Friday, 19 February 2016

Mengolah Makanan Lebihan Semalam - Sardin Sebagai Inti Karipap Pusing



Petang Ahad hari yang sama aku menjala roti jala...

kemas-kemas pati ais, terperasan yangaku simpan lebihan sardin yang 2 atau 3 hari yang lalu.
test rasa dia. masih ok. belum basi.

ada 2 ketul isi ikan sardin. aku tumis bawang merah, pastu tuang balik ikan sardin tadi. kemudian tambah air dalam 2 cawan camtu. kemudian masukkan 2 ketul ubi kentang bersaiz besar yang dah dipotong dadu.
dah empuk semua, masukkan garam gula, ajinomoto semua dan sedikit asam jawa (sebesar sebiji kacang tanah aje, sabit nak kurangkan bau ikan sardin)
then sejukkan.

pastu uli pulak doh karipap. kali ni nak try buat karipap pusing.
banyak resepi ada kat fesbuk kan?
tapi aku ikut cara yang diajar oleh sepupu aku Kak Som. aku pernah tinggal dengan Kak Som masa tunggu result SPM hujung tahun 1996.
Kak Som ajar doh pertama uli dengan merjerin aje. just gandum dengan marjerin. garam pun takyah sebab merjerin dah masin.
doh kedua, uli gandum dengan air garam aje.

oleh kerana aku rasa sangat senang bahan-bahan nya, sampai sekarang la aku ingat, walaupun jarangggg sangat aku buat karipap pusing ni,

doh yang telah siap di uli.

doh yang di uli dengan air garam tu, kuantitinya adalah mesti dua kali ganda dari doh merjerin.
contoh kalau kita guna 1 cawan gandum untuk doh marjerin, maka doh yang di uli dengan air garam hendaklah menggunakan 2 cawan gandum.
kalau korang terngok saiz doh dalam gambar, doh putih tu 2 kali ganda besar dari doh kuning.

sebabnya adalah jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






sebab doh putih perlu membungkus menutupi doh kuning. macam dalam gambar kat atas ni.

lepas tu gelek macam biasa

kemudian gulung

lepas gulung, gelek balik

lepas tu gulung balik

lepas tu potong 

gelek untuk masukkan inti







Karipap ni aku goreng keesokkan harinya (isnin) sebagai bekal anak-anak bawak skolah.
gambar tak sempat nak snap sebab tergesa-gesa sangat.

ok lah,

sekian dulu.

lain kali rajin aku update lagi.

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku













Mengolah Makanan Lebihan Semalam - Kuah Kari dan Roti Jala Versi Terkejut

Hahahaha tajuk tak menahan..

alkisahnya weekend lepas. Ahad 13/2/2016.
Sabtu sebelumnya tu aku kerja halfday.
balik kerja terus pergi kedai beli kelapa dan lain-lain untuk masak kari ayam.
masak banyak jugak sebab Ngah kata Pok Zahar (kami panggil Pok aje, sementara anak-anak aku panggil Aki. dia ni adik mak mertua aku).
Pok ada kursus di Kinrara Golf. habis ahad. sebelum balik katanya nak singgah rumah kami.
sejak kami pindah duduk rumah sendiri ni dia belum pernah sampai lagi.

so masak la kari seperiuk. sup fishball dengan cendawan seperiuk. ikan masin konon nak goreng masa Pok samapai nanti. pastu ulam-ulam sikit. cukup lah.

tup-tup Pok mesej Ngah kata terpaksa balik segera sebab anak bongsu dia masuk hospital.
takde rezeki...
takpe lah.

so, Ahad kari masih ada lagi. kuah la yang banyak lebih.
bangun tu, aku termangu-mangu tak tau nak masak ke taknak.
sebab apa, selalunya kalau hari ahad, adalah hari keluarga untuk kami anak beranak.
jarang sangat masak sarapan pagi.
selalunya bila semua dah mandi, kami mengeteh kat mamak je.
semata-mata nak kasi happy anak-anak.
terutamanya si kecik Ammar tu. gumbira tak terkata dapat bonceng motor pekena teh tarik.

tapi sebabkan aku bangun tu tak tidur dah, dah siap jemur kain bagai. mula perut rasa lapar.
tunggu dorang ni bangun tak jugak bangun-bangun.
terngok pulak kuah kari masih banyak.
lalu tercetus la idea nak menjala roti.
firstime hoi aku bikin roti jala.
tapi bahan nak membuatnya tu aku tau la. fesbuk kan ada...

dah bancuh secawan gandum dengan sebiji telur, air, garam dan secubit serbuk kunyit.
lepas bancuh baru teringat yang rumah aku takde cawan lobang-lobang untuk jala roti.

pastu teringat dulu pernah ada seorang student oversea buat roti jala pakai botol mineral.
aku pun mula carik kalau-kalau ada lagi botol mineral yang belum buang.
tengah-tengah carik, Ngah pon bangun tidur.
dia kata dia baru buang dalam tong sampah malam tadi sebotol yang dia jumpa dalam beg skolah Joe.
hadoiiii... nak taknak terpaksa la aku korek tong sampah.
kang takkan aku nak lari pergi kedai semata nak membeli sebotol air mineral pulak kan?
baik aku korek dalam tong ni pastu basuh.

bancuhan tepung tadi aku tuang dalam botol ni. 

penutup botol tu aku mintak Ngah tebuk. jangan tebuk banyak sangat lubang ye, nanti bila nak tuang atas ceper kang bersepah keluar. terus tak jadi macam jala. ni pun aku rasa kalau tebuk dua lubang pon dah elok ni. takyah sampai empat lubang. apapon tak boleh tebuk satu lubang aje ye, nanti langsung tepung tak keluar, sebab takde pengudaraan. 

gunakan ceper lebih senang. dah sapu minyak bolehlah menjala.

ni jalaan pertama. belum pandai pusing tangan lagi. tebal dan buruk kebenor. yang ni aku lipat tiga segi je. jalaan pertama dia melekat sikit kat ceper. jalaan kedua dah makin kurang melekat. jalaan ketiga dan seterusnya langsung dah tak melekat dah.
jalaan kedua. lebih senonoh berbanding yg pertama tadi

ni jalaan ketiga. dah makin cantik kan?


hasilnya

ok.
habis cerita roti jala.

lain kali kita sambung lagi ye.

Sekian.
Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku



Thursday, 11 February 2016

Balik Kelantan Sempena CNY 2016

Cuti CNY hari tu aku balik kelantan.
dah lama tak balik.
alang-alang ada cuti panjang sikit ni, moh le kita jenguk orang kampung.
sambil-sambil tu boleh makan kenduri.
sepupu aku kawinkan anak perempuan dia. majlis sanding hari sabtu 6/2/2016.
aku bertolak dari puchong pukul 4.30pagi. sampai kampung pukul 2petang.
sedang elok dengan jamuan kenduri.
lama sungguh tak makan lauk kenduri.
terpaling lama tak jamah gulai daging campur buah ara.
zaman aku kanak-kanak dulu selalu sangat jumpa buah ara dalam lauk kenduri.
itu duluuuu. sekarang macam payah nak dapat.
dulu selalu jugak aku dan kawan-kawan pergi hulu kampung tepi-tepi sungai kutip buah ara.
buat ulam cicah budu. ohh sorgaaaa!

masa kecik dulu aku cukup tak suka buah ara dalam gulai daging. dah besar dah tua ni terbalik jadi suka. mungkin sebab dah lama sangat tak makan.
bukan buah ara je, dulu aku masa kecik pun tak suka kalau mek rebus ubi kayu cicah kelapa buat sarapan. sekarang ni bahagia giler bila dapat makan. mungkin disebabkan sambil makan sambil menggamit nostalgia zaman kanak-kanak kot.

dah kenyang makan kenduri, lepak rumah mek.
kat belakang rumah mek banyak sampah dari daun pokok. mek kata dia ada upah budak kampung potong batang pokok pinang yang tumbang masa hujan tempoh hari. alang-alang tu mek suruh budak tu tebang jugak beberapa pokok tua belakang rumah. semua dahan dan daun bertimbun kat situ. nak bakar tak boleh sebab sekarang musim hujan.

kat belakang bilik air pulak aku tengok ada sebuah reban ayam.
dalamnya ada seekor ibu ayam dan beberapa ekor anak ayam.
rebannya macam hasil tangan budak-budak je.
rupanya memang betul. mek upah budak mana ntah buatkan dia reban. bagi RM70 aje.

anak-anak aku la suka tengok reban ayam.
siap request nak main khemah-khemah kat tepi reban tu. sabor je la.

budak baru belajar buat reban. nak je aku renovate reban ni tapi oleh kerana sekarang musim kejap-kejap hujan, tanah jadi lembik dan tak sesuai untuk kerja pertukangan. kang becak nanti

zomm sikit kasi nampak penghuni reban. ada seeokr lagi anak ayam yang dah besar tapi terlepas keluar ikut lubang celah pintu.


pokok lengkuas yang tumbuh subur bersama pokok cili kat bekas bakar tunggul pokok nangka.



petola. orang kelantan panggil tteney

balik kali ni memang banyak makan kenduri.
lepas kenduri sepupu aku, esoknya ada lagi kenduri. rumah PokCik MAt Nor pulak tengahari tu.
kemudian, pukul 3petang tu ke Pasir Putih pulak makan kenduri kat rumah kawan Ngah.
kemudian singgah Tok Bali. sebenarnya takde apa nak beli pon kat sini. sekadar lalu dan singgah aje.



Sekali jumpa ni.
ikan kering manis.
sepanjang hidup hampir 37 tahun ni belum pernah aku jumpa atau makan ikan kering manis ni.
oleh itu aku telah beli sebungkus.
gambar kat atas tu RM10 satu. tak pasti pulak berapa gram.
mula tu aku nak beli RM5 je. tak sangka pulak mahal sampai nak beli RM5 je pun akak penjual tu cakap susah nak timbang. pastu dia suggest aku beli yang dah siap bungkus RM10 tu. yang dah berbungkus duduk tersorok tak nampak. alahai..

so aku ambik je yang dah bungkus. bagus jugak bungkus siap-siap gini. dan lagi bagus kalau boleh seal plastik tu, takyah ikat pakai getah. senang nak beli sebagai buah tangan.
nampak la kemas sikit. dan lebih kedap udara gitu.
tu belum goreng lagi. malam tadi aku goreng ikan kering lain. terlupa yang ini.

lepas Tok Bali, kami ke Pengkalan Datu pulak. kat sini tujuannya adalah untuk melawat biras baru aku, Zura. Zura ni isteri Zemi, adik Ngah. tiga minggu lalu Zura keguguran anak pertama.
rumah Zura ni seberang jalan je dari Cerana Villa Resort.

best tidur rumah Zura. sebab luas dan sunyi. dan lebih syok, TV pun takde woih.
sesekali lepak rumah yang takde TV memang best. semua pon bersembang je kerja. pastu gelak. ni kalau ada TV asik la mata tertumpu kat TV. anak-anak aku pon suka rumah Zura sebab dorang kata luas dan boleh lari-lari sesuka hati. sabo je lah.

rumah ni selalunya kosong takde sapa tidur.
hanya jika Zemi balik hujung minggu baru Zura pun tidur rumah ni. ataupun ada ahli keluarga datang bertandang, baru meriah.
kalau tak, semua pon tidur di kedai mak Zura. mak dia berniaga nasi berlauk setiap pagi. kedai pun dekat-dekat situ je.
oleh kerana rumah sentiasa takde orang, maka bukan aje TV, peti ais pun takda.
masa kami datang, mak Zura bawak beberapa lauk dan sayur dari rumah kedai dia untuk masak kat rumah yang kami tidur ni.
kesian pun ada. baik giler mak Zura ni. esoknya kan, kami bangun awal siap-siap nak shoping kat pasar besar KB tapi tetiba mak Zura datang (mak Zura memang tidur kat kedai, sebab senang bangun pukul 4.30pagi nak masak untuk meniaga) siap bawak inti kuih ketayap (orang kelantan panggil kuih batang buruk) sekali dengan periuk. risau dia taku kami tak sempat makan kuih dia buat. cepat-cepat dia bancuh tepung untuk kulit ketayap dan masak kat situ bagi kami makan. tak termakan kami dengan kuih lagi, dengan nasi berlauk bungkus tu lagi. pendek kata sejak sampai kelantan tu, perut tak sempat nak rasa lapar. asik makannnnn je kerja.

ok lah.

kita sambung lain kali

babai

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku