Anak sulung aku si Amir telahpun bersunat.
sunat kat Klinik Dr Nik Ishak kat Shah Alam. dekat je dengan Ole - Ole tu.
kos untuk bersunat teknik laser beserta 3 jenis ubat (antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat krim sapu) adalah RM200.00 semuanya.
ok la takde nangis ke apa. tak sakit kata Amir.
sebelum pilih untuk sunat kat klinik Dr Ishak tu, aku ada buat surney jugak.
konon nak pilih klinik Dr Azizah je, sebab dekat dengan rumah.
klinik Dr Azizah punya date adalah hari sabtu 12/12/15
kat klinik Azizah ni offer 2 teknik sunat.
satu teknik tradisional yang pakai gunting tu.
satu lagi teknik clamp.
mana-mana teknik pon yang kau pilih, kosnya tetap sama iaitu RM150.00 termasuk ubat dan goodie bag.
aku pun ingat nak buat je kat sini. konon nak pilih teknik clamp.
dah siap booking nama dah pon.
pastu tetiba pulak Ngah kata nak teknik laser.
pulak!!
orang suruh survey dia tangguh-tangguh.
dah orang booking pandai pulak dia jam-jam tu pi survey sekitar tempat kerja dia.
terjumpa klinik Dr Ishak.
memang klinik ni offer teknik laser pon
kos RM200.00
dan lepas bincang dengan Amir, dia setuju nak laser.
booking pulak dengan klinik Dr Ishak, dan cancel kat klinik Dr Azizah.
pagi sebelum nak ke klinik untuk bersunat. nampak rilekkk je masa nih |
muka dah mula cuak dah ni. ambik gambar suruh senyum pun nampak nau terpaksanya |
masa ni doktor dah spray ubat dan lumur krim kat anu dia nak bagi kebas. ni tengah menunggu turn. muka risau je |
budak yang sebelum Amir tu kalau tak silap aku anak indon. sebab aku dengar mak dan kakak budak tu cakap indon.
budak tu punya la lama ambik masa nak sunatkan dia.
aku sampai klinik pukul 10.00 pagi. nak pukul 12.00 baru turn Amir.
Ngah citer kat aku, doktor bagitau dia budak indon tu ada jangkitan kuman kat anu dia. jadi masa bersunat, banyak darah keluar. dan banyak la pulak proses nak kena buat sebelum nak sunatkan budak tu. tu yang lambat.
turn Amir pulak, plik aku apasal cepat sangat. aku ingatkan bersunat memang ambik masa lama. rupanya tengok kes jugak.
dan hari ni aku kerja. Ngah yang jaga Amir kat rumah. takpe la halfday je pun.
petang ni kak yang sampai. nasib baik la kak yah samggup datang sini untu kjaga Amir. lega sikit aku
ok la.
aku stop dulu.
babai..
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku