Friday, 19 February 2016

Mengolah Makanan Lebihan Semalam - Kuah Kari dan Roti Jala Versi Terkejut

Hahahaha tajuk tak menahan..

alkisahnya weekend lepas. Ahad 13/2/2016.
Sabtu sebelumnya tu aku kerja halfday.
balik kerja terus pergi kedai beli kelapa dan lain-lain untuk masak kari ayam.
masak banyak jugak sebab Ngah kata Pok Zahar (kami panggil Pok aje, sementara anak-anak aku panggil Aki. dia ni adik mak mertua aku).
Pok ada kursus di Kinrara Golf. habis ahad. sebelum balik katanya nak singgah rumah kami.
sejak kami pindah duduk rumah sendiri ni dia belum pernah sampai lagi.

so masak la kari seperiuk. sup fishball dengan cendawan seperiuk. ikan masin konon nak goreng masa Pok samapai nanti. pastu ulam-ulam sikit. cukup lah.

tup-tup Pok mesej Ngah kata terpaksa balik segera sebab anak bongsu dia masuk hospital.
takde rezeki...
takpe lah.

so, Ahad kari masih ada lagi. kuah la yang banyak lebih.
bangun tu, aku termangu-mangu tak tau nak masak ke taknak.
sebab apa, selalunya kalau hari ahad, adalah hari keluarga untuk kami anak beranak.
jarang sangat masak sarapan pagi.
selalunya bila semua dah mandi, kami mengeteh kat mamak je.
semata-mata nak kasi happy anak-anak.
terutamanya si kecik Ammar tu. gumbira tak terkata dapat bonceng motor pekena teh tarik.

tapi sebabkan aku bangun tu tak tidur dah, dah siap jemur kain bagai. mula perut rasa lapar.
tunggu dorang ni bangun tak jugak bangun-bangun.
terngok pulak kuah kari masih banyak.
lalu tercetus la idea nak menjala roti.
firstime hoi aku bikin roti jala.
tapi bahan nak membuatnya tu aku tau la. fesbuk kan ada...

dah bancuh secawan gandum dengan sebiji telur, air, garam dan secubit serbuk kunyit.
lepas bancuh baru teringat yang rumah aku takde cawan lobang-lobang untuk jala roti.

pastu teringat dulu pernah ada seorang student oversea buat roti jala pakai botol mineral.
aku pun mula carik kalau-kalau ada lagi botol mineral yang belum buang.
tengah-tengah carik, Ngah pon bangun tidur.
dia kata dia baru buang dalam tong sampah malam tadi sebotol yang dia jumpa dalam beg skolah Joe.
hadoiiii... nak taknak terpaksa la aku korek tong sampah.
kang takkan aku nak lari pergi kedai semata nak membeli sebotol air mineral pulak kan?
baik aku korek dalam tong ni pastu basuh.

bancuhan tepung tadi aku tuang dalam botol ni. 

penutup botol tu aku mintak Ngah tebuk. jangan tebuk banyak sangat lubang ye, nanti bila nak tuang atas ceper kang bersepah keluar. terus tak jadi macam jala. ni pun aku rasa kalau tebuk dua lubang pon dah elok ni. takyah sampai empat lubang. apapon tak boleh tebuk satu lubang aje ye, nanti langsung tepung tak keluar, sebab takde pengudaraan. 

gunakan ceper lebih senang. dah sapu minyak bolehlah menjala.

ni jalaan pertama. belum pandai pusing tangan lagi. tebal dan buruk kebenor. yang ni aku lipat tiga segi je. jalaan pertama dia melekat sikit kat ceper. jalaan kedua dah makin kurang melekat. jalaan ketiga dan seterusnya langsung dah tak melekat dah.
jalaan kedua. lebih senonoh berbanding yg pertama tadi

ni jalaan ketiga. dah makin cantik kan?


hasilnya

ok.
habis cerita roti jala.

lain kali kita sambung lagi ye.

Sekian.
Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku