesan, kalau haus boleh minum air. Adududu.. Abahnya punn. Dah bagi izin boleh minum kalau haus, memang la budak tu akan minum. Malamnya aku pesan kat Ngah jangan pesan pesan boleh minum lagi.
Dah masuk hari ke 7 puasa ni, Alhamdulillah Ammar hanya ponteng puasa hari ke 2 tu je. Hari-hair lain, dia memang puasa penuh. Setiap hari aku puji dan cium pipi dia bila dia bagitahu dia tak makan tak minum pun kat sekolah. Mudah-mudahan penuh la hingga ke penamat nanti.
** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **
"Sejak pakai DG, kulit muka saya lebih bersih, lembut dan cerah. Ramai tanya pakai apa kulit cantik hihi"Nak cuba Diamond Gold Skincare?
Wasap nombor ni 012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.