Lepas kenduri kawin Norlin di Bandar Puteri Jaya 9/8/2014, kami menuju ke Pulau Pinang.
ni la pertama kali aku, Ngah dan anak2 jejak kaki ke penang. juga pertama kali sampai Kedah.
tu pun nasib Norlin bertemu jodoh ngan orang kedah, kalau tak, tak tau laa.
keputusan untuk ke penang dibuat selepas membatalkan cadangan asal untuk pergi ke Padang Besar. memula tu memang nakkkk sangat ke Padang Besar. Kak Cek kata dia pernah pergi padang besar tu. sebab anak lelaki dia Tuan Hasli (aku panggil Pokli) kawin dgn orang Kedah dan menetap di Perlis. jadi setiap kali melawat anak dia ke perlis memang dorang akan bawak berjalan.
aku ajak Kak Cek konvoi sekali ke padang besar, tapi dia kata tak boleh, sebab lepas sanding tu dah nak kena balik kelantan. almaklum la dorang datang sewa van. Van tu pulak dipandu oleh sedara jugak. dan memang dah janji nak balik terus lepas sandingnya tu. lagipun, esokkannya hari ahad, hari bekerja / bersekolah untuk kelantan. jadi mana boleh extend lagi. dan dia pon dah pernah pergi padang besar, mesti la dia tak se excited aku.
aku tanya Kak Cek, best tak kat padang besar tu? dia kata best la, boleh shopping barang periuk belanga semua tu. kawasan kaki bukit yang penuh dengan peniaga. dan kebanyakannya jual makanan dan barang periuk pinggan mangkuk, kira lebih kurang Rantau Panjang jugak la, komen Kak Cek. lalu aku tanya lagi, mana lagi best, Padang Besar ke Rantau Panjang? mesti la Rantau Panjang kata Kak Cek, sebab Rantau Panjang lagi besar kawasan dia. lalu aku pun mula berbelah bahagi, nak pergi Padang Besar ke atau nak ke tempat lain. sebab, tujuan aku pergi Padang Besar tu pun sebenarnya nak tengok2 tempat orang je pon, bukan nak shopping ke apa. tapi dalam hati macam kalau pergi Penang pun best jugak. kena pilih yang mana satu nak pergi, sebab masa agak suntuk. dalam satu hari mana boleh nak pergi dua tempat. penat nanti.
pikir punya pikir, kami buat keputusan nak ke Penang aje. boleh jugak bawak anak merasa naik feri.
wo hooooo....!!
selfie dalam keter. on the way dari tempat kenduri Kedah nak ke jetty feri Penang |
kami bayar tol RM7.70. harga ni dah kira 2 hala tau. jadi jangan buang resit tol tu ye |
panglima's dalam feri |
pemandangan dari dalam feri kami |
tuan tanah |
budak ni paling seronok naik feri. siap tanya bila nak pergi lagi.. |
sebaik aje keluar dari feri, kami terus ke Bukit Bendera. masa tu dah dalam pukul 5pm lebih kurang. dengan khidmat GPS, kami sampai jugak walaupun sesat barat jugak dek kerana terlalu percayakan GPS ni. sampai ke bukit bendera yang rumah-rumah cina dalam bukit nun. ye, tetap bukit bendera jugak, cuma yang tak komersil punya. dah la jalan sikit punya sempit.
lepas u-turn turun balik, akhirnya jumpa jugak. eisehh... dekat je pon stesen ketapi Bukit Bendera rupanya.
selfie ye bang? pakai henfon aku jadi mari tepek sini sekali |
menunggu ketapi nak naik ke atas bukit bendera |
dalam ketapi |
mendaki bukit bendera |
gentleman kena berdiri. tempat duduk tak cukup |
pandangan dari puncak bukit bendera |
air kotak ni RM2.50/no. kalau perlu, bawak la air kat anak2 korang siap-siap ye. penjimatan sikit |
gambar yg diambil oleh Joe |
Turun dari bukit bendera tu dah nak maghrib dah pun. anak-anak pun dah lembik.
padahal tempat nak tido malam ni belum carik lagi nih.
aku dan Ngah memang dah bajet nak cari budget hotel aje, takyah nak mewah2 sangat. janji selesa nak tido.
misi mencari hotel pun bermula. aku ajak Ngah pergi kawasan pusat bandar, apa panggil tu eh? Georgetown ye? haa, tapi dia taknak. dia kata takde apa pun kat Georgetown tu. katanya laa.. dia bekenan nak ke Feringgi. Jadi mari je la takyah nak berdebat sangat. apa2 pun sambil gugel cari tu mari cari tempat makan dulu. sian anak2 lapar.
on the way ke batu feringgi, kami singgah kat sebuah restoran tepi jalan. aku ingat boleh la makan char kuey tiow penang stail, tapi rupa-rupanya termasuk restoran ala2 thai pulak. tak tau la betul2 orang thai ke orang kelantan. malas nak tukar-tukar tempat makan, kami order je la. aku dan Ngah order mee celup. Amir dengan Joe order maggi goreng, makanan feberet kononnya.
sambil makan, sambil gugel cari hotel. jumpa satu hotel murah ni. lalu Ngah pun call tanya ada bilik ke tak. dia kata untuk bilik 2 katil double RM120/nite. ok la tu. Ngah pun janji nak datang lepas siap makan. nama hotel ni Pendua Inn.
sampai je Pendua Inn (lepas sesat barat jugak), kami disambut oleh seorang perempuan india berbadan besar juga, berambut maggi.
'ooo... encik yang call tadi tu ye?"
'ha ah, saya la. Bilik yang tadi tu cemana? ada lagi?'
'kejap ye...."
'alamak, dah ada orang ambik la tadi encik.. tu laa, encik call tadi tak booking terus kan? jadi saya dah kasi orang dah, baruuu je tadi..' (sambil senyum)
aku dalam hati geram jugak, macam ambik kesempatan pun ye. padahal kalau tak silap aku Ngah dah cakap nak datang lepas makan. hurmm tapi ye jugak, selagi tak hulur duit deposit, bilik tu mana boleh tunggu kita kan, kang dia tunggu tunggu kita tak datang dia jugak rugi..
lepas tu aku tanya bilik apa yang ada. dia kata bilik junior suite. RM130/nite.
ok la aku cakap. lagipun masih under bajet. lagipun malas dah aku nak usha tempat lain dah. penat wehh.
bilik dia ada 1 katil queen dan 1 katil single.
tu nanti la aku citer di lain entry eh.
aku kena cari gambar dia dulu.
benti sini dulu
bye
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.