Wednesday, 30 November 2016

Sistem Kedai Mamak Kat Rumah Aku vs Sistem Restoran Pizza Tempat Aku Kerja Dulu

pagi ni punya cerita.

Ammar anak aku yg bonsgu tu ajak breakfast roti canai kat kedai mamak yang biasa kami makan. oleh kerana masih awal lagi, aku pon ok je la.
order roti telur untuk ammar. roti kosong untuk aku. dan segelas teh tarik.

kat sebelah aku ada seorang lelaki india duduk sorang diri. nampak macam lelaki kaya la dari segi pemakaian dia tu. mungkin golongan bisnessman kot. tak pun yang berkerjaya profesional la gamaknya. masa aku sampai tu dia dah ada duduk situ. so aku fikir dia tunggu makanan dia sampai la kot.

pastu roti canai aku pun sampai. hat lelaki india tu belum sampai lagi.
tengah aku makan tu, tetiba aku dengar dia panggil pekerja restoran tu. kedengaran macam sedang komplen something dalam bahasa tamil. pastu ada la lelaki india dua orang sebelah dia tu pandang-pandang. aku yang tak faham apa-apa ni pun pandang jugak lah sebab kelihatan ada arguement kat situ kan. rupanya dah lama lelaki india tu duduk. dia panggil pekerja india tu untuk ambik pasanan, tapi pekerja tu cakap tunggu tunggu. kot la kan. pastu tunggu punya tunggu, aku yang sampai lepas dia, dapat makan dulu.
rupanya takda orang serve lelaki tu tadi, hingga la dia panggil dan komplen. last-last lelaki tu bangun dan blah dari kedai. kesian kat dia tungggu punya tunggu takde orang nak ambik order dia.

beberapa minggu dulu aku pernah jugak tengok sendiri seorang pakcik cina marah pada pekerja mamak tu sebab takda sapa ambik order dia padahal dah lama dia tunggu kat meja. orang yang lagi kemudian dari dia cepat je dapat makanan. mahu tak amukan.
takde sistem ke kedai mamak ni.

aku dulu pernah kerja di fastfood restoran masa tahun akhir belajar kat UPM.
kerja di restoran Shakey Pizza kat Mines Shopping Fair. sekarang dah takde dah Shakey Pizza. tutup terus dah.
kat restoran pizza tu, staff dibahagikan kepada 2 team. satu team panggil kitchen team. satu team lagi panggil service team.
semua kitchen team memang kerja kat bahagian dapur je. dorang ni la yang masak pizza, sediakan salad, cuci pinggan mangkuk dan lain-lain tugas yang berkisar dalam bahagian dapur je.

yang tukang buat pizza hanya perlu buat pizza je. kalau misalnya keju untuk tabur atas pizza tu habis, dia la jugak yang akan masuk ke bilik freezer untuk ambik keju tu. staff lain tak campur. staf yang cuci pinggan mangkuk, tugas dia cuci pinggan mangkuk aje, dia takkan buat pizza. sebab bahagian dapur tu pulak ada partition dia. dapur belakang tempat cuci pinggan, tempat sediakan salad, sediakan soup-of-the-day macam tu. dapur depan pulak untuk buat pizza, goreng ayam semua tu. kiranya ada aturan jugaklah.
staff dapur takkan keluar ambik order, walaupun customer ramai keterlaluan.
service team pulak kerjanya ambik order, clearkan meja makan selepas customer beredar, lap-lapkan tempat-tempat tumpah yang ditinggalkan oleh pelanggan dan segala yang berkisar kat ruang makan.

ohye, satu lagi yang tak masuk dalam team dapur dan service team ni tadi, adelah cashier. dia hanya tunggu kaunter je. selain itu, cashier akan dibantu olah seorang staff service untuk tolong dia kat dalam bahagian kaunter sahaja. contohnya sediakan minuman, ais krim, float, brownies, dan perkara-perkara yang hanya ada berkisar dalam sudut kaunter tu aje.

aku pulak kerja kat bahagiam service.

service team dibahagi-bahagikan kepada beberapa section.
kat restoran pizza tu manager bahagikan kepada 3 section. section yang duduk dalam kawasan berhampiran cashier kaunter, dipanggil section A. section yang kat luar dari kaunter tu pulak, belah kiri dipanggil section B dan belah kanan dipanggil section C.
apa tujuan pecahkan bahagian-bahagian?

ok.
kat situ banyak jugak kes makan pastu blah tak bayar. tak kira bangsa apa pun, banyak kes aku jumpa jenis order, makan, pastu blah. sudahnya, semua service staff yang kerja pada hari tu terpaksa kongi kos tu dan bayar. gila kan?

pastu pulak kebaikannya apabila pecahkan section-section ni ialah, bila customer ramai (especilly weekend dan public holiday), kau masih mampu kawal keadaan.

contoh aku kalau kena jaga section C. aku hanya pantau bahagian C aku saja. bila takda customer, aku lap meja, susun kerusi, lap kerusi, susun sudu garfu dan seumpamanya. bila customer dah habis makan, aku kutip semua pinggan mangkuk bawah kedalam. aku akan perhatikan customer sebaik saja bangun lepas makan, yang dia betul-betul menuju ke kaunter untuk buat bayaran. kalau dia tak bayar, aku akan berlari cuit dia dengan senyuman suruh bayar.
semua tu hanya kat section C aje. section lain, ada staff lain yang bertanggjawab.

pernah berlaku pasangan arab (kot) yang mana semua pompuan berjubah hitam siap berniqab bagai, lepas makan terus selamba buat-buat bodoh je jalan keluar. cepat je aku lari ke arah dorang dan minta mereka bayar. terus muka macam 'owh sorry..' kemain pandai lakonan masing-masing lepas dah kantoi.

walaupun ditetapkan bahagian masing-masing, tetap la kita tolong menolong jika kita nampak section kawan kita sibuk kan. tu biasa la.
cumanya point kat sini, kalau la kedai mamak tadi tu pun laksanakan sistem section ni, pasti takde masalah pelanggan menunggu setengah jam pon belum ambik order.

kau jaga section kau aje.
jika ada customer kat section kau masuk, kau ambik order. kau pastikan dia dapat apa yang dia order. pastu pastikan dia bayar lepas makan. lepas customer tu dah blah, kau bersihkan meja tu tadi. kan senang?

ok la aku nak stop dulu.

cuaca kat luar ni mendung je dari pagi tadi.

GreenAard Garcinia Plus RM90 sebotol. aku jual. sape nak beli sila WA 012-9311015. bagus ni untuk kuruskan badan tak perlu diet beria.
kes ni sama bebijik macam kes aku. pagi petang siang malam makan. tapi sebab ambik GreenAardGCPlus ni setiap hari membuang. kira takde la asal makan je jadi lemak, makan je jadi lemak. ada kitaran gituu.
nak cuba tak?
Wasap aku 012-9311015 ye.



yg baik dari Allah
yg buruk dari Aku