Monday, 29 May 2017

Salam 3 Ramadhan

Assalamualaikum!

salam 3 Ramadhan.
aku dah raya hari ni.

alkisahnya.
malam tadi ada customer baru nak try DG.
orang putra perdana.
lepas sembang lebih kurang, janji dimeterai.
cod kat uptown night bazaar putra perdana.
pukul 10 macam tu jumpa.

plan aku sebelum sebelum ni, konon taknak buat cod pun bulan puasa ni.
sebab macam tergesa-gesa sangat kan.
lepas bukak puasa tu nak terawih.
habis terawih dah pukul 9.30 macam tu.
pastu nak siap-siapkan barang nak cod lagi.
macam letih je.

tapiiiii...
terpaksa jugak cod.
memikirkan aku ni baru je lagi jual DG.
so takleh la tolak-tolak kan.
nanti dia cari orang lain.
melepasssss haku.
customer ni baikk sgt.
aku cakap kalau cod pun lewat.
sebab terawih.
dia kata ok.
tu yang pergi.
dia kata taknak pos.
ngah kata ok, so aku pon ok je la.

***********************************
mek ada kat rumah aku.
dia datang dengan jani, bertolak dari kelantan jumaat malam.
sampai kl pagi sabtu dah 1 ramadhan.
jani meniaga kat sini sepanjang ramadhan ni.
sempena cuti sekolah ni, bie pon datang tolong-tolong.

hari minggu takde apa-apa aktiviti pun.
sabtu aku kerja.
ahad tengahari tu pergi beli barang dapur kat tesco.
itu aje lah pon.

Joe setakat ni puasa penuh lagi.
walaupun waktu petang tu macam nak nangisss je sebab dah lapar sangat.
ammar belum mampu puasa.
itu yang jenuh jugak tu.
dah la tak puasa.
makan pulak depan orang puasa.
kalau makan depan aku takpe lagi.
ni ditayangnya depan joe.
haruslah kawan tu hangin.
mahunya kawan tu tak marah.
dah marah bergaduh.
pastu nangis, merajuk.
pastu lari kurung diri dalam bilik.
intai-intai tengok dah tidur.

memandangkan 1 ramadhan jatuh hari sabtu, aku mampu lagi kawal.
ni hari ni. isnin.
aku kerja.budak 3 beradik tu dengan mek.
tak tau la lama mana joe mampu tahan godaan ammar tu.
kawan tu kuat mengusik.
lagi dia tahu abang dia tak boleh makan, lagiii dia tayang makan depan-depan.
siap offer lagiiiii.
mintak-mintak la joe mampu bertahan.




Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

"Tak curang dah pasni, memang setia dengan Diamond Gold Skincare je.."

Wajah kusam kembali bercahaya
siapa nak order Diamond Gold Skincare, silakan WA aku ye.
012-931 1015 - kak ila ngko
cod area : 
Puchong (area mana tu, kita bincang k?)
Bandar Kinrara
Western Digital PJ, Kampung Lindungan PJ (my agent)

huhu


sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Saturday, 27 May 2017

Aksi Gunting Bersama Shuib

tajuk punnnn.
nakkkk jugak mention nama shuib. kahkahkah.

ni kisah 2 malam yang lalu. 25/5/2017


terserempak Shuib Sepahtu kat Maybank oppesite IOI Mall tu.

aku baru balik cod DG skincare kat BK5 dan kat kampung lindungan.
yang kat kampung lindungan tu agen. dia restock.
jadi cash kat tangan ni baik kita simpan cepat-cepat. 
karang ada yang terbabas shoping nanti.

lepas dah setel urusan aku, tunggu ngah setelkan urusan dia pulak.
masa tunggu ngah tu la Shuib masuk. 
aku tak perasan lagi masa tu.
dah setel, ngah pon ajak balik

tiba-tiba aku dengar sorang budak pompuan ni cakap
"bang, saya nak bergambar ngan abang kejap boleh tak?"
lebih kurang.

aku pun toleh.
sebab nak tengok siapakah orangnya tu hingga ada mintak bergambar bagai.
toleh, nampak belakang je.
kat baju jersi tulis Shuib. nombor baju tu 47 kalau tak silap.

wahhhh... shuib laa... berkata dalam hati. jakun sungguh.
masa tu ngah dah keluarkan suis motor dah. 
aku pun cepat-cepat cakap nak bergambar la ngan shuib bangg.
anak-anak aku semua minat sepahtu oi.
so konon boleh la tunjuk yang umi jumpa shuib.

pastu masuk baik. bagi salam. mintak nak bergambar.
pastu gebang kat fb. kahkahkah

gambar tu terpaksa letak emoticon, sebab nak sorok lubang pusat hahaha.




Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

'Alhamdulillah, parut jerawat kat pipi dan kulit kusam semakin hilang perlahan-lahan. kini saya tak perlu lagi pakai mekap setiap kali keluar rumah, cukup dengan satu set DG. kawan-kawan mula tegur dan tanya saya pakai apa muka makin bersih, cerah dan glowing. dan ada juga beberapa orang turut beli DG setelah mereka nampak perubahan pada wajah  saya.."


Nak try Diamond Gold Skincare?
WA 012-931 1015 - kak ila 

sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

Monday, 22 May 2017

Gambar Aktiviti Ammar Menanam Sayur Kat Sekolah PRA Hari Ni

minggu lepas cikgu PRA sekolah ammar pesan suruh bawak tanah untuk menanam, dan sebiji botol plastik kosong berkapasiti 1.5liter.

pagi ni cikgu PRA share gambar-gambar ni kat group PEWARIS PRA.











seronok betul budak-budak ni.
aku dulu tak merasa bersekolah tadika pon.
walaupun sekolah tadika milik kerajaan, mek takde pulak daftarkan aku.
zaman aku dulu orang ada-ada je masuk tadika ni. at least, itu pandangan aku la.

dulu kehidupan susah betul.
memang kais pagi makan pagi.
mek hanya penoreh getah aje.
menoreh pulak kebun orang.
getah pulak zaman 80an murah nak mati.
seminggu sekali jual getah. terpaksa bahagi 2 dengan pemilik kebun.
jual getah masa tu, kena pergi ke bandar Temangan.
tok peraih memang kat situ je.
nak ke temangan, terpaksa sewa prebet sapu. 
masa tu tambang tak sampai seringit pun.

pakat dengan penoreh-penoreh lain nak jual hari apa.
pastu set masa dengan prebet.
prebet datang rumah arwah Mak Musa (nenek aku).
rumah Mak Musa dijadikan port untuk kumpul hasil getah keping.
getah-getah keping di isi kedalam bonet kereta prebet tu.
dulu takde istilah bau getah takleh masuk kereta aku hokey.
takde. bau getah tu bau duit. kahkahkah

ada la 3 - 4 penoreg getah pakat naik kereta prebet tu ke Temangan.
kadang muat, boleh bawak anak-anak.
setiap kali nak jual hasil getah, aku akan tunggu kat rumah Mak Musa, dengan harapan dapat ikut sekali.
best hoi dapat naik kereta.
almaklum masa kecik dulu bukan senang ada peluang jenjalan ngan kereta.
tapi setiap kali pun mek aku jaranggggggg sangat bawak aku mahupun adik aku ikut.
sebab dia risau aku atau adik aku nak beli apa-apa.
kat sana nanti ada kedai mainan, ada kedai makanan.

karang dimintak macam-macam, malu lah mek kalau tak mampu penuhi permintaan anak-anak dia.
walaupun selalu hampa tak dapat ikut, namun setiap kali nak jual hasil getah pon, aku tetaplah setia tunggu kat rumah Mak Musa kot-kot mek baik hati nak bawak kan.
hahaha... harapan tetap ada biarpon tipiss.

sebaliknya, jiran aku, penoreh jugak, setiap kali anak dia nak ikut, kalau muat, dia bawak. paling tidak yang bongsu dibenarkan ikut.
aku tersangatlah jeles.
selalu kena tinggal.

itu antara pengalaman ni anak peroreh getah. 
huhu.
ehh,
dah waktu balik rupanya.
aku tengah syok menaip ni.

k lah.
senan nanti sambung lagi.
babai

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Thursday, 11 May 2017

Page Diamond Gold Skincare Makin Ramai Orang Intai Oi. Mak Hencik Sukaaa!

Memandangkan aku jual produk Diamond Gold, aku pun buat satu page yang diberi nama Diamond Gold skincare.
korang boleh tengok kat sidebar belah kanan tu.

sepanjang aku berceloteh kat blog ni, aku tak pernah reti pun buat page.
knowledge aku tentang blog ni pun very basic.
banyak  ilmu tentang blog yang aku dapat, melalui search kat gugel.
dapat lah apply sikit-sikit dalam blog ni.
dan sebabkan aku tahu betapa hebatnya kuasa laman web bagi peniaga online, aku gagahkan jugak belajar mencipta satu page khusus untuk product DG.

tadi aku saja check page DG aku.
tengok-tengok wowwwww....
ramai jugak yang search maklumat tentang diamond gold product ni rupanya.
tak sangka sungguh!

ni pun aku rasa ramai jugak yang sedang baca post aku ni, sebab asalnya korang search DG, pastu terus jumpa blog aku kan?

hai awak awak semua.
*lambai-lambai tangan*

untuk setiap post aku yang berkaitan dengan diamond gold, aku ada buat tag. nama tag tu ialah Diamond Gold. so kalau korang memang nak baca post tentang diamond gold sahaja, boleh klik kat tag diamond gold yang ada kat bawahhhhhh sekali. semua post tentang Diamond Gold aje yang akan muncul nanti. bacalah sampai lebam huhu.

dan kalau korang memang nak cuba diamond gold skincare, nak tau detail tentang diamond gold skincare, boleh WA aku kat 012-931 1015.


Jumaat 8 Sya'ban. aku pakai Seqy Lipmatte code 06 PEACEFULL. harga RM25 sebatang. aku jual juga tau. boleh WA kalau minat. hihi

dah itu je nak bebel kali ni.

sekian

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.

Monday, 8 May 2017

Berlima Kami Ke SOGO

lama betul tak update blog.
tahun ni aku pasang hasrah konon nak update blog at least sekali seminggu, pun jadikk lah.
tapiiiii... tetaplah tak sempat jugak.
sebab bizi hoi.

bizi ngan kerja sebagai staff purchasing kat salah satu construction company di Puchong ni.
jadi sentiasa akan ada je la kerjanya.
carik quotation, pastu compare harga, pastu issue PO.
pastu fax, pastu cukup bulan nak kena siapkan purchasing summary pulak.

ada kala satu hari banyak PO nak kena issue.
ada hari hanya satu ketul PO je.
ada jugak hari, yang langsung takde PO nak buat.
biasanya hari yang aku free, aku jenguk la blog.
update lebih kurang. biasanya update pasal aktiviti aku di hujung minggu je la pon.
lain takde sangat.

sekarang ni lagi sibuk.
sejak jual Dimond Gold product ni, selalu je dapat wasap dari customer.
ececeh, dengar macam poyo je kan?
tapi serious tak tipu hokey.
aku sendiri pun macam tak berapa nak percaya sangat.
kejap-kejap ada wasap masuk.
kejap-kejap masuk.
i loikeeee seribu kali tau!
teruskan wasap kak ila ngko ni ye.
terus terbantut hasrat nak update blog. haha


ok. yang atas tu aku taip pukul 12 tengahari tadi.

sekarang pukul 3.00petang dah.
sambung taip.

semalam Ahad, aku pergi SOGO.
saja je pergi. teman anak-anak sedara shoping.
anak kak yah aku nak kawin raya kedua ni.
dia nak cari kasut.
pastu majlis sambut menantu pulak kak yah aku buat raya ketiga.
so suzi ajak pergi beli kain untuk buat baju sedondon katanya.
ok lah jom.


wefie. dari kiri murni, suzi, tuan tanah. 
alkisahnya, plan nak gi sogo dirancang oleh suzi dua minggu sebelumnya.
dia wasap aku ajak pergi sogo dan jakel KL nak cari kain.
aku cakap ok je.
datang je. nanti kita park kereta dekat giant BK5. 
naik train ke KL.

sehari sebelum nak gi kl tu semua senyap sunyi.
dalam hati cakap, kalau jadi, aku mandi then jom.
kalau tak jadi pon takpe.
gituu.

kebetulan semalam kawasan rumah aku ada buat acara gotong royong bersihkan kawasan flat dan basmi tikus.
so aku pun join gotong royong.
ngah pon join jugak.
tinggal amir je kat rumah. tidur.
handphone aku tinggalkan kat rumah sebab bateri tinggal 4% je lagi.
so aku cas kat rumah.

ni pon satu hal jugak. malam sebelum tu dah tau bateri tinggal sikit.
tapi tak cas.
dok ralit layan tv.
pastu tertidur belum pun azan maghrib.
penat sangat barangkali.
memandangkan uzur, so aku pergi sambung lelapkan mata kat bilik anak-anak.
membawak ke pagi esoknya.
sebab tu masa gotong royong tu terpaksa cas handphone kat rumah.

pukul 10.30pagi camtu amir datang cari aku kat tempat gotong royong.
katanya kak suzi kak muni abe wea ada kat rumah.
berdesup aku balik.
mandi bersiap zas zas.
pukul 11.15pagi camtu kami pun gerak.

tiba-tiba tak tahu dari mana pulak plan muncul, elokk plan nak park kereta kat giant BK5 pastu naik train pergi kl, terus tak jadi.

tiba-tiba rasa nak drive terus ke sogo.
tapi masing-masing tak berani bawak kerete masuk kl.
dan masing-masing tak tau nak parking kat mana nanti.
lalu teringat kat jani (adik aku).
dia ada je kat area rumah aku, datang kl meniaga keropok.

aku call dia tanya meniaga tak hari ni.
dia kata baruuuu nak bukak meja.
ohoi apesal lewat benar bukak meja? dah tengahari dah ni aku cakap.
jani kata keropok lekor tinggal 5 paket je lagi.
so memang dia sengaja bukak lewat.
aku cakap nak gi sogo ni, nak ikut tak?
hahaha
pandai pancing.
dia kata nakkk, tapi keropok ada 5 lagi ni.
rugi la kalau tak jual semua.
hahaha dia pancing kami balik.
akhirnya suzi kata nak beli sepeket, juer beli sepeket, aku pun beli sepeket.
so tinggal lagi 2 peket.
jani pon suka hati la kan.
terus dia kata nak ikut.
so pi mai pi mai, nak dekat pukul 12 tengahari camtu baru betul-betul gerak ke sogo.

BERLIMA KAMI KE SOGO.
Aku, Jani, Juer, Suzi dan Murni.


sogo sekarang ni tengah revovation kat ground floor. kasut-kasut, banyak kat tingkat 1.


ini kat depan jakel KL. baru lepas beli kain. kepenatan, kelenguhan masing-masing. so rehat jap sebelum menapak ke tempat parking kereta.
dah la ye.
sambung lain kali pulak.

pesanan penaja : siapa nak beli produk Diamond Gold Skincare, sila wasap aku ye. aku jual tau.

nah simpan nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko.

sekian.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.