Monday, 22 May 2017

Gambar Aktiviti Ammar Menanam Sayur Kat Sekolah PRA Hari Ni

minggu lepas cikgu PRA sekolah ammar pesan suruh bawak tanah untuk menanam, dan sebiji botol plastik kosong berkapasiti 1.5liter.

pagi ni cikgu PRA share gambar-gambar ni kat group PEWARIS PRA.











seronok betul budak-budak ni.
aku dulu tak merasa bersekolah tadika pon.
walaupun sekolah tadika milik kerajaan, mek takde pulak daftarkan aku.
zaman aku dulu orang ada-ada je masuk tadika ni. at least, itu pandangan aku la.

dulu kehidupan susah betul.
memang kais pagi makan pagi.
mek hanya penoreh getah aje.
menoreh pulak kebun orang.
getah pulak zaman 80an murah nak mati.
seminggu sekali jual getah. terpaksa bahagi 2 dengan pemilik kebun.
jual getah masa tu, kena pergi ke bandar Temangan.
tok peraih memang kat situ je.
nak ke temangan, terpaksa sewa prebet sapu. 
masa tu tambang tak sampai seringit pun.

pakat dengan penoreh-penoreh lain nak jual hari apa.
pastu set masa dengan prebet.
prebet datang rumah arwah Mak Musa (nenek aku).
rumah Mak Musa dijadikan port untuk kumpul hasil getah keping.
getah-getah keping di isi kedalam bonet kereta prebet tu.
dulu takde istilah bau getah takleh masuk kereta aku hokey.
takde. bau getah tu bau duit. kahkahkah

ada la 3 - 4 penoreg getah pakat naik kereta prebet tu ke Temangan.
kadang muat, boleh bawak anak-anak.
setiap kali nak jual hasil getah, aku akan tunggu kat rumah Mak Musa, dengan harapan dapat ikut sekali.
best hoi dapat naik kereta.
almaklum masa kecik dulu bukan senang ada peluang jenjalan ngan kereta.
tapi setiap kali pun mek aku jaranggggggg sangat bawak aku mahupun adik aku ikut.
sebab dia risau aku atau adik aku nak beli apa-apa.
kat sana nanti ada kedai mainan, ada kedai makanan.

karang dimintak macam-macam, malu lah mek kalau tak mampu penuhi permintaan anak-anak dia.
walaupun selalu hampa tak dapat ikut, namun setiap kali nak jual hasil getah pon, aku tetaplah setia tunggu kat rumah Mak Musa kot-kot mek baik hati nak bawak kan.
hahaha... harapan tetap ada biarpon tipiss.

sebaliknya, jiran aku, penoreh jugak, setiap kali anak dia nak ikut, kalau muat, dia bawak. paling tidak yang bongsu dibenarkan ikut.
aku tersangatlah jeles.
selalu kena tinggal.

itu antara pengalaman ni anak peroreh getah. 
huhu.
ehh,
dah waktu balik rupanya.
aku tengah syok menaip ni.

k lah.
senan nanti sambung lagi.
babai

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.