Monday, 21 April 2025

Cara Buat Rempah Kari Sendiri

 Cara Buat Rempah Kari

-------------------------------------------------
‎‎Bahan Ibu Rempah:
‎-80g ketumbar
‎-40g lada hitam
‎-40g jintan manis
‎-40g jintan putih
‎-3 batang kayu manis
‎-5 biji buah pelaga
‎-5 kuntum bunga lawang
‎-5 helai daun bay
Caranya:
‎-basuh smua bahan dan toskan hingga kering.
‎-kemudian sangai semua bahan dalam kuali hingga nmpak berasap,tutup api .
‎-masukkan 3/4 bahan tadi dalam pengisar kering,kisar hingga halus.Tapiskan ke dalam bekas kering dan bersih
-Simpan dalam bekas bertutup yg kedap udara.
‎-Jika ada yg tidak hancur,asingkan dan boleh digunakan sebagai rempah sup..
‎Untuk jadikan serbuk kari:
‎- 1 bahagian serbuk yg dikisar halus td
‎-1 bahagian serbuk cili
‎-1 bahagian serbuk kunyit
‎Boleh sukat guna cawan yg sama.
‎-Campurkan smua bahan td,gaul sebati dan sedia digunakan dalam masakan.

NOTA KAKI : Ini bukan resepi aku ye, ini resepi yang lalu kat wall FB aku kejap tadi.
Oleh kerana takut hilang dan aku andaikan resepi ni amat berharga untuk aku, maka aku copy dan paste kat blog aku supaya senang bila aku nak refer, aku masuk je blog aku sendiri. 
Kepada tuan asal resepi, terima kasih atas perkongsiannya, walau siapa pun anda, Tuhan saja mampu membalasnya.

Gambar hasil gugel heheh