Wednesday, 27 August 2014

Pertama kali ke Pulau Pinang

Lepas kenduri kawin Norlin di Bandar Puteri Jaya 9/8/2014, kami menuju ke Pulau Pinang.

ni la pertama kali aku, Ngah dan anak2 jejak kaki ke penang. juga pertama kali sampai Kedah.
tu pun nasib Norlin bertemu jodoh ngan orang kedah, kalau tak, tak tau laa.

keputusan untuk ke penang dibuat selepas membatalkan cadangan asal untuk pergi ke Padang Besar. memula tu memang nakkkk sangat ke Padang Besar. Kak Cek kata dia pernah pergi padang besar tu. sebab anak lelaki dia Tuan Hasli (aku panggil Pokli) kawin dgn orang Kedah dan menetap di Perlis. jadi setiap kali melawat anak dia ke perlis memang dorang akan bawak berjalan. 

aku ajak Kak Cek konvoi sekali ke padang besar, tapi dia kata tak boleh, sebab lepas sanding tu dah nak kena balik kelantan. almaklum la dorang datang sewa van. Van tu pulak dipandu oleh sedara jugak. dan memang dah janji nak balik terus lepas sandingnya tu. lagipun, esokkannya hari ahad, hari bekerja / bersekolah untuk kelantan. jadi mana boleh extend lagi. dan dia pon dah pernah pergi padang besar, mesti la dia tak se excited aku.

aku tanya Kak Cek, best tak kat padang besar tu? dia kata best la, boleh shopping barang periuk belanga semua tu. kawasan kaki bukit yang penuh dengan peniaga. dan kebanyakannya jual makanan dan barang periuk pinggan mangkuk, kira lebih kurang Rantau Panjang jugak la, komen Kak Cek. lalu aku tanya lagi, mana lagi best, Padang Besar ke Rantau Panjang? mesti la Rantau Panjang kata Kak Cek, sebab Rantau Panjang lagi besar kawasan dia. lalu aku pun mula berbelah bahagi, nak pergi Padang Besar ke atau nak ke tempat lain. sebab, tujuan aku pergi Padang Besar tu pun sebenarnya nak tengok2 tempat orang je pon, bukan nak shopping ke apa. tapi dalam hati macam kalau pergi Penang pun best jugak. kena pilih yang mana satu nak pergi, sebab masa agak suntuk. dalam satu hari mana boleh nak pergi dua tempat. penat nanti.

pikir punya pikir, kami buat keputusan nak ke Penang aje. boleh jugak bawak anak merasa naik feri. 
wo hooooo....!!



selfie dalam keter. on the way dari tempat kenduri Kedah nak ke jetty feri  Penang

kami bayar tol RM7.70. harga ni dah kira 2 hala tau. jadi jangan buang resit tol tu ye

panglima's dalam feri

pemandangan dari dalam feri kami


tuan tanah


budak ni paling seronok naik feri. siap tanya bila nak pergi lagi..


sebaik aje keluar dari feri, kami terus ke Bukit Bendera. masa tu dah dalam pukul 5pm lebih kurang. dengan khidmat GPS, kami sampai jugak walaupun sesat barat jugak dek kerana terlalu percayakan GPS ni. sampai ke bukit bendera yang rumah-rumah cina dalam bukit nun. ye, tetap bukit bendera jugak, cuma yang tak komersil punya. dah la jalan sikit punya sempit.
lepas u-turn turun balik, akhirnya jumpa jugak. eisehh... dekat je pon stesen ketapi Bukit Bendera rupanya.

resit tiket naik keatas bukit bendera. untuk warganegara yang datang sendiri tanpa melalui ejen pelancongan, tambang adelah murah. dewasa RM6. kanak-kanak RM3. bawah 4 tahun adelah percuma. pastikan korang bawa dan tunjukkan mykid anak masing2. pekerja kaunter yang amanah akan mintak tu.





selfie ye bang? pakai henfon aku jadi mari tepek sini sekali

menunggu ketapi nak naik ke atas bukit bendera

dalam ketapi

mendaki bukit bendera


gentleman kena berdiri. tempat duduk tak cukup

pandangan dari puncak bukit bendera


air kotak ni RM2.50/no. kalau perlu, bawak la air kat anak2 korang siap-siap ye. penjimatan sikit


gambar yg diambil oleh Joe

nak teropong pulau? masukkan RM1 dalam kotak tu dan boleh teropong selama 2 minit kot, eh ke 3 minit? aku lupa.. tamat je tempoh dia, teropong tu jadi gelap gelita. Ngah masukkan RM1 pastu pakat gilir 2 badik tu tengok. bila tiba tang aku nak tengok, dah gelap dah... (T  T)



Turun dari bukit bendera tu dah nak maghrib dah pun. anak-anak pun dah lembik. 
padahal tempat nak tido malam ni belum carik lagi nih. 
aku dan Ngah memang dah bajet nak cari budget hotel aje, takyah nak mewah2 sangat. janji selesa nak tido. 

misi mencari hotel pun bermula. aku ajak Ngah pergi kawasan pusat bandar, apa panggil tu eh? Georgetown ye? haa, tapi dia taknak. dia kata takde apa pun kat Georgetown tu. katanya laa..  dia bekenan nak ke Feringgi. Jadi mari je la takyah nak berdebat sangat. apa2 pun sambil gugel cari tu mari cari tempat makan dulu. sian anak2 lapar.



on the way ke batu feringgi, kami singgah kat sebuah restoran tepi jalan. aku ingat boleh la makan char kuey tiow penang stail, tapi rupa-rupanya termasuk restoran ala2 thai pulak. tak tau la betul2 orang thai ke orang kelantan. malas nak tukar-tukar tempat makan, kami order je la. aku dan Ngah order mee celup. Amir dengan Joe order maggi goreng, makanan feberet kononnya. 

sambil makan, sambil gugel cari hotel. jumpa satu hotel murah ni. lalu Ngah pun call tanya ada bilik ke tak. dia kata untuk bilik 2 katil double RM120/nite. ok la tu. Ngah pun janji nak datang lepas siap makan. nama hotel ni Pendua Inn.

sampai je Pendua Inn (lepas sesat barat jugak), kami disambut oleh seorang perempuan india berbadan besar juga, berambut maggi. 

'ooo... encik yang call tadi tu ye?"
'ha ah, saya la. Bilik yang tadi tu cemana? ada lagi?'
'kejap ye...."

'alamak, dah ada orang ambik la tadi encik.. tu laa, encik call tadi tak booking terus kan? jadi saya dah kasi orang dah, baruuu je tadi..' (sambil senyum)

aku dalam hati geram jugak, macam ambik kesempatan pun ye. padahal kalau tak silap aku Ngah dah cakap nak datang lepas makan. hurmm tapi ye jugak, selagi tak hulur duit deposit, bilik tu mana boleh tunggu kita kan, kang dia tunggu tunggu kita tak datang dia jugak rugi..

lepas tu aku tanya bilik apa yang ada. dia kata bilik junior suite. RM130/nite.

ok la aku cakap. lagipun masih under bajet. lagipun malas dah aku nak usha tempat lain dah. penat wehh.

bilik dia ada 1 katil queen dan 1 katil single. 

tu nanti la aku citer di lain entry eh.
aku kena cari gambar dia dulu.

benti sini dulu 

bye

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Thursday, 14 August 2014

DQ Muslim Homestay Bandar Puteri Jaya, Sg Petani Kedah

Ini adalah kejadian pada hari Sabtu 9/8/2014. 
menerima jemputan kenduri kawin sedara aku Norlin aka kawan masa kecik. bertemu jodoh dengan abang polis dari Kedah. 

penginapan kat DQ Muslim Homestay ni ditaja oleh sang pengantin. kami anak beranak tinggal nak datang tido je. jadi kalau berminat nak menginap di DQ ni, sila call nombor kat banner dalam gambar dibawah.
rega sumer tu aku memang tak tau.

Pandangan dari porch 


Rumah ni corner lot. kat tepi tu siap ada kolam ikan lagi. anak2 aku memang suka lepak sini. 

 

ni ruang tamu utama. 

Ni pulak ruang makan. Bilik yg pintu ternganga tu mak Norlin guna (aku panggil kak De) dan kak Cek

Dapur dia agak luas. 
Rumah corner lot ni ada 3 bilik. memandangkan parent Norlin dan mak sedara dia jugak datang yang mana semuanya adelah sedara mara aku, maka semua kami bermalam kat sini.

Bilik utama ada ekon. tu pengantin guna. bilik kedua dorang kasi kat aku sebab katanya bilik aku ni ada buaian. jadi senang nak tidurkan anak, padahal Ammar dah tak tidur dalam buai dah. hanya bilik aku tu aje yang dipasang digantung tali buai dari siling rumah. bilik ketiga untuk mak Norlin kongsi dengan kakak dia (makcik Norlin, aku panggil Kak Cek... mak norlin dan Kak Cek tu sepupu aku). takde masalah pun sebab bapa Norlin dah meninggal, suami kak Cek pun dah meninggal, jadi takdak sape nak merajuk tak dapat bilik.

 yang budak2 pulak dibentang toto kat depan tv.

Overall aku suka DQ ni cuma pengudaraan tu aje yg membuat kan sedikit rimas. bilik aku dan bilik kak cek takde tingkap tau. eh, bilik aku ada tingkap, cuma selalunya kalau kita bukak tingkap akan nampak kawsan luar rumah. bilik aku ni kalau bukak tingkap, akan nampak dalam rumah jugak. tingkap bertentangan dengan bilik air. bilik air tu pulak sekali dengan tandas. jadi daripada bukak tingkap, baik takyah. bilik air tu, pun pengudaraan dia tak berasa lancar jugak. kebiasaan bilik mandi dia kan ada tingkap atau lubang pengudaraan kat belah atas tu. bilik mandi ni, bukan takde lubang udara. ada tu ada cuma dia macam tidak berlaku pengaliran udara menyebabkan kalau ada sapa sapa berak, bau dia terperangkap kat situ lambat nak hilang. paham ke idok ni? huhuhu...



Alkisahnya.
Norlin akad nikah raya ke3 hari tu. tapi memandangkan aku tak balik kelantan, tak dapek la merasa nasi minyak dia. dia kata takpe la kalau tak balik kelantan, asalkan boleh attend kendudi kat kedah. mula tu aku tak pasti boleh sampai kedah ke tidak, almaklum la lepas raya duit pun agak kering jugak. dah kering masa balik Pekan, lagi nak berjalan nun ke kedah ke? pikir punya pikir, lalu kami pun ambik keputusan untuk pergi je lah. jangan pikir pasal duit sangat. duit tu boleh cari. jemputan norlin sekali ni aje. kalau pikirkan sangat tang duit tu, sampai bebila pun tak cukup beb. lagi pulak, ni la masa dan alasannya nak pergi kedah. kalau nak sampai ke kedah dengan sesaja je takde tujuan (macam kenduri kawin ni) aku rasa sampai bebila pun tak sampai kot aku ke kedah. lagi pulak, apa je ada kat kedah tu yang sesaja nak pergi? wah wah wah.... marah orang kedah ni woiiii... maafkan daku huhu

Gambar di hari kenduri...









dan alang-alang sampai kedah, lepas makan kenduri tu kami zap zup zap ke Penang pulekk. Tu lain entry eh.

 ok la

lain kali cerita lagi.

babai

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.

Monday, 4 August 2014

Aidilfitri Syawal 1435H / 2014

Selamat Hari Raya semua!!

hari ni first day aku kerja selepas raya.

tahun ni aku balik raya di Pekan, Pahang.
kami balik ke Pekan hari Sabtu lepas subuh.
plan asal konon nak bertolak Jumaat lepas bukak puasa, tapi badan tak larat sangat. ngantuk kata Ngah.

Jumaat yang last day kami kerja tu, aku dah tak masak dah. mintak Ngah beli je nasi bungkus kat param. sebelum tu, dia ambik adik bongsu dia (Sat) kat kolej ADTEC sebab Sat nak balik tumpang De (Zemi @ adik Ngah juga, abang kepada Sat). De ni tinggal berdekatan je ngan kami, taman yang sama. Blok je lain2. jarak dari rumah aku ke rumah De hanya tak sampai 10minit jalan kaki je. Jadi, Ngah ambik Sat, tumpang rumah kitorang dulu, pastu De nak bertolak nanti dia datang je rumah kitorang, takyah nak patah ke Shah Alam nun. membazir minyak keter je.

Lepas bukak puasa, lebih kurang jam 10malam tu, Ngah bawak aku merempit ke KL. kami pergi Jalan TAR. agenda adelah untuk mencari baju raya aku. sebab aku belum ada baju raya ni. alang2 Sat ada kat rumah, boleh la tinggalkan panglima 3 badik tu kejap. tu pun bercinta nak tidurkan si kenit sorang tu. yang besar tu boleh lagi umpan dengan citer katun. pastu keluar rumah senyap2.

sampai jalan TAR, hoiiii ramainya la manusia! kat lorong yang mula2 nak masuk sebelah Campbell tu nak berjalan pun tak boleh weii.. padat dengan manusia. kat depan lorong tu pulak bersepah2 peniaga makanan. ada yang jual air, jagung bakar, kepok lekor, pastu ada makanan yang celop2 dalam air panas tu.. panggil apa eh? yong tau foo kot. yang fishball. pedal ayam, cucuk dengan lidi tu.

sepanjang2 hidup aku yang dah lebih 15 tahun merantau di kl ni, ni la pertama kali aku jejak jalan TAR di  malam2 terakhir Ramadhan. sebelum ni tak pernah sampai pun. ramai kawan2 ofis yang kampung dia di KL / Selangor cakap, malam raya paling best shopping sebab dorang lelong secara besar besaran. baju raya kalau harga RM200 tu boleh jadi tak sampai RM100 pun. sebab tu makin dekattt nak raya, makin ramai orang datang shopping sebab dorang nak dapatkan harga super murah.

memandangkan aku pergi lagi 3 hari nak raya, jadi harga baju aku masih tak murah sangat, walaupun dah diberi potongan harga, aku rasa kalau aku beli dimalam raya, harga boleh turun lagi pat lima puluh hengget kot. eh, bukan kot dah, memang pasti!

alahai.. gambar baju raya takde. kalau tak, boleh aku tepek kat sini. sekadar buat kenangan.

warna tema kami tahun ni ialah merah. menyala-nyala kau. i loike!!

menu raya pulak.
memandangkan raya adelah rumah mertua, semua menu adelah idea mak mertua aku. mak masak sempoi je. nasi impit + kuah kacang + rendang ayam + rendang daging (menu wajib mak). tiap2 tahun menu 4 serankai ni hampir wajib ada. haha main hampir2 pulak. sebabnya yang wajib mak buat nasi impit + rendang. kuah kacang tu kadang2 takde. kira kuah kacang tu tak wajib.  tapi macamana pun nasi impit cicah rendang memang kau akan jumpa kat rumah mak mertua aku setiap hari raya pertama. gituu.
menu2 lain, selain biskut raya kiriman anak2 menantu + kuih tunjuk2, adelah lemang - beli, ketupat palas - beli jugak, oh itu aje untuk raya pertama.

raya kedua adelah repeat menu raya pertama hahaha... hanya tambah mee goreng yang dimasak oleh aku. sebenarnya raya kedua mak ingat nak masak nasi minyak, tapi tak jadi memandangkan kami pulak nak kuar beraya. kalau masak nasi minyak pastu tuan rumah keluar pegi beraya, alamat tak luak la nasi minyak mak dan possiblity terhadap pembaziran adelah tinggi. jadi mari postpone ke hari berikutnya.
tu rancangan kami. malangnya tak jadi pulak keluar beraya seperti dirancang. sebab tetamu jauh bertalu-talu datang. kebanyakan adelah adik badik abah. abah kan adik badik dia berpecah belah. bukan berpecah belah sebab bergaduh ke hapa. tapi berpecah sebab arwah mak kepada abah meninggal masa abah 4 beradik (seibu sebapa) masih kecik. (kalau tak silap aku, mak citer abah ada 4 beradik semuanya, dan semua adelah lelaki). setelah arwah mak abah meninggal, 4 beradik ni diambil dan dijaga oleh makcik dorang secara berasingan. macam abah, dia diambil dan dijaga oleh Mak Tua. Mak Tua ni adelah adik kepada mak abah. dan Mak Tua juga adelah ibu kepada mak mertua aku. maksud dia, abah dan mak adelah sepupu.
adik abah yang bongsu pulak dijaga oleh adik perempuan kepada Mak Tua. kami panggil dia Tok Cu. abang abah yang lagi 2 orang tu aku tak tau citer. semua citer pasal kisah sayu adik badik abah ni pun mak yang citer. kalau nak tunggu abah citer, memang takde la. abah tu sifat dia pendiam. (tapi sporting hehe.)

yang datang beraya tu adelah abang kepada abah yang paling tua. berduyun2 anak cucu datang. rasa ralat pulak sebab tak masak nasi minyak seperti dirancang. nak buat cemana, takde rezeki dorang nasi minyak mak huhu.
memandangkan jam pun dah nak Asar, dah takde feel nak berjalan beraya dah, mak pun ajak la kami beraya dekat2 aje. lepas Asar kami pergi beraya rumah Pak Cik Shekh. dia ni kawan abah (dan mak jugak of course). dekat je. Taman sebelah tu aje. kami dijamu nasi tomato, nasi dagang, spagetti carbonara, dan lain2 biskut raya. balik rumah dah kenyang tak perlu masak dah. makan je la mee siang tadi dan belen2 makanan yang ada.

raya ketiga.. hari Rabu.
sebenarnya aku dan Ngah ada plan kami sendiri. ingat raya kedua petangnya tu kami nak balik kelantan, sebab ada kenduri kawin sedara aku. 2 orang sedara kawin ngko. sedara pertama kat Kuala Krai. Norlin nama dia. dia ni sedara merangkap kawan baik aku di zaman kanak2. kawin raya ketiga dengan orang kedah. sedara kedua pulak satu kampung ngan aku. kawin raya keenam (hari Sabtu) dia ni pun sedara merangkap kawan masa kacik. tapi bukan kategeri kawan rapat. sebabnya dia ni 4 ke 5 tahun lebih muda dari aku. jadi dia geng junior. dan dia ni masa kecik2 kuat nangis, dan tangian dia sangat nyaring hingga menakutkan. mau tak takut ngko. ayah dia garang giler. sebab tu kitorang kecik2 dulu taknak main dengan dia. nanti dia nangis kang bapak dia datang marah kitorang. hahah indahnya bila teringat zaman itu. selamat pengantin cekgu Jem Mah. Jem Mah ni kawin ngan orang Tganu. hensen giler laki dia. aku tengok pun cair hahaha. tengok dalam pesbuk je pun, belum tengok life lagik.

lagi satu sebab nak balik kelantan adelah, Ngah ada reunion dengan kawan2 skolah dia. tu pun satu, tak sudah2 dengan reunion dia. dari hari tu lagi nak reunion, tapi asik la tak jadi. kali ni pun oleh sebab tak jadi balik kelantan, maka kawan2 dia ber reunion tanpa dia. elok jugak sebenarnya untuk aku, kalau bukan kawan2 skolah dia ajak jumpa, aku rasa secubit pun Ngah takde rasa nak balik kelantan. ni ada la jugak 2 tujuan balik kelantan. satunya kenduri kawin, satu lagi reunion. walaupun akhirnya tak jadi  balik.
aku pepagi tu dah tanya, "jadi ke balik ni?"  "belom bagitau mak lagi" kata dia. ye la aku pun paham. macam tak sampai hati pun ada. ye la, mak asik la bila sembang.. "takpe la, lauk ni esok2 la masak, lagipun lambat lagi balik..." "takpe la, nanti kita beraya kita gi pantai sepat ye Joe, lagipun nak balik lambat lagi..." ayat dia tu "... lambat lagi..." "... lambat lagi.." kang kalau tetiba Ngah cakap nak balik Kelantan dah esok ada kenduri kawin kang sangat tak patut aku rasa. aku la yang terlebih rasa bersalah, sebab destinasi tu kampung aku! pikir punya pikir, ah, takyah balik la cenggini. takpe la, pengantins tu paham la tu.. tahun ni turn kampung laki aku, nak buat cemana kan.

ni hujung minggu ni plannya nak ke Kedah, sebab nak mengantar menantu (Norlin si pengantin pertama tadi).

jadi, raya ketiga, menu adelah nasi minyak air tangan mak. maveless. pepagi dah menkedarah nasi minyak. lepas Zohor tu kami pergi beraya ke rumah ntah aku tak kenal. kenalan abah ngan mak tu semua. lepas beraya, abah bawak pergi pantai sepat, Tanjung Lumpur. konon nak makan ikan bakar. tapi semua kedai tutup. anak2 aku nampak pantai seronok la dorang. terus bukak baju terus mandi laut. sekejapan kemudian dah salin baju semua terus kami dah tak tau hala tuju dah. namun disebabkan dah kepingin sangat terhadap ikan bakar, kami minta abah bawakan ke mana2 restoran yang ada ikan bakar. cari punya cari tetap la semua kedai yang abah biasa pergi belum bukak lagi. masih mood raya katanya. sehingga kami terlajak sampai ke pantai Teluk Cempedak. ramai sungguh manusia kat TC. dalam banyak2 restoran / kedai makan, takde satu pun yang jual ikan bakar. malang sungguh. patutnya jual la signature dish mewakili kedai kau kat tepi pantai kan. oh kiciwa sungguh. dah tak tau nak makan apa, hampir kami ke KFC aje. tapi last minit, abah suggest makan bakso kat kedai berhadapan dengan kawasan parking keter, oyye, sekarang ni dah ada kawasan parking keter baru. RM1/entry. kawasan parking yang sedia ada sejak lama dulu tu RM2/entry. padahal takde la jauh mana pun parking lama dengan baru. jangan membazir. parking aje kat RM1 tu. dari tempat parking tu akan nampak kedai bakso.kecik je kedainya.. masuk je kedai tu terus order air. dah order air, pastu cakap nak makan bakso tau tau " bakso belum ada hari ni bang.."  T___T
akhirnya order je la apa yang ada. hanya mee sup kuey tiow sup bihun sup je ada. masakan panas langsung takde. nasib dah order air, kalau tak, harus kami 9 orang bangun tak jadi makan situ.
nasib baik sup dia sedap. recommended la.. cuma yang agak kecewa sikit bila time bayar.

masa aku nak bayar tu, aku tanya mee sup semangkuk RM berapa. dia kata Bakso RM5. aku cakap aku bukan makan bakso, kami semua makan sup aje, dah kata tadi bakso takde kan? eh, bakso adaa... kata puan kedai tu. tetiba pekerja bangla yang tukang ambik order kami menyampuk "... sory kak, sekarang baru bakso siap, tadi belum siap. sory ye kak.." takpe la, bakso dah siap pun aku dah kenyang makan mee sup hang, tinggal lagi nak bayar aje.  lalu aku ulang tanya puan kedai tu, mee sup RM berapa semangkuk? dia kata RM4.50. ok la. darab la 8. kendian puan kedai tanya aku minum apa. aduiyai.. masa ni aku tak tau nak jawab sebab masa ni abah, mak, De, dan Sat dah pergi kat keter dah. Ngah pun dah kuar dukung anak bawak ke keter. tinggal aku je kat situ. sementelah pulak masa tunggu sup siap, aku bawak Amir ngan Joe pergi tengok kedai kraftangan kat seberang kedai tu. jadi sumpah aku tak tau yang lain2 order air apa. lalu aku mintak puan kedai tu tanya bangla tu apa air yang kami order. sebab bangla tu memang tulis satu2. dan bangla tu pun ada depan mata dia. eh tapi tetap la dia tanya aku, minum air apa. aku pun jawap la yang aku tau. air aku minum, air anak2 aku minum, air Ngah minum, pastu selebihnya aku memang blur. pastu duk tanya2 suruh aku cuba ingat. sampai 3 kali dia dok kira balik, paastu cancel dan kira balik. cukup kali ketiga dok main kensel-kensel, aku pun dah mula moody, lalu aku letakkan (atau sedikit hempas) henbeg atas meja konon nak ambik pen ngan kertas dan nak kuarkan henphon nak kirakan untuk dia. bukan apa, aku rasa puan kedai ni macam tak biasa kira pakai kalkulator pon ye jugak. kebiasaannya orang kalau RM4.50 kali 8 dia tekan je darab. ni takk, dia kira 450 campur 450 campur 450 campur ... sebanyak 8 kali. pastu camput ngan harga air yang aku sebut. yang aku tak sebut yang aku cakap tak tau tu dia pun cakap ok takpa kita kira balik. air laici 2 kan? laaaa.. kak, saya dah sebut tadi laici 2, teh ais 2, pastu 100plus 2, yang lagi 4 tu akak tanya la bai ni, dia ambik order tadi. aku muka dah tak berapa nak manis dah masa ni. tapi nasib baik la puan kedai ni penyabar orangnya. kira aku tabik dengan sikap cool dia. akhirnya aku bayar kos yang dia kira tu. RM54.50 je pon.. aiseh.

on the way balik tu kami singgah Giant. aku beli serba sedikit lauk pauk untuk aktiviti bakor bakor di malam hari. ikan siakap sekor. kambing sikit, pari sikit, hotdog, ayam tak payah sebab ayam kat rumah mak dah banyak. lagipun ayam kat Giant tu dah tak  berapa baik kondisinya. kebanyakan kaler macam kuning kehijauan sikit. pelik pulak tengok.
ni semua akibat daripada kedai ikan bakor yang belum bukak ni., tak pepasal terpaksa beli ikan bakor sendiri.

ber BBQ la kami seadanya. gambar ada dalam hpon tapi hari ni hpon tertinggal kat rumah. haishh

hari raya ke empat - Khamis.
kami dah bersiap nak balik KL. terkejut jugak mak sebab kata cuti seminggu tapi ni dah nak balik. huhu.
aku pun tak pasti masa bila Ngah bagitau nak balik, tapi tau2 pepagi tu mak bangun extra awal siap rebus jagung takut tak sempat masak nak bagi cucu dia makan. kalau kami belum balik, aku rasa sabtu kot baru masak jagung tu. ye la makanan banyak. takkan semua nak masak sekaligus. tak tersempat nak makan.
kami bertolak lewat jugak la. dalam pukul 11.30am gitu baru gerak. sampai puchong dalam pukul 5pm gitu.

ok kita stop dulu entry ni.
sambung lain kali.

babai

yang baik dari ALLAH
yang buruk dari AKU