tahun ni aku pasang hasrah konon nak update blog at least sekali seminggu, pun jadikk lah.
tapiiiii... tetaplah tak sempat jugak.
sebab bizi hoi.
bizi ngan kerja sebagai staff purchasing kat salah satu construction company di Puchong ni.
jadi sentiasa akan ada je la kerjanya.
carik quotation, pastu compare harga, pastu issue PO.
pastu fax, pastu cukup bulan nak kena siapkan purchasing summary pulak.
ada kala satu hari banyak PO nak kena issue.
ada hari hanya satu ketul PO je.
ada jugak hari, yang langsung takde PO nak buat.
biasanya hari yang aku free, aku jenguk la blog.
update lebih kurang. biasanya update pasal aktiviti aku di hujung minggu je la pon.
lain takde sangat.
sekarang ni lagi sibuk.
sejak jual Dimond Gold product ni, selalu je dapat wasap dari customer.
ececeh, dengar macam poyo je kan?
tapi serious tak tipu hokey.
aku sendiri pun macam tak berapa nak percaya sangat.
kejap-kejap ada wasap masuk.
kejap-kejap masuk.
i loikeeee seribu kali tau!
teruskan wasap kak ila ngko ni ye.
terus terbantut hasrat nak update blog. haha
ok. yang atas tu aku taip pukul 12 tengahari tadi.
sekarang pukul 3.00petang dah.
sambung taip.
semalam Ahad, aku pergi SOGO.
saja je pergi. teman anak-anak sedara shoping.
anak kak yah aku nak kawin raya kedua ni.
dia nak cari kasut.
pastu majlis sambut menantu pulak kak yah aku buat raya ketiga.
so suzi ajak pergi beli kain untuk buat baju sedondon katanya.
ok lah jom.
wefie. dari kiri murni, suzi, tuan tanah. |
alkisahnya, plan nak gi sogo dirancang oleh suzi dua minggu sebelumnya.
dia wasap aku ajak pergi sogo dan jakel KL nak cari kain.
aku cakap ok je.
datang je. nanti kita park kereta dekat giant BK5.
naik train ke KL.
sehari sebelum nak gi kl tu semua senyap sunyi.
dalam hati cakap, kalau jadi, aku mandi then jom.
kalau tak jadi pon takpe.
gituu.
kebetulan semalam kawasan rumah aku ada buat acara gotong royong bersihkan kawasan flat dan basmi tikus.
so aku pun join gotong royong.
ngah pon join jugak.
tinggal amir je kat rumah. tidur.
handphone aku tinggalkan kat rumah sebab bateri tinggal 4% je lagi.
so aku cas kat rumah.
ni pon satu hal jugak. malam sebelum tu dah tau bateri tinggal sikit.
tapi tak cas.
dok ralit layan tv.
pastu tertidur belum pun azan maghrib.
penat sangat barangkali.
memandangkan uzur, so aku pergi sambung lelapkan mata kat bilik anak-anak.
membawak ke pagi esoknya.
sebab tu masa gotong royong tu terpaksa cas handphone kat rumah.
pukul 10.30pagi camtu amir datang cari aku kat tempat gotong royong.
katanya kak suzi kak muni abe wea ada kat rumah.
berdesup aku balik.
mandi bersiap zas zas.
pukul 11.15pagi camtu kami pun gerak.
tiba-tiba tak tahu dari mana pulak plan muncul, elokk plan nak park kereta kat giant BK5 pastu naik train pergi kl, terus tak jadi.
tiba-tiba rasa nak drive terus ke sogo.
tapi masing-masing tak berani bawak kerete masuk kl.
dan masing-masing tak tau nak parking kat mana nanti.
lalu teringat kat jani (adik aku).
dia ada je kat area rumah aku, datang kl meniaga keropok.
aku call dia tanya meniaga tak hari ni.
dia kata baruuuu nak bukak meja.
ohoi apesal lewat benar bukak meja? dah tengahari dah ni aku cakap.
jani kata keropok lekor tinggal 5 paket je lagi.
so memang dia sengaja bukak lewat.
aku cakap nak gi sogo ni, nak ikut tak?
hahaha
pandai pancing.
dia kata nakkk, tapi keropok ada 5 lagi ni.
rugi la kalau tak jual semua.
hahaha dia pancing kami balik.
akhirnya suzi kata nak beli sepeket, juer beli sepeket, aku pun beli sepeket.
so tinggal lagi 2 peket.
jani pon suka hati la kan.
terus dia kata nak ikut.
so pi mai pi mai, nak dekat pukul 12 tengahari camtu baru betul-betul gerak ke sogo.
BERLIMA KAMI KE SOGO.
Aku, Jani, Juer, Suzi dan Murni.
sogo sekarang ni tengah revovation kat ground floor. kasut-kasut, banyak kat tingkat 1. |
ini kat depan jakel KL. baru lepas beli kain. kepenatan, kelenguhan masing-masing. so rehat jap sebelum menapak ke tempat parking kereta. |
dah la ye.
sambung lain kali pulak.
pesanan penaja : siapa nak beli produk Diamond Gold Skincare, sila wasap aku ye. aku jual tau.
nah simpan nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko.
sekian.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.