manusia ni ada macam2 peel.
ada yang peramah. ada pendiam. ada pulak cakap lepas. pastu nyesal huhuhuh... tu kira ok la kalau ada penyesalan... maknanya dia tau dia dah buat salah kan.
yang takleh blahnya kalau main cakap sedap mulut pastu rasa bangga gile orang lain dengar dia maki or perli orang, dia ingat orang yang mendengar tu takut la or respek habis la kat dia kot, padahal orang maki dalam hati... orang benci kau tau tak? tau takkkkk?!
series bangang...
orang macam ni aku rasa la, dia anggap orang lain tu sumer bodoh, dia aje yang bijak laksana.
bila dah rasa orang lain tak boleh lawan dia punya bijak, mula la pantang nampak orang buat silap sikit je, dia ambik peluang nak bantai orang tu. cakap yang menghiriskan perasaan. heran la aku orang macam ni.
tak tau buat kerja tu lain. lupa tu pulak lain. lupa boleh berlaku kat sapa2 pon. tu takde kena mengena ngan ke-bodoh-an. mengerti? nama pon MANUSIA. sebabkan ke-lupa-an boleh berlaku kat sapa sapa la, maka bila ada orang buat sesuatu tugas, maka perlu ada orang tukang 'checked by'. sebab nak memastikan kerja orang tu tiada kesalahan. pastikan perfect. kalaupun ada kesalahan, kau sebagai orang yang mengecek, kena la bagitau kata salah kat mana2, bukan pi hentam kata orang ni kata buat kerja tak pakai otak la bodoh la hapa la... eh, kau ni tak pernah buat mistake eh? tak pernah? sumpah tak caya.
bila aku pikir2 balik, aku anggap ada tujuan kenapa Tuhan ciptakan watak2 manusia ni pelbagai. sebab nak saling menguji menusia2 itu sendiri.
orang kalau nakkkkk sangat kau nampak bodoh, maka aku rasa elok kalau kau buat-bodoh je. takyah nak fight-fight segala. lagi bikin serabut je. buang masa tu sumer.
orang bijak-pandai ada berkata; kalau orang buat sesuatu yang tak patut kat kita, dan kita ada ruang dan peluang untuk membalasnya, tapi kita tidak pulak berbuat demikian, maka tak perlu khuatir, akan ada ganjaran untuk kita, DAN akan ada balasan jugak untuk orang tu.... dari DIA.
pehhhhh... ending serupa ostajah nampakkkkk...