Wednesday, 30 January 2013

Meng - toilet train - kan Tajuddin

sempena cuti Thaipusam hari tu la..
Thaipusam kan jatuh hari ahad.
so senin tu kira cuti ganti  :p

eh tapi sebenarnya ofis aku keroje. termasuk la aku.
company aku tak ambik Thaipusam sebagai public holiday. sobs sobs..

tapi aku terpaksa meng-apply cuti untuk senin tu.
kerana ??

kerana taska JC anak aku tutup ye kawan-kawan.
kalau nak hantar jugak boleh, bayo ler RM6/hour/kid.
anak aku ada 3.
2 hantar kat taska JC tu. kalau kerja sekerat hari ok la lagi.
so bila pikir2, takpe la. cuti lagi afdal kot.
dah la Ngah takde start sabtu hingga senin tu.
konon pegi kem jati diri 3D2N.. nyampah haku la...
jati diri kununnnn...
dah la hari2 balik kerja malam...
nak layan anak bini pun tak berapa nak cukup masa.
elokkkk cuti kena pergi kem2 segala...
lagi kena tinggal..
dah la anak2 kecik lagi...
makpak pulak kemain jauh nun di kelate...
kalau dekat kompom aku lari balik rumah...

sian kan aku ?
T______________T

#lap airmata kat lengan baju#


eh, nak citer pasal toilet train Tajul sebenarnya.
so, memandangkan aku ada 2 hari cuti
maka aku ajarkan Tajul kencing berak kat tandas.

'Joe, hari ni takyah pakai pampers eh?'
'hurmm' #sambil angguk kepala#

'Joe, kalau nak kencing, kencing kat tandas eh?'
'hurmm' #sambil angguk kepala#

'Joe, kalau nak kencing, kencing kat mana?'
'ecing kat tadashh'

'Bagus Joe ni, kan?'
'hurm' #angguk kepala sambil sengeh#

dokk dalam doploh minit, aku tanya lagi..
'Joe, kalau nak kencing, kencing kat mana?'
'kat tadashhhhhhh !'

good boy

selang lagi tanya lagi..

hehehehe

sebabnya, dulu aku pernah la toilet train kan dia, kadang kala dia ok...
kadang kala tak ok...
mungkin dia tak ingat yang dia tak pakai pampers kot...
maka meleleh la sana sini...
gigih la pulak haku mop2 lantai satu rumah
sambil muka hijau menahan diri dari bertukar menjadi raksasa..

hari pertama (ahad bersamaan hari Thaipusam)
sebaik mandi makan sumer, sadang ralit dia main, aku tanya..
'Joe nak kencing takk?'
'tanak'

ok

selang agak2 dalam doploh minit gitu, aku yang panggil dia suh kencing
walaupun dia tak mintak nak kencing, aku suruh gak dia bukak suar kencing kat tandas
dan dia menurut perintah.
lalu kencing kat tandas.
pastu sambung main.

tigaploh minit kemudian, aku panggil lagi, suh dia kencing lagi.
kali ni dia tanak.
'Joe tanak ecing ummi..!'
'nanti kalau nak kencing, kencing kat tandas ye?'
'hurm'

itu je la yang aku buat

pastu tak lama kendian, dia sendiri datang kat aku bagitau dia nak kencing
so, aku pasang lampu tandas bagi dia berurusan
pastu bagitau lepas kencing kena cuci bird.
dia patuh. siap flush lagik. yag ni aku tak ajarpun.
mungkin dia tengok abang dia flush kot, so dia excited nak tarik tali flush tu jugak
syabbas beta syabbasss!

hari kedua
sepanjang masa aku pasang lampu tandas.
kalau aku perasan dia main ralit sangat, nanti aku panggil dia suh kencing dulu, baru sambung main.
mana tau kot2 dia terlupa yang dia tak pakai pampers kan.
kang hakuuuuu gak yang kehijauan menahan marah nanti.

Tajul ni kalau kat rumah memang dia tak tido siang.
kecuali kalau dia penattt sangat. tengah syok2 layan kartun tup2 terlelap.

kat taska tu lain. dah memang ada jadual. time tido memang kena tido.

jadi, 2 hari tu memang tak pakai langsung pampers di siang harinya.
dan aku kira berjaya la toilet train dia.

masuk hari ketiga, adelah hari kerja, dan Tajul ber-tadika.
dah dimandikan siap2, aku pesan kat dia
'hari ni Joe gi skolah takyah pakai pampers eh? Joe kan dah besar, dah skolah, kan?'
'hurm #angguk kepala#

sampai skolah, aku pesan kat cikgu dia, kata aku dah toilet train kan dia, dan berjaya.
dan aku nak ada kesinambungan konon, sebab kalau kat taska kena pakai balik pampers buat hape kan?
baik takyah.

so, petang balik tu aku tanya cemana sumer kan.
kata pengasuh dia, ok. takde kencing dalam suar ke hapa.
cuma dorang tetapla pakaikan pampers waktu tido.
so takpe. mula2 memang cenggitu kot.

aku tanya pengasuh dia
dia tak cakap ke kalau nak kencing?
takkk kata pengasuh.
habis? langsung tak kencing ke? heran lak aku.
takkan tak kencing kot. atau Tajul sanggup tahan kencing demi takot nak bersuara?
haa, mula aku pikio lain khen. hahahah..

kata pengasuh, dia memang tak mintak nak kencing, dan memang tak kencing pon.
tapi masa nak tido siang tu, dorang pakaikan pampers
dan,pamper memang penuh la sepanjang dia tido tu.
aik? gitu ke pulak?
ntah2 ko pakaikan pampers tu sepanjang hari tak? hahahaha
(buruk sangka pulak dahhh.. ya ampunnn)

dalam keter on the way balik rumah, Tajul tetiba cakap nak kencing
aku suh dia tahan dulu, dah nak sampai rumah dah
sampai je, tengok2 basah suar dia weyh.
projek dalam keter

T___________T

sabo je la mokcik
takpe, pelan2 kayuh


so, hari ni aku hantar dia tanpa pakaikan pampers macam semalam.
pepandai la kau berdikari ye nak?
huhuhuhuh...

ye la, dah besar kot.
dah skolah tadika pon
aku bajet sampai hujung bulan ni berjaya la hendaknya.
at least pakai waktu tido memalam je.

sekian

babai

eh, jap. nak tepek gambo terbaru beliau. baru tak baru la... ni je yang ado dalam folder haku.
boleh laaa..


asal aku suruh senyum, ini la hasil 'senyuman' dia. sabo je la... anak ummi yang terpaling itam, and terpaling sensitip. sikit2 nangis, sikit2 nangis

yang baik dari ALLAH,
yang buruk dari AKU


Friday, 25 January 2013

Rezeki pizza sejukkk :p


malam tadi Amir mintak nak makan pizza. ngengada betul budak ni skrg.
ntah mimpi apakah tetiba mintak pizza.
aku mula tu malas
sebab hujan lebat maghrib tu. series lebat.
tapi Amir ni kalau dia nakkkk tu memang bikin tensi haku. dasarrr...

so layankan saja. hehehe kebetulan ja tu duit tengah ada.
kalau tadak, meroyan la kau situ huhuh..
Ngah tak ikut. so takpe, kau jaga la si kecik Ammar tu bebaik yea.
biar aku ngan Amir ngan Tajul je pergi.

pergi tu, sampai restoran pizza di Giant Bandar Kinrara.
tu je pon kedai pizza paling dekat ngan rumah.
order pukul 7.45pm camtu.
pukul 8.00pm sup sampai dulu. suam2 kuku je supnya.
mati selera aku.
dah la hantar sup, sudu tadak.
sudahnya Tajul celupkan jari telunjuk dia dalam tu demi nak rasa sup.
kan aku dah cakap sejuk? maka dia hirup je sup macam minum teh je pulak.
selang agak2 15minit kemudian, baru air mari.
pastu lamaaaaaa baru hantar pizza. aku tengok jam, omg dah pukul 8.55pm dah.
pizza baru datang weyh..
pulak tu takde la panas macam baru kuar oven pon. pelik haku.

dah tu nak makan pizza ni, eh pinggan mana? haiyoooo!
so, panggil staff dia, maka dapat la pinggan.
masa toleh belakang tu, omg ramai gilar orang makan pizza hari ni.
patut la lembab nak mamps je service dia.
tapi, patut kena ada ramai staff waktu2 cuti macni apaa..
nyesal haku makan sini hari ni...
pastu, dalam doploh minit kemudian, baru dapat spageti aku.
yang kesiyal nya, spageti pon sejuk weyh..
tutup terus selera haku la...
dah la pizza tak panas.
pizza cheezy lava ni kalau makan tak panas rasa dia tak sedap bagi aku.
cheese dia dah jadi beku kejung gitu. tak beshh
pastu dia punya breadstick tu tak samapai ke sudah.
habis tu nak cicah sup dengan apa?


sudahnya, dua badik tu hirup sup pun tak habis.
pizza pun separuh makan. tu pun yang bahagian yang ada cheesy lava tu Amir tinggal je.
spageti langsung tak ku jamah.
maka suruh staff situ bungkus aje.
akan ku panaskan dalam oven spageti tu, baru makan.
pastu mintak dia bungkus sesiap breadstick tu, nak wat balik.

balik rumah kita sambung spageti tadi. oter sikit kasi panas.
baru feel nak makan.

itu je la entry. yang aku patutnya nak up malam tadi sambil layan tv.
tapi tu la, asal aku on lappy je, adaaaaa je permintaan dari Tajul.
nak tengok ninja go, nak ninja go... ninja go... haishh
maka tak jadi up entry nih.
kasi dorang layan ninja go kat you tube.

ok tu aje.




Thursday, 24 January 2013

Tajul dah masuk Tadika, baru nak update. Apakah??

koleksi gambar dah makin banyak, cuma takdak masa nak transfer ke sini jek.
antaranya adelah gambar Tajul masuk Tadika.
apakah??
umur baru 4 tahun. tapi kalau ikut tarikh lahir, baru 3 tahun 3 bulan.
berak pon dalam suar lagi ada hati nak skolah kah?
hahahah..

sebenarnya TERPAKSA hantar. boleh? hahaha

alkisahnya taska Tajul ngan Ammar ni dia taska DAN tadika jugak. sumer anak2 kalau dah masuk umur 4 tahun (ikut tahun) keatas secara otomatik dorang akan daftarkan untuk masuk tadika kat situ. and kalau tak silap aku, ini memang seperti kehendak JKM (keatas taska itu). nak tak nak parents memang kena daftarkan. yuran berasingan. RM450 setahun. kalau budak yang tak duk taska sini, memang mahal sikit la. dalam RM180 sebulan kot. ke RM150, ntah aku tak pasti sangat.

hari pertama masuk Tadika pada 2/1/2013. tapi hari pertama, aku belum ambik uniform lagi.
almaklum baru nak bayor katanya. hari kedua baru pakai uniform. tapi hari kedua aku tak sempat ambik gambar. sumer gambar dibawah adelah di hari ke3 per-tadika-an...



muka bekeng





ni pulak gambar Amir and me, pada hari ahad lepas. masa ni kat skolah Amir, tengah tunggu untuk kelas tekwando. budak ni dari darjah 1 lagi mintak aku daftarkan dia nak masuk tekwando. tapi masa tu aku takleh nak commit, ye la Ammar kecik lagi. penat aku nak terkejar-kejar hantar dia ke skolah tiap2 pagi Ahad. aku tak sanggup. aku janji bila adik besar sikit aku daftarkan. ingat dia weyh. tahun ni dituntutnya kaw kaw mintak nak masuk tekwando. alahaiiii...


Daftar kelas tekwando sekaligus dengan kelas pertama dia adelah Ahad 13/1/2013.

gambar2 kat bawah ni adelah pada minggu ke2, yakni Ahad 20/1/2013. Amir dia terlebih excited, dipaksanya aku datang awal dari minggu lepas. belum pukul 8 dah terpacak depan pagar skolah dah. satu manusia pun belom ada, kecuali sorang pak guard skolah tu.

maka, kita snap gambor dulu, dan tepek kat sini.






boring tangkap gambar, main games pulak

ni sesi warm up oleh jurulatih tekwando




budak2 baru diasingkan untuk memudahkan sesi latihan



tetiba terjumpa 2 gambar hari pertama Tajul tadika. 
perasan tak Tajul tak pakai uniform? tapi tang lengan tu seakan uniform je.

kat sebelah dia adelah Hafiz, jiran sebelah kanan rumah aku. Hafiz pun duk kat taska sini, jadi secara otomatik masuk tadika jugak. dorang sebaya. Hafiz lahir bulan 7, Tajul bulan 10.





Tahun Baru di Desa Waterpark.

Asalnya Ngah plan nak bawak kami anak beranak pegi jalan2 ke Johor. tak pon Melaka. konon sempena cuti skolah la katanya. pastu konon nak gi konvoi dengan kawan2 opis dia la. kira kekawan dia pon mana yang dah kawin dah ada anak tu bawak la family dorang sekali. yang bujang pulak buat cara bujang la.

tup2 tak jadi, memandangkan masa nak booking penginapan tu pihak hotel macam agak takleh nego la. bukan nego harga ke hapa. tapi takleh nego tang booking fees. aku tak paham mana kekdah nak booking bilik hotel motel nih, sebab tak pernah buat. yang pernah buat hanyalah Ngah aje. dulu tahun 2009 Ngah pernah jugak buat konvoi kawan2 ofis dia pi PD. kitorang duk kat hotel Seri Malaysia. walaupun hotel takde la haibat mana, tapi dorang boleh booking secara verbal aje (walaupon sampai hampir 10 bilik). takyah bayar booking fees pon takpa. nanti dah sampai kat kaunter dihari kejadian tu terus la bayar. hotel Seri Malaysia ni boleh la pulak buat camtu. ye, kalau pikir logik pun macam bahaya la sikit kekdah booking tanpa ada apa2 booking fees. sebab nanti kau tak jadi pergi sedangkan haku dah book seploh bilik untuk hang. dah la aku tak kenal hang. apa pon tak bley. huhuhuh... rugi perniagaan lagu nih!

kan?

urusan nak membooking tu pun macam tak berapa nak customer friendly katenya, lagi pulak Ngah mintak quotation untuk aktiviti, BBQ, karaoke dan hapentah, dorang buat macam lambat bebenor nak take action, maka Ngah pon dah tawar hati dah. begitu jugak la kengkawan lain, dah takde feel, tak eksaited dah nak duk hotel kalian, maka ending, TAK JADIKKK.

aku dah sedih dah time ni. tak jadi kauuuu...
dah la aku masa Amir duk kampung lagi aku dah citer kat dia nak bawak dia tido hotel lepas dia dah balik KL. dia pon dah syok dengar. hahahah anak aku ni asal kata nak tido hotel tu dia punya teruja tu aisehhh... sikit2 tanya berapa hari lagi nak pergi. balik2 tanya. lepas tanya, tanya lagi berapa hari lagi nak tido hotel...

T____________T

Ngah pun rasa bersalah la jugak sebab plan dia tak menjadik.

akhirnya demi nak gembirakan anak2, maka cuti tahun baru yakni 1/1/2013 tu kitorang pon on.
mari mandi manda kat Desa Waterpark... dekat pon dekat. takyah nak kemas beg kain baju segala.

happy oh anak2 haku.

pukul seploh lebih kami kuar rumah. lunch terus. anak2 aku paksa makan nasi bebanyak. senang nanti perut kenyang baru dorang ni tak sentap tak tentu hala. nak nak pulak si Tajul. dia kalau perut lapar mula la dia nak dukung la, nak susu la, sket2 nangis la. haishhh la budak manja nih.




































Wednesday, 23 January 2013

Lesen memandu

petang semalam aku nyaris langgar keter depan. seriauuu je bila ingat balik.

alkisahnya aku balik rumah waktu lunch hour. memang aku selalu pon balik time lunch. dah macam rutin je sejak lahirkan Ammar. ye la dulu balik semata-mata nak pam susu nak simpan susu takut rosak ke hapa. pastu lelama dah tak pam, pon balik rumah gak sebab boleh la angkat kain kat jemuran kalau aku sidai kain di pagi hari. tak pon kalau tak sempat sidai pagi tu, aku sidai dikala lunch hour tu. tak pon kalau tak menyidai kain, aku sapu rumah dan kalau sempat mop sekali. kalau tak pon aku basuh blender yang tetiap pagi aku guna untuk blend nasi bubur Ammar. tak pon aku lepak je rumah layan tv. nasi beli siap2 kat kedai sebelum sampai rumah. agak2 nak bajet, aku tibai je roti ngan mayonis kat rumah tu. mentedarah megi mee pon takde sapa tau... huhuhu...

masa aku tengah drive tu, ada keter Myvi depan aku, color kuning ke gold aku tak pasti sangat. lajuuu je dia bawak. pastu membrek. brek tahap hampir nak benti terus. kira macam dah rapat sangat dah baruuu kau tekan brek. panik la aku. aku nampak lampu brek dia nyala aku pun brek jugak, tapi aku brek secara slow je la. tau tau dia dah nak benti dah, lalu aku tekan brek kuat lagi. sampai kuar bunyi tayar krekkkkkk gitu. panik aku weyh. hati dah berdebar-debar dah masa tu. giler lah.  sib baik tak terbabas. perasaan cuak campur suspen tu takleh aku nak gambarkan. orang yang pernah melaluinya ja tau kot. apa2 pon Alhamdullillah... aku tak apa2. dan tak berlaku perlanggaran ke hapa.

dah tak pasal2 tak lalu makan semalam. aku ni ada penyakit kalau hati berdebar-debar je terus mati napsu makan. padahal lapar tak hengat nya.

yang mana reti bawak keter tu, wei, kesian la kat orang2 macam aku nih. yang tak berapa expert bawak keter. jangan la hendaknya ko bawak laju2 pastu dah dekatttt sangat ngan keter depan kau, baru kau nak tekan brek. kesian la kat aku nih. tak pandai weyh nak brek gaya drift nih. buatnya terlanggar keter kesayangan kau tu, kang akuuuuu jugak kena bayo. padahal kau tu yang bawak keter tak berhemah.

aku ni kalau ikutkan dah lama ada lesen keter. lesen motor lagiiiiiii lama. minah rempit le katekan... huhuhu

aku ambik lesen motor masa di tahun 1 blajar UPM. eh, ke tahun 2 ntah aku lupa dah... ambik kat skolah memandu kat seri serdang. tapi dah pandai bawak motor tu dah lama dah. tingkatan 4 kot kalau tak silap.

dapat lesen motor tak silap tahun 2000.

keter memang tak reti bawak. takuitttt...

sehinggalah dah kawin. masa tu ngandungkan Amir. tetiba satu hari ni Ngah demam. teruk giler dia punya demam. sampaikan nak duduk pon tak larat, baring pon bergelisah bagai. tak tau dah nak tolong cemana. masa tu la rasa nyesalnyeeeee tak pandai bawak keter. sib baik adik dia si Uda tu ada. dia la papah Ngah bawak gi klinik.

masa cuti bersalinkan Amir, aku berpantang kat rumah kuarga mertua. masa tu abah belum pencen lagi. rumah mertua adelah di kuarters polis Kota Bharu saje. aku beranak operet di Hospital Besar Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. (eh, ye ke nama penuh spital ni, aku lupa dah..). ko bayangkan, pengalaman bersalin anak pertama terus kena operet, dia punya takut tu tuhan je la tau. aku memang down giler la masa ni. nasib baik tak meroyan je. eh, aku bukan nak cakap pasal pengalaman bersalin la, hihihi lari tajuk lak. sebenarnya nak cakap, terpaksa berpantang kat rumah mertua sebab kena operet. dah la kena operet, anak pulak kena tahan wad selama 2 minggu kalau tak silap aku sebab kuning G6PD. jadi rumah mertua adelah sangat afdal untuk didiami memandangkan ianya sangat dekat untuk ulang alik lawat anak kat wad.

bila aku dah kuat sikit, abah suh aku blajar memandu keter. boleh? huhuhuh... aku pulak tak berani kata taknak. ayah aku lain ler. hehehe...

abah kata, tak perlu bawak keter, takat nak 'hidupkan' balik lesen L (L yang masa aku ambik lesen motor dulu) untuk ambik lesen keter. oyye, yang aku tau, kalau nak ambik lesen keter , kena ambik exam untuk dapatkan lesen L dulu. tapi kalau dah ada L masa untuk lesen motor dulu, maka takyah dah ambik L lagi sekali (untuk keter), sebab kononnya rekod test L aku dah wujud kat database JPJ gitu. tapi kes aku ni, aku dah ambil L lamaaaaa dah. tahun 1999 mungkin. pastu nak ambik lesen keter tahun 2005, sepatutnya aku kena ambik L lagi sekali memandangkan konon L aku dah mati. tapi abah kata daftar je nama kat kelas memandu tu, lain abah cuba tolong. jadi, sementara aku ada waktu lapang nih, aku ikutkan je la. betul gak, dah habis cuti nanti memang takde masa weiii...

pastu dapat la lesen L untuk keter. tapi keter langsung tak tau bawak lagi time nih. balik KL sambung kerja. balik kerja sambung masak, basuh kain baju, layan anak bla bla bla... memang takde masa nak blajar memandu. abah asyik je pesan suh cecepat ambik lesen keter. aku kalau kat abah aku segan. kalau laki sendiri suruh aku buat pekak je. kahkahkah

umur Amir dalam 5, 6 bulan camtu aku ambik lesen keter. Alhamdullillah.. sekali test je dah lulus.

tapi takat dapat lesen je la. prektisnya takkkk.

ko bayangkan, dapat lesen tahun 2006 gitu. lesen P. langsung tak pegang stereng. Ngah is kedekut. tak kasi aku sentuh hokey. dia tak harap kat aku. asal nak kuar je, dia yang bawak keter. dah tu bila aku nak biasakan bawak keter kat jalan raya? takat ada lesen je buat apa. pui.

sampai la dari P tukar ke lesen penuh (padahall)

pastu masa aku benti kerja tahun 2009 dan ngandungkan Tajul. tuuuuu la masa aku untuk betul2 lenjan keter Ngah. 2 minggu pertama sebagai suri rumah, hampir tetiap hari aku bawak Amir ronda2. tak jauh, ulang alik ke Giant je pun. tapi boleh laa. kira ada peningkatan la kan. lelama jauh sikit. ke Mydin Subang Jaya. menitis air mata aku bila berjaya sampai ke Mydin dengan selamat. hahahah hover kau senah nak menipu pon agak2 la ni siap kuar air mata tu nampak nau tak logik kahkahkah..

kalau congak, aku hanya betul2 pulun kerter Ngah tu dalam 7, 8 bulan je kot. tu pon bukan tetiap hari ler. waktu check perut kat klinik, aku bawak la keter, pergi ngan Amir. tak pun kalau nak kuar beli barang dapur. selebihnya parking je la depan rumah.

hinggalah aku dah kerja balik. masa tu Tajul dah umur 5, 6 bulan. sambung la bawak keter. sampaiiiii la skrg ni. tapi tempat kerja aku dekat je pon. jadi tak la mencabar sangat pemanduannya.







tetiba entry tamat... hahahaha...















yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku

Saturday, 19 January 2013

Kerja di hari Sabtu

hari ni punya citer..

takde apa yang menarik pon.
aku kerja macam biasa.
tapi memandangkan hari Sabtu dan kebetulan Sabtu minggu ke3, maka staff HQ adelah cuti.
site staff cam aku kerja... sedey

hari ni Amir ikut aku datang kerja.
ni ha dok depan aku tengah main game kat phone.

asalnya dia dah bonceng motor ngan Ngah pagi tadi, dalam pukul 7.15pagi. hantar dia gi daycare. pastu masa aku tengah mandi, tetiba dengar bunyi enjin motor depan rumah. rupanya Ngah patah balik hantar Amir kat rumah, pastu terus zassss ke ofis dia.

dah lepas mandi, aku tanya Amir napa balik? tak duk daycare? Amir cakap daycare takde orang, bibik pon takde. puas dah bagi salam takde sapa menyahut. BOLEH??

masuk ni dah tiga pat kali jugak dah berlaku. Ngah hantar ke daycare, tup tup terpaksa patah balik hantar Amir, sebab takde pekerja kat daycare. hoi cemana la aku tak geram. dah tu terpaksa la aku pulak gi hantar Amir lagi sekali. buang masa Ngah tak pasal2 kena patah balik kerumah hantar Amir. nak tinggalkan sensorang kat daycare tu kang takut pulak jadi apa2 kang nyesal tak sudah.

so, tadi sib baik Ammar ngan Tajul tak buat ragam pepagi, so dapat la kuar rumah awal. kul 8.15pagi dah siap hantar Ammar ngan Tajul kat taska dorang. pastu sebab awal lagi (konon) lalu aku mengeteh dulu ngan Amir kat kedai mamak.

dah kenyang, hantar Amir ke daycare. hari ni Amir takde kawan kat daycare. ntah la mungkin mak pak kawan dia cuti kot jadi tak hantar anak. yang ada hanyalah sorang budak laki darjah 4 (kategori bukan kawan Amir sebab tak rapat sangat) dan yang lain2 tu adelah budak pompuan. lalu meroyan kejap dak Amir taknak dok daycare hari ni. nak ikut aku ke ofis. boleh?? sebabkan aku malas nak bertekak lalu menjadikan aku lambat sampai ofis, aku suh dia masuk keter lalu zassss ke ofis. sampai ofis punch-in pagi nih kul 9.19am. syabbassss beti..

baru je berazam nak jadi pekerja cemerlang gemilang terbilang tahun nih...

T________________T

ok la.

sekian je update dari aku...




yang baik dari ALLAH, yang buruk dari AKU

kenapa korang benci sangat orang Kelantan eh?

mengapa la ramai nau benci kat orang kelantan eh?
sungguh aku tak pasti kenapa. hanya pembenci orang kelantan je tau kenapa dia benci.

kalau tanya aku benci orang negeri mana, jawapan aku, aku tak tau! sumpah aku tak tau. aku hanya benci orang jahat je. boleh?


aku benci orang berlagak.
ada manusia nih, kerja ibarat kais pagi makan pagi je. maksud aku elokkk habis gaji bulan ni, elokkk ngam ngam gaji bulan baru masuk (stetement ni i sendiri taip sendiri terasa hokey heheh). pastu cita2 nak pakai keter. elok sebenarnya. nak nak pulak kau bakal dapat anak kan. senang nak ulang alik ke klinik ke hapa. tapi bila salah sorang relative offer nak jual keter dia kat kau, sebab nak pakai keter baru, dan dan tu kau cakap taknak keter Msia. siap cakap takde mutu. ciss... padahal balik2 muka kau je pinjam keter mamat tu wat deting dulu kala. kalau taknak beli, cakap je la secara merendah diri,... aku tak dak sen la wei bro.... gitu. aku jamin takde sapa nak ejek kau pon. orang KASIHan lagi ada... sampai sekarang otak aku set dia mamat poyo.
yang aku maksudkan ni bukan orang kelantan yea.



aku benci orang menipu.
ada hari tu aku beli udang kat pasar tani BK4. aku tanya berapa sekilo. dia kata RM22. pastu aku pilih dan kasi dia timbang. boleh pulak mamat tu pi tekan harga RM23 padahal tadi sebelum aku nak beli aku dah tanya awal2. lalu aku tanya... bukan RM22 ke tadi? pastu tetiba cakap eh, sorry kak. pale hotak kau! tak tau dosa pahala nak beniaga. takkan kau lupa kot harga barang ko jual. kalau ye la lupa, eh tadi aku ada tanya kan? cepat nau lupa. oyye, peniaga ni bukan orang kelantan yea. kebiasaan orang kelantan kalau dia tau dia bercakap ngan orang senegeri, dia mesti dapat sawan budu. mesti sleng kelate dan dan tu keluar. sama la ngan aku, cakap kl tak pernah pas.  T___________T
sampai sekarang aku tak beli dah kat kedai mamat tipu timbang tu.



aku benci orang ambik kesempatan.
ok. dulu, masa aku tunggu SPM, aku kerja kilang kat Semambu, Kuantan. aku tumpang rumah Kak Som. Kak Som ni sepupu aku.
masa result SPM kuar, aku balik kampung nak ambik result, pastu nak isi borang UPU (borang untuk apply masuk U, tak tau la skrg ni pakai borang lagi ke tak, zaman IT le katakan). dah setel sumer, aku nak balik ke Kuantan semula la sebab aku belum benti keje kilang tu. naik bas ke Kuantan petang. naik dari stesen Pasir Putih. demi nak memudahkan aku, mek panggil sorang pakcik prebet sapu yang dia biasa. ambik dari rumah. pakcik tu kata, kalau petang sangat hantar, dia mintak extra, sebab katanya nak balik dari Pasir Putih tu takde penumpang dah. lalu aku set datang dalam kul 3 camtu. maknanya takde la petang sangat. jam 3 petang tu pemunpang banyak lagi boleh dapat. orang gomen belum balik keje kan. so, aku bajet dapat harga macam biasa la, cuma mahal sikit mungkin, sebab datang ambik kat rumah, dan bawak aku sorang je. sampai di Pasir Putih, aku turun dan tanya berapa tambang. di casnya aku sampai RM20 hokey. dia kata kalau orang dia tak kenal dia cas lebih lagi. padahal masa tu tahun 1996, yang mana harga prebet tika tu kalau RM20 jam 3petang dari Machang ke Pasih Putih tu kira cekik darah la jugak. harga standard tika tu; kalau dari rumah aku ke bandar Machang tambang prebet RM1.50 je. pastu dari bandar Machang ke bandar Pasir Putih aku tak pasti, sebab tak pernah pergi pun. namun aku boleh bajet, takkan sampai RM5 pon.
yang buat aku sangat sedih tika tu, duit dalam dompet aku hanya RM20.70 je. ye, doploh hengget tujuh posen ajeeee! sumpah aku tak tersangka yang pakcik tu mintak sampai RM20. tinggal la tujuh posen belen. cukup2 nak naik bas dari bandar Kuantan ke kem bukit galing. tambang RM0.70. sedih aku bila ingat balik. aku memang takde duit tika tu. sobs sobs.. 6jam atas bas aku bersedih. sedih campur lapar. huhuhuh..
oh yes! pakcik ni orang kelate. see? aku tak bias hokey. kalau kau buruk perangai, sedara mara sendiri pon aku benci.



aku benci orang talam 2 muka.
salah satu contoh. contoh aje yee..: daripada kau dok rumah tak buat apa, kau ambik upah jaga anak orang. maksud kau ambik amanah untuk tolong jaga anak tu, dengar mendapat habuan RM. tapi kau biarrrr je anak tu nangis lelama.selalu pulak tu.. dah dekat setengah jam baru nak ambik perhatian. baru nak bagi susu segala. dapat je susu terus budak tu benti nangis.nampak nau nangis mintak susu, kau pulak lambat2kan. sampai tertido budak tu sambil minum susu. pastu kau kata budak ngantuk gitu la, mesti nak nangis sebelum tido. padahal aku rasa dia tertido sebab penat nangis. sayu aku dengar.
dia berbeza tau. aku kalau dengar anak kau sendiri nangis di bawah jagaan kau sendiri, aku tak terkesan apa. tapi anak orang lain dibawah jagaan kau nangis, aku mesti nak suspek sesuatu. tak kisah kau orang negeri mana sekalipon, aku benci orang cenggini. depan makpak budak tu kau tunjuk kasih sayang pelesu. kat belakang hampeh
haish... malas la citer bebanyak. buat sakit hati je.


kesimpulannya,aku benci orang berpada. bukan membabi buta.
kalau kau pernah dirogol oleh orang kelantan (contohnya) maka kau terus kata orang kelantan ni bahaya la, kuat seks la hapa la. salah tu ye.

kalau kau kena tumbuk ngan orang kelantan (contoh jugak), jangan la hendaknya kau anggap orang kelantan ni suka tunjuk gedebe ke hapa. kebetulan je tu. mana ada orang kelantan pukul orang tak tentu pasal. mesti kau ada usik or buatkan dia rasa nak pukul kau. melainkan orang tu gila.

and please, jangan anggap orang kelantan tu teruk. yang teruk tu datang dari hati orang tu. bukan dari negeri mana dia datang. tak caya cer pegi tengok kat lokap ke penjara ke... orang kelantan sumer ke?

eh, tetiba emosi lebih... mentang2 ittew tu owang kelateww... hihihi

peace dari aku...

sekian

Wabillahitaufiq Walhidaayah Wassalaamua'laikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

yang baik dari ALLAH, yang buruk dari AKU

Wednesday, 16 January 2013

Rezeki setahun sekali

Aku baru balik dari skolah Amir tadi. pegi ambik duit RM100 tu la. Alhamdulillah... ni namanya rezeki terpijak heheheh...

aku masuk ni dah kali ke 2 dapat duit apa nama dia eh? Bantuan Persekolahan 1 Malaysia kot. lebih kurang la tu.. nampk gaya ada harapan nak dapat rezeki terpijak tetiap tahun ni... tu pun kalau BN masih mentadbir Malaysia la... go go Najib! tetiba sangat... hahaha...

kali pertama dapat RM100 dulu aku ada up satu entry. refer sini. tak dapat link eh? oh patut la.... aku belum pandai lagi.... #bunyik cengkerik versi kartun boboiboy#    heheh sowi..
(jap agi aku nak terjah carik tutorial kat belog ceera. tak ceera, mungkin si blogger hebat fillanie)

time nak dapat duit tahun sudah, adelah amat sistematik. masa tu aku collect kat dewan. cikgu2 kelas masing2 bukak satu meja ala-ala kaunter pastu label la kelas 1 Mutiara ke, 1 Delima ke, 1 Kristal ke... gitu.
Amir was 1 Kristal.
jadi mak pak yang datang tu tau la nak jumpa cikgu mana satu. masa tu, budak darjah 2 hingga 6 kalau tak silap aku dah dapat dulu. budak darjah 1 je lambat. logik la tu. bebudak baru. kementerian tengah kemaskini, maka lambat.

yang kali ni punya, agak la messy. huhuhu...
pihak skolah suh ambik dari tarikh 15/1/2013 hingga 18/1/2013 kot. (kot tu pasal surat masa aku tengah taip ni takde pada aku, ada kat Amir, jadi aku macam ingat-tak-ingat gak la)
jadi aku pilih untuk collect hari ni, yakni tadi. masa collection adelah antara 2.30pm hingga 4.30pm. dekat2 2.30 gitu aku sampai skolah.

masa aku nak collect tu, ada la beberapa mak pak lain yang turut sama nak ambik duit.

cara nak ambik duit adelah dengan cikgu kelas anak masing2 di kelas anak kau tu. kalau anak kau darjah 2 Delima (kelas Amir) maka perlu la collect di kelas 2 Delima. cikgu kelas 2 Delima adelah Cikgu Faridah (hai cikgu Faridah...) #lambat2 tangan kat cikgu Faridah#  macam kan belog kau ni ada orang baca... booooo tak malu booo...

masa aku sampai kelas Amir tu, cikgu yang mengajar adelah bukan cikgu Faridah. pastu aku tanya kat salah sorang cikgu yang kebetulan lalu situ. sebab aku tak kenal cemana rupa cikgu Faridah tu. pastu cikgu tu cakap cuba tengok kat bilik guru kot-kot cikgu Faridah ada situ.

ok la aku pun pegi bilik guru. kat situ ada ramai mak pak lain sedang tunggu cikgu masing2. ramai yang macam aku. hanya tau nama cikgu mana nak jumpa, tapi tak kenal muka cikgu tu. logik la sebab tak selalu datang skolah kan. ada yang lebih sedey hokey... tak tau nama cikgu kelas anak. hahaha... kebanyakan nya kaum bapak la. ni aku rasa sib baik aku yang pegi, kalau Ngah, pon sama la aku rasa... ni kalau main pop kuiz tanya apa nama kelas anak ni aku ingat ada yang nangis tak tau jawap...
T_______________T

kat bilik guru pon cikgu Faridah takde. kata salah seorang cikgu kat situ, cikgu Faridah mungkin ada kat kantin. tak pon surau. ok. tunggu lagi. nak balik ofis pastu datang esoknya pon macam leceh pulak. apa kata boss nanti. mesti bising.

mari kita jenjalan. menapak la aku pelan2... pastu terpikir nak intai gelagat Amir kat kelas dia. nakal ke idok budak tu. pastu nampak cikgu ada dalam kelas, bukan cikgu masa yang aku memula sampai tu. ni cikgu lain pulak. ada budak kelas Amir kat tepi pintu belakang kelas, lalu aku tanya pelan2... dik, ni cikgu Faridah ke? pastu dia angguk. then aku ulang lagi. Betul cikgu Faridah ni? ha ah katanya. pastu aku ulang lagi... betul? hey la mokcik itam nih... berapa kali nak ulang daaaa... mesti dalam hati dia cakap gitu huhuhuh...

lalu aku masuk kelas, kenalkan diri dan sampaikan hajat. lalu kena sain kat satu form, lalu duit RM100 bertukar tangan...

dah tu tunggu apa lagi... blah la... sambil jalan depan Amir.... senyum je dia... mesti perasan budak nih... wei wei tu mak aku laaa.... hahahaha...  koya straight..

lalu depan dewan, nampak 3 bapak tunggu depan tu terjengok jengok lapanploh kali... hey korang, kau tunggu situ sampai tumbuh akar kat tapak kaki pun takde maknanya wei... pegi la kat kelas anak kau... (amboi belagak... tapi dalam hati je la)

sebabkan mokcik ni prihatin tahap cipan, maka mokcik menyapa dorang.

nak jumpa cikgu ke?

ha ah...

ooo.. bukan kat sini encik... kat kelas anak. kena jumpa cikgu kelas anak masing2...

alaaa... anak saya darjah 4. sesi pagi, cemana tu? (bapak 1)

ooo... tak tau la pulak saya... cer try tanya kat bilik guru. cakap la nak jumpa cikgu mana satu.

alamak... tak tau la pulak nama cikgu kelasnya. habis tu boleh ambik ke tak? (bapak 2)

#senyum# boleh kot... cuba la pegi bilik guru, dorang tau rasanya kalau encik bagitau anak kelas mana..

bilik guru kat mana?

naik tangga ni pastu hujunggggg sekali..



hahaha...
nampaknya bukan aku sorang je rasa messy sistem penyerahan RM100 kali nih...
tapi dalam pada merungut2 aku pun, takat dalam hati je la. aku paham la cikgu2 ni sumer dorang ada komitmen ngan kelas. takkan la semata2 nak agih duit kat mak pak yang ada datang semalam, ada hari ni, ada petang karang, ada esok; lalu mengposponkan kelas. anak2 kita gak kerugian. jadi aku tiada rungutan secara ketara. cuma kalau boleh, harap2 tahun depan (kalau ada lagi rezeki cenggini) aku harap sistem dia lebih lancar.

kepada yang suka suki nak sound2 perli2 kat bilik guru ke balkoni tepi kelas ke, (tadi ada wei), aku harap nanti masa perjumpaan PIBG korang kena la bagi komen atau cadangan. cemana nak pertingkatkan sistem penyerahan tu.  itu la saluran betul nak tegur ke hapa ke. kata bijak. eh, tetiba aku plak terasa ngan entry sendiri... hihiihhi... #tutup muka ngan tangan gaya Zizan Raja Lawak#

ok la babai...









Kelantan lawan Johor 15/1/2013 : SERI

memandangkan aku adelah bukan pelanggan Astro sobs sobs, maka tak dapek la tengok bola sepak Kelantan @ TRW melawan Johor yang sedang berlangsung pada ketika aku menaip entry ini.

sementara kat TV1 pulak adelah Pahang lawan N9.

sambil henjut Ammar tido dalam buai, mata aku dok ralit layan bola kat TV1. sebab tak dapek tengok pasukan feberet ku TRW, maka mari la kita sokong pasukan Pahang. sebab sokong Pahang? mestilah sebab aku kawin ngan orang Pahang hahahaha...

walaupun takde Astro, kebiasaannya aku dapat gak tengok dari online tv... selalu Ngah yang godek2 lappy pastu dapat la tengok. tapi dia belum balik lagi. aku call tadi dia cakap dia balik lambat sebab nak layan bola kat kedai mamak dekat2 ofis dia. boleh? tensi haku. dah la aku tunggu dia konon nak suh dia godek2 cari siaran online tv tapi...dia dulu cop tiket bola di kedai mamak. curangnya diaaaaa!!!!

T_________________T

sib baik Pahang main best malam ni. dah dapat 1 gol di separuh masa pertama tadi. best wei Pahang main malam ni. asyik serangggg je la. walhal N9 pasukan hebat weiii. kalau pikir logik dari perlawanan yang lepas2 la kan, takat Pahang tu, makanan N9 jek. tapi malam ni fuhhhh... hebat betul Pahang wei! melayan TV1 malam ni aku tak ralat sangat tak dapek tengok TRW. eh, tapi tadi aku dengar pengulas sukan Hj Hasbullah Awang (ke dato beliau skrg eh?) bagitau tadi Kelantan  dah berjaya mendapat 1 gol hasil rembatan Farhan. piiiiiiwiiiiiiittt!

harap2 la TRW menang hendaknya. Amin..

eh, napela tetiba TV1 aku ni jadik hitam putih eh? padahal takdak ribut ke hujan ke, elokkkk je nyamannnnnn je cuaca. tup2 jadik hitam putih lak. haishhh.. sat-sat aku ejas dia nyer 'aria' jap.

jam kat TV1 22.18pm, Hj Hasbullah kata Johor dah menyemakan kedudukan 1 sama hasil rembatan gol oleh ntah apa nama mat saleh tu. pemain import aku rasa. yang penting bukan Mat Yo hehehehe
aku suka Mat Yo masa dia bersama TRW tapi sejak dia pindah ke Johor, aku jadi tak minat langsung pulak. biasa la tu kan... aku minat PASUKAN, bukan minat orang. eh tapi kalau Daudsu lain. aku minat betul kat Daudsu. rambut dia tu yang mahal. tetiba lari tajuk... kahkahkah gatai

gossip sikit..
hari tu aku ada nampak kat facebook dorang share status dari (kononnya) isteri si Mat Yo ni, kata kes Mat Yo dibeli oleh johor ni dibawa ke mahkamah. tu ok la standard la kes2 camtu naik mahkamah. tapi kalau betul la tu status milik isteri Mat Yo, aku rasa makin tak minat kat Mat Yo tu. yang main bola tu Mat Yo. so, yang tahu jalan cerita atau kisah benar didalam KAFA tu mesti Mat Yo instead of isteri dia. pastu kalau bukan Mat Yo citer kat isteri dia sapa lagi? isteri dia pulak, kalau tau tu tau la. takyah nak beking2 pastu membahasakan 'anjing' kat Dato Seri Anwar. dulu kan laki awak pernah makan gaji situ. dah tinggal tu tinggal la. macam tak profesional pulak suasana cenggitu. bola........ bola........

**************************************************************************
ni adelah hari ni, bukan malam tadi.

patutnya entry ni aku up malam tadi yakni masa tengok bola. pastu tetiba lappy mati. lappy aku memang cenggini. kalau bateri dah tinggal sikit patutnya dia akan bagi alert suh charge kan, tapi ni takkk. tup tup padam.

pastu aku charged, sambil tepuk2 Tajul tido sambil mata layan bola pastu dengan aku-aku sekali tertido. boleh? sedar2 Ngah dah balik. aku on balik lappy konon nak publish enrty ni la kan. pastu dia hanggg. dah ngantuk sangat aku tutup lappy pastu tido. ingatkan dah published, rupanya bukak sakni ada kat draft lagi. huk huk

eh jap, sakni aku bukak UTUSAN online, tengok Kelantan seri 1 sama ngan Johor. yang menjaringkan gol Johor rupanya pemain import termahal dorang wehh... Daniel Guiza nama dia. sib baik ko beli mamat nih, kalau tak ...... huhuhuhu...

matikla kalau peminat fanatik Johor terjumpa entry nih. nescaya aku akan mendapat makian hebat nanti. hahahaha. jangan la gitew... i is takuit... #tunjuk peace sambil kenyit mata laju-laju#

eh tapi ada lagi nak kutuk ni, tak habis lagi...
 rasa2 nak belasah TRW, pi beli David Bekam kahkahkah...

larikkkkkkkkkkkkkk....................

p/s : ini adelah entry lawak semata-mata, korang jangan ambik hati yea...
       #tunjuk peace sambil buat muka duck face#

bye

oyye, Pahang kalahkan N9 2-0 woi..
Tahniah Pahang!   :)


Friday, 11 January 2013

bengang ke idok?

ko bayangkan situasi cenggini...

kau sedang cari kerja. (ini contoh ye, bukan betul2 pon.... motif nak bagitau? hahahah)
pastu ada kerja kosong yang sangat sangat sangat sesuai ngan kelayakan dan pengalaman kerja kau.
maka kau pon apply.
pastu dipanggil interview. first interview...
pastu dapat lagi second interview...
pastu tunggu jawapan je la...
tunggu punya tunggu punya tunggu... senyap sunyi jek...
lalu kau pon call tanya kabar dah ada orang isi ke belum jawatan tu.
jawapannya belom lagi...
pastu konon kau nak tau la bila agak2 pengambilannya tu.
tup tup dia kata jawatan tu untuk lelaki saja. sedangkan kau ni pompuan.
apakah perasaan kau masa tu?
bengang tak?

aku bengang weiiii... sumpah bengang.
itu namanya mempermainkan perasaan orang.
very tak profesional hokey!
sangat la bangkai

kalau dah tau nak ambik pekerja lelaki, masa advertise tu tulis la siap2 nak lelaki.
ni takk... dah panggil interview pastu orang dah berpenat lelah attend interview.
tup tup kau kata nak lelaki.
series bengong dan mengundang makian la company nih.

ok
tu adelah contoh situasi yang aku alami. tapi aku punya kes pasal rumah.

omg asal terpikir je aku rasa sesak napas.

Tolong la permudahkan ya Allah...

Thursday, 10 January 2013

buat-bodoh VS koya-bijok.. anda yang mana?

manusia ni ada macam2 peel.

ada yang peramah. ada pendiam. ada pulak cakap lepas. pastu nyesal huhuhuh... tu kira ok la kalau ada penyesalan... maknanya dia tau dia dah buat salah kan.

yang takleh blahnya kalau main cakap sedap mulut pastu rasa bangga gile orang lain dengar dia maki or perli orang, dia ingat orang yang mendengar tu takut la or respek habis la kat dia kot, padahal orang maki dalam hati... orang benci kau tau tak? tau takkkkk?!

series bangang...

orang macam ni aku rasa la, dia anggap orang lain tu sumer bodoh, dia aje yang bijak laksana.
bila dah rasa orang lain tak boleh lawan dia punya bijak, mula la pantang nampak orang buat silap sikit je, dia ambik peluang nak bantai orang tu. cakap yang menghiriskan perasaan. heran la aku orang macam ni.


tak tau buat kerja tu lain. lupa tu pulak lain. lupa boleh berlaku kat sapa2 pon. tu takde kena mengena ngan ke-bodoh-an. mengerti? nama pon MANUSIA. sebabkan ke-lupa-an boleh berlaku kat sapa sapa la, maka bila ada orang buat sesuatu tugas, maka perlu ada orang tukang 'checked by'. sebab nak memastikan kerja orang tu tiada kesalahan. pastikan perfect. kalaupun ada kesalahan, kau sebagai orang yang mengecek, kena la bagitau kata salah kat mana2, bukan pi hentam kata orang ni kata buat kerja tak pakai otak la bodoh la hapa la... eh, kau ni tak pernah buat mistake eh? tak pernah? sumpah tak caya.

bila aku pikir2 balik, aku anggap ada tujuan kenapa Tuhan ciptakan watak2 manusia ni pelbagai. sebab nak saling menguji menusia2 itu sendiri.

orang kalau nakkkkk sangat kau nampak bodoh, maka aku rasa elok kalau kau buat-bodoh je. takyah nak fight-fight segala. lagi bikin serabut je. buang masa tu sumer.

orang bijak-pandai ada berkata; kalau orang buat sesuatu yang tak patut kat kita, dan kita ada ruang dan peluang untuk membalasnya, tapi kita tidak pulak berbuat demikian, maka tak perlu khuatir, akan ada ganjaran untuk kita, DAN akan ada balasan jugak untuk orang tu.... dari DIA.

pehhhhh... ending serupa ostajah nampakkkkk...


Wednesday, 9 January 2013

pay slip

aku tengah berserabut ni sebenarnya...
serabut pasal pay slip je pon... tapi serabut la

alkisahnya company tempat aku kerja ni dia punya gaji masuk macam biasa je, takde masalah. akhir bulan je masuk la gaji. memang tak pernah jadi masalah pon lagi selama aku kerja sini. yang masalah nya pay slip, lambat nak mampsssss... dah biasa sangat dua bulan lepas gaji masuk, baru HR hegeh2 nak kasi pay slip. contoh macam bulan December nye gaji dah masuk, cam skrg ni dah bulan 9/1/2013 kan, haaa... pay slip terlatest sekali yang aku ada hanyalah yang Oktober punya.

aku tak kisah la kalau takde hal nak buat dengan pay slip tu. tapi ni memang aku nak guna 3 bulan pay slip terkini sekarang nih.

since last week aku chase, takkkk dapat2 lagi... aku siap email lagi kat HQ manager takut2 dia terlupa.
pon yilek kepudekkkk jugek.

semalam aku call si HR manager tu nak follow up, dia kata nanti dia pass kat despatch. oyye, kat company ni, HQ dia tak sekali. HR dept ada nun di Puchong Taman Mas. sementara aku kat Puchong jaya (je ponnn).
Dah HR manager tu cakap nak kirim kat despacth kan, so aku pun petang sikit aku tanya la seketeri GM aku tu, sebab apa2 dokumen yang sampai kat ofis Puchong Jaya, sumer dia yang receive (mengikut kata seketeri tu la)

tapi takdak pulak pay slip aku yang katanya nak kirim tu. hadoiiii.... tensinye la woi..

pastu pagi ni, pagi tak pagi sangat la... dalam pukul 10lebih kot, aku call lagi HR Manager tu... aku pakai nombor ofis la sebab hendphone aku mana ntah puas aku cari pagi tadi kat rumah takkkk jumpa2 gak...

dengar je sora aku, terus dia cakap... "now what?" hamboi hamboi hamboi diaaaa...


terus aku rasa nak jadi hantu kak limah je. hoiiiii.... marah ni marah ni.

aku ni kan kalau boleh elak, aku elak dari nak memberi masalah kat orang. pay slip aku, kalau aku tak nak guna, kau kumpul pastu kasi setahun sekali pun aku tak kisah. kau taknak kasi langsung pun aku takpa. janji gaji aku masuk cam biasa. tak kurang, lebih aku suka.

aku terpaksa call kau demi nak dapatkan pay slip aku lebih cepat dari biasa. tu je. bukan aku sesaja nak cari kau bagi nampak bizi ke hapa. memang aku perlukan sangat sangat sangat nih. tolong la... nampaknya nak mintak pay slip je pon macamkan nak mintak berhutang je kekdahnya. pui. benci la situasi macam ni.
aku kan, kalau aku boleh dapat dari orang lain, takde de aku nak carik kau. hek elah.

sabo je la #duduk bersila buat aksi yoga#

bukannya apa. dah lawyer mintak. aku kena la kasi. yang lawyer ni pon satu hal. dulu dah mintak dah. dah kasi dah. pastu mintak lagi sekali. padahal kes aku ni dah lama dah. dah setahun lebih dah. bila boleh setel ntah. ni lepas ni kalau dia mintak pay slip lagi aku tak tau la nak kata apa dah. mau aku kasi tapak kaki barang sedas. (kahkahkah statemant tak poyo takleh?) mintak lagi yang terrrrrkini. lepas terkini terkini, lepas terkini terkini. haishhh... karenah birokrasi sungguh!


#buat aksi yoga lagi sekali#

fuhhhhhhh.....







Monday, 7 January 2013

Tengok AJL 27 tak malam tadi?

Macam tak caya je AJL ke 27 semalam Aizat yang menang. bawak lagu Yuna Terukir Dibintang lak tu...

ye, lagu tu memang best. tapi bagi aku la... bagi aku yea... tetap lagi best kalau Yuna sendiri yang nyanyi. tak sangka aku Aizat tolong nyanyi lagu tu tup tup jadi juara. walaupun aku adelah sangat layan lagu2 hit Aizat dan minat gak kat dia, tapi aku tak berapa best je malam tadi bila Aizat menang... (ni peminat fanatik baca ni mesti maki aku kau kau punya)

masa aku layan AJL tu, aku sangkakan Black yang menang, sebab lagu Teman Pengganti tu besttttt sangat. dah la sora Black sedap. Tak pon Hafiz duet ngan Adira lagu Ombak Rindu tu... ramai gila lah sorak kat dorang, nak nak pulak bila Azron Aziz naik pentas.. nampak nau suka tengok citer Ombak Rindu...

pastu kan, persembahan terbaik pulak aku ingatkan One Nation EMcee ngan Jimi Palikat tu dapat. tapi idok. haishhh...

tapi apa2 pun masa persembahan terakhir oleh otai2 rocker tu wahhhh.... tersangat la best. huiiiii... tersengih sengih aku sensorang.  kalau la ada otai nyanyi lagu yang aku suka Sekumtum Sakura Digunung Sahara tu aku ingat lagi la aku suka.

lawak la bila time Faizal Ismail tu tanya si Adira apa rasa masa Aaron Aziz angkat dia... hahahha terus Adira speachless tak tau nak respond apa... kahkahkah... yang tak tahan tu siap tanya ada follow twit bini Aaron Aziz tak.... hahahaha... lawakkkkk  lawakkkkkk...

erm...

nak stop dulu.

ada hal...
bye

Saturday, 5 January 2013

Entry Tahun Baru ~ 2013

kalau kira tahun, genap setahun la aku berblog ni.

baru sangat lagi...

ok...

macam biasa, kalau masuk tahun baru (walaupun masa aku tulis entry ni dah masuk hari ke5), mesti sana sini orang pakat sibuk set kan azam tahun baru kan? macam kat radio tu, selalu gak la aku dengar dj dok tanya pemanggil apa azam tahun baru kan?

kalau aku, takde kot hehehhe...
bukan takde langsung, tapi selalunya azam tahun yang sudah2 tu belom tercapai, jadi aku berazam la nak capaikan azam yang tahun lepas punya. tu pun kira azam gak kan? apa pulak azam tahun lepas aku? jeng jeng jeng...

sebenarnya takde apa pon... takde yang besar la kot... tapi ada la...

1) aku tahun ni kalau boleh nak duduk rumah sendiri. kecik pon kecik lah, janji tak menyewa lagi.

2) lagi, aku nak saving la banyak sikit... harap2 la aku,  Ngah dan anak2 sihat2 saja... tahun 2012 aku adelah banyak sangat unpaid leave jaga Ammar. Ammar kan dia dulu sakit mata la, pastu tinga dia bernanah la, pastu cirit la, naik ruam dalam mulut la. aku pun kejap2 migrain... kejap2 migrain, tu belum lagi yang batuk selsema pastu siap tumbuh benjol (macam jerawat tapi bukan) dalam hidung la. haduiyaiyepun... maka rekod kedatangan kerja aku adelah hancus sehancus hancusnya... jadi aku harap sangat anak2 tak de masalah kesihatan yang kronik. dan aku boleh datang kerja dan bakal jadi pekerja contoh #hektuih...

3) pastu, aku nak belajar berjimat berganda2 lagi... aku ni ada masalah tak berapa pandai urus duit. dah la gaji pun seciput je. pakej pulak ngan perangai boros, elok sangat la tu... mulai tahun ni, aku berazam nak jadi tak boros. ho hoiiiiii... (baca gaya Sinchan)

4) pastu, aku harap aku dapat kurangkan baran aku nih. sian Amir, selalu jadi sasaran. tu la, aku larang pakai air liur kau taknak dengar, maka aku pakai la hanger ke rotan ke... hambikkkk.. baru kau reti dengar cakap kan.
buat masa ni Tajul ngan Ammar belum kena lagi, sebab dorang kecik lagi, aku masih boleh sabo.. tapi dengan Amir nih haishhh... tu yang aku tengah berusaha nih... harap2 aku bakal jadi lebih mithali lagi hendaknya... (ayat kalau tak poyo tak sah)

5) aku ada blog, tapi nak update blog pun makan bulan.. jadi azam aku, untuk lebih rajin update. sebab aku nak abadikan kenangan ngan anak2 kat blog ni sebenarnya. dah kalau aku tak tulis kat lam blog, lelama lupa. aku ni pelupa dia punya tahap tu boleh tahan la.

eh, tetiba aku nampak Ngah tengah siap2 nak hantar Ayahsu (adik bongsu Ngah) ke Cheras.

aku nak ikottttt...

babai..

Selamat Tahun Baru 2013!!