tup2 tak jadi, memandangkan masa nak booking penginapan tu pihak hotel macam agak takleh nego la. bukan nego harga ke hapa. tapi takleh nego tang booking fees. aku tak paham mana kekdah nak booking bilik hotel motel nih, sebab tak pernah buat. yang pernah buat hanyalah Ngah aje. dulu tahun 2009 Ngah pernah jugak buat konvoi kawan2 ofis dia pi PD. kitorang duk kat hotel Seri Malaysia. walaupun hotel takde la haibat mana, tapi dorang boleh booking secara verbal aje (walaupon sampai hampir 10 bilik). takyah bayar booking fees pon takpa. nanti dah sampai kat kaunter dihari kejadian tu terus la bayar. hotel Seri Malaysia ni boleh la pulak buat camtu. ye, kalau pikir logik pun macam bahaya la sikit kekdah booking tanpa ada apa2 booking fees. sebab nanti kau tak jadi pergi sedangkan haku dah book seploh bilik untuk hang. dah la aku tak kenal hang. apa pon tak bley. huhuhuh... rugi perniagaan lagu nih!
kan?
urusan nak membooking tu pun macam tak berapa nak customer friendly katenya, lagi pulak Ngah mintak quotation untuk aktiviti, BBQ, karaoke dan hapentah, dorang buat macam lambat bebenor nak take action, maka Ngah pon dah tawar hati dah. begitu jugak la kengkawan lain, dah takde feel, tak eksaited dah nak duk hotel kalian, maka ending, TAK JADIKKK.
aku dah sedih dah time ni. tak jadi kauuuu...
dah la aku masa Amir duk kampung lagi aku dah citer kat dia nak bawak dia tido hotel lepas dia dah balik KL. dia pon dah syok dengar. hahahah anak aku ni asal kata nak tido hotel tu dia punya teruja tu aisehhh... sikit2 tanya berapa hari lagi nak pergi. balik2 tanya. lepas tanya, tanya lagi berapa hari lagi nak tido hotel...
T____________T
Ngah pun rasa bersalah la jugak sebab plan dia tak menjadik.
akhirnya demi nak gembirakan anak2, maka cuti tahun baru yakni 1/1/2013 tu kitorang pon on.
mari mandi manda kat Desa Waterpark... dekat pon dekat. takyah nak kemas beg kain baju segala.
happy oh anak2 haku.
pukul seploh lebih kami kuar rumah. lunch terus. anak2 aku paksa makan nasi bebanyak. senang nanti perut kenyang baru dorang ni tak sentap tak tentu hala. nak nak pulak si Tajul. dia kalau perut lapar mula la dia nak dukung la, nak susu la, sket2 nangis la. haishhh la budak manja nih.