Aku sedang drive nak balik umah tengahari untuk jenguk budak 3 beradik tu. Dalam 100meter nak sampai rumah, depan traffic light, tetiba Amir call. Kebetulan lampu merah, jadi aku angkat telefon. Dengar-dengar je "Umiii, umi dekat mana? cepat la balik rumah, ada kecemasan.." sayup-sayup kedengaran suara Amir. Pastu tetiba terdengar suara Ammar menyampuk " .. dah pecah la umii.. " Aku tak dengar perkataan depan pecah tu tadi.
Pecah?? apa yang pecah? jangan-jangan cermin besar kat ruang tamu pecah kot? ke kepala Joe yang pecah? Dalam pada terpikir-pikir tu, sampai jugak aku depan rumah. Masuk rumah je, terus Ammar serbu cakap kepala Joe pecah.
Aku cari Joe dalam bilik. Tengok-tengok kepala dia berdarah, darah meleleh hingga ke mata. Astaghfirullah.. nakal betul budak ni. lepas di siasat, rupanya dia main susun bantal sofa, pastu dia terjun atas bantal tu lalu bantal tu menggelungsur. Ntah macamana silap, masa melompat tu, dia terpelanting ke bucu pintu bilik. terus pecah kepala. Nasib baik dia main sendirian. jadi takde la kemungkinan ditolak ke hapa.
Tahu pulak takut. Dah berdarah-darah tu takde nya nak nangis. karang nangis lagi kena sedas dengan aku. diammmm je dalam bilik. aku tanya sakit takk? dia angguk je. Aku cuba selak rambut dia nak tengok luka macamana, tapi aku jadi takut pulak tengok darak bertempek-tempek kat rambut. Dah jomlah kita gi klinik atas bukit tu.
Ni pun aku dah lap sikit darah kat kawasan dahi dan mata. |
Aku tanya doktor besar ke lukanya? doktor cakap nanti dia cukur sikit rambut untuk tengok luka dengan lebih jelas. Lepas cukur, doktor cakap besar juga, perlu jahit. |
proses menjahit luka |
Ni aku ambik gambar dia suruh senyum. Aku hantar gambar ni kat abah dia supaya abah dia tak risau sangat dengar anak dia pecah kepala siap kena jahit ngko! dua-dua pon belum mandi lagi time ni. |
Akhirnya kena 3 jahitan. Terbang melayang RM110 dek kerana kenakalan budak bernama Tajuddin ni.
** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Nak try Diamond Gold Skincare?
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku