last skolah pada 25/11/2016 jumaat.
Amir mintak nak balik kelantan.
masalahnya dia taknak Joe ikut balik. dia nak balik sorang.
kang kalau Joe tak ikut balik, takkan nak tinggal Joe sorang kat daycare.
Joe tentu-tentu tak mahunya.
aku pun susah juga kalau hantar Amir sorang ke kelantan, pastu Joe tinggalkan kat daycare.
bukan apa. kalau dedua tu balik kampung, senang sikit abah dia tak perlu terkejar-kejar hantar dorang ke daycare. tinggal aku je siapkan Ammar bawak ke taska.
dah kalau amir je kat kampung, dah tentu abah dia kena jugak pepagi merempit ke daycare hantar joe.
dah la joe takde kawan, maksud aku abang dia takde, lagi leceh hokey kalau tetiba pagi-pagi dia buat perangai taknak gi daycare ke, kawan dia balik kampung ke misalnya.
senang aku cakap, kalau nak balik kampung sangat, balik dua-dua. kalau tak, sorang pun takyah balik. semua duduk je rumah tengok je tv sampai lebam.
kalau dua-dua duduk je kat rumah, masalah lain pulak timbul.
Ammar kalau nampak abang dia duduk rumah, dah tentu-tentu dia pun taknak pergi taska. mesti dia pun nak lepak kat rumah aje. sedangkan dia tu kecik lagi. kuat gaduh pulak tu.
pernah jugak la aku test tinggalkan dorang tiga beradik kat rumah. setakat ni ok je. biasanya aku tinggalkan hari sabtu la. kerja halfday aje. so setakat ni sangat ok.
mentang-mentang dorang bertiga je kat rumah, takde pulak bergaduh sangat. semua pon perangai baik je belaka. mungkin tiga-tiga tu jenis penakut kot. tu yang memasing pon baik je hahaha
psiko jugak kot. aku perasan sangat. kalau aku dengan ngah ada kat rumah, setiap minit mesti berlaku insiden pergaduhan hokey. mula-mula pandang-pandang. pastu ejek-ejek. yang besar kena marah, yang kecik menganjing. yang besar pon sakit hati lalu dicubitnya yang kecik. pastu yang kecik meraung kasi tarik perhatian. lalu yang besar jadi cuak takut kena sedas lagi. hadoiii tak larat aku la.
tapikan, bila masing-masing bergantung pada satu sama lain, tahu pula bawak diri.
si adik nak berak, si abang boleh pulak tolong bukak lampu bilik air. si adik siap berak, si abang tau pulak tolong hulurkan paip air. kalu aku dengan ngah ada kat rumah, hoi semua pun berat bontot nak tolong bukak lampu bilik air.
dah makin besar ni, aku nampak amir dah kurang sikit mangacau adik dia. sekarang ni Joe dengan Ammar je la selalu gaduh.
ni cuti skolah ni, pagi tadi amir dengan joe cakap dorang nak main ngan kawan-kawan kat daycare. so abah nya pun hantar je la.
Ammar pulak aku hantar ke taska. pagi tadi nangis taknak pergi taska. tapi aku buat-buat garang. taknak pergi taska takpe, duduk rumah ni dengan kak limah. terus aku blah pura-pura nak tinggalkan dia sorang. kelibut dia sambil meraung-raung hahaha.
kak yah pun dah banyak kali tanya amir taknak balik kampung ke. kak yah aku sekarang ni meniaga ayam goreng yang cucuk-cucuk tu depan skolah. laku sampai tak menang tangan weh.
tu yang kak yah teruja ajak amir balik tolong-tolong dia. aku ok je. lagi aku suka kalau amir didedahkan dengan aktiviti menjual ni. biar takde perangai malu tak bertempat. latih dia sifat yakin diri.
kak yah nak ajar amir jual air batu. amir seronok bila aku cakap kak yah nak upah dia meniaga. cumanya tu la. kalau joe pun ikut balik, takut tak terkawal pulak. joe ni dia lain sikit. degil tak mahu dengar cakap. kalau orang cakap balik makan nasi, dia mana hirau. tu yang kak yah lebih suka amir balik sorang tu. ye la aku faham jugak. kakak aku tu meniaga. mana la di sempat nak pergi intai mana joe main. kalau amir tu ok la dah besar. lebih cerdik. dengar kata.
haishh... tengok la nanti. aku kalau boleh biarlah dua beradik tu bersama.
kalau balik kampung. biar dua-dua balik. kalau sorang je balik, baik tak payah lah.
apa pon, nanti la bincang lagi dengan ngah.
nak sambung kerja ni
nanti free aku update lagi.
selalu je free sebenarnya.
aku je malas huhu
gambar semalam, Ahad 27/11/2016.
bawak budak-budak ni tengok wayang citer Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.
eh, nak bagitau lagi sekali, aku jual GreenAard Garcinia Plus ye. ianya sejenis kapsul telan untuk tujuan mengurangkan berat bada ntanpa perlu menahan lapar. sebotol RM90. yang berminat boleh wasap aku 012-9311015
Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku