Thursday, 14 August 2014

DQ Muslim Homestay Bandar Puteri Jaya, Sg Petani Kedah

Ini adalah kejadian pada hari Sabtu 9/8/2014. 
menerima jemputan kenduri kawin sedara aku Norlin aka kawan masa kecik. bertemu jodoh dengan abang polis dari Kedah. 

penginapan kat DQ Muslim Homestay ni ditaja oleh sang pengantin. kami anak beranak tinggal nak datang tido je. jadi kalau berminat nak menginap di DQ ni, sila call nombor kat banner dalam gambar dibawah.
rega sumer tu aku memang tak tau.

Pandangan dari porch 


Rumah ni corner lot. kat tepi tu siap ada kolam ikan lagi. anak2 aku memang suka lepak sini. 

 

ni ruang tamu utama. 

Ni pulak ruang makan. Bilik yg pintu ternganga tu mak Norlin guna (aku panggil kak De) dan kak Cek

Dapur dia agak luas. 
Rumah corner lot ni ada 3 bilik. memandangkan parent Norlin dan mak sedara dia jugak datang yang mana semuanya adelah sedara mara aku, maka semua kami bermalam kat sini.

Bilik utama ada ekon. tu pengantin guna. bilik kedua dorang kasi kat aku sebab katanya bilik aku ni ada buaian. jadi senang nak tidurkan anak, padahal Ammar dah tak tidur dalam buai dah. hanya bilik aku tu aje yang dipasang digantung tali buai dari siling rumah. bilik ketiga untuk mak Norlin kongsi dengan kakak dia (makcik Norlin, aku panggil Kak Cek... mak norlin dan Kak Cek tu sepupu aku). takde masalah pun sebab bapa Norlin dah meninggal, suami kak Cek pun dah meninggal, jadi takdak sape nak merajuk tak dapat bilik.

 yang budak2 pulak dibentang toto kat depan tv.

Overall aku suka DQ ni cuma pengudaraan tu aje yg membuat kan sedikit rimas. bilik aku dan bilik kak cek takde tingkap tau. eh, bilik aku ada tingkap, cuma selalunya kalau kita bukak tingkap akan nampak kawsan luar rumah. bilik aku ni kalau bukak tingkap, akan nampak dalam rumah jugak. tingkap bertentangan dengan bilik air. bilik air tu pulak sekali dengan tandas. jadi daripada bukak tingkap, baik takyah. bilik air tu, pun pengudaraan dia tak berasa lancar jugak. kebiasaan bilik mandi dia kan ada tingkap atau lubang pengudaraan kat belah atas tu. bilik mandi ni, bukan takde lubang udara. ada tu ada cuma dia macam tidak berlaku pengaliran udara menyebabkan kalau ada sapa sapa berak, bau dia terperangkap kat situ lambat nak hilang. paham ke idok ni? huhuhu...



Alkisahnya.
Norlin akad nikah raya ke3 hari tu. tapi memandangkan aku tak balik kelantan, tak dapek la merasa nasi minyak dia. dia kata takpe la kalau tak balik kelantan, asalkan boleh attend kendudi kat kedah. mula tu aku tak pasti boleh sampai kedah ke tidak, almaklum la lepas raya duit pun agak kering jugak. dah kering masa balik Pekan, lagi nak berjalan nun ke kedah ke? pikir punya pikir, lalu kami pun ambik keputusan untuk pergi je lah. jangan pikir pasal duit sangat. duit tu boleh cari. jemputan norlin sekali ni aje. kalau pikirkan sangat tang duit tu, sampai bebila pun tak cukup beb. lagi pulak, ni la masa dan alasannya nak pergi kedah. kalau nak sampai ke kedah dengan sesaja je takde tujuan (macam kenduri kawin ni) aku rasa sampai bebila pun tak sampai kot aku ke kedah. lagi pulak, apa je ada kat kedah tu yang sesaja nak pergi? wah wah wah.... marah orang kedah ni woiiii... maafkan daku huhu

Gambar di hari kenduri...









dan alang-alang sampai kedah, lepas makan kenduri tu kami zap zup zap ke Penang pulekk. Tu lain entry eh.

 ok la

lain kali cerita lagi.

babai

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.