Monday, 31 July 2023

Aku Dan Raya Haji 2023

 Tahun ni turn raya haji di Kelantan. Berbanding Pekan kampung Ngah, opkoz la raya haji di kampung aku di Machang lebih best. 

Di Pekan, raya haji lebih kurang macam hari-hari cuti biasa je, cumanya menu sarapan pagi raya tu je la yang special sikit. Lain takde sangat. Kat kampung aku, tengahari raya tu kejap-kejap orang datang hantar daging korban. Kejap-kejap ada lagi. Sampaikan tak muat nak simpan daging korban pemberian jiran, ye la peti ais rumah mek pun satu pintu saja hikhik.

Begini lah kalau balik rumah mek. Bergelimpangan tidur 


Tahun ni aku ambil sebahagian korban lembu. Harga sebahagian RM550. Ni pon aku minta tolong dengan kakyah carikan lembu korban. kakyah pulak mintak tolong dengan Mat Yame (a.k.a Pokmea). Mula tu pokmea cari dan jumpa lembu harga RM700 sebahagian. Aku cakap alamakkk mahal betholll. Cer cari lagi kot-kot ada lembu lain yang harganya lebih rendah. Aku bagitau siap-siap kalau RM700 aku tak nak. Paling tinggi aku sanggup RM600. Pokme pun tolong cari lagi. Jumpa yang harga RM550. Gembira betul aku.

Lembu ni ada yang mahal ada yang murah sikit, bergantung kepada saiz lembu jugak. Aku punya lembu hari tu, Alhamdulillah saiz remaja sedang-sedang. jenis tak gemuk berlemak-lemak tu takde ye. Tapi daging Alhamdulillah ada kot dalam 13kg. Kalau campur tulang semua aku rasa lebih 15kg. Syukur sangat.

Lembu sedang elok je saiznya

Yang pakai boot kuning tu tuan punya lembu. Yang sorang lain tu salah seorang ahli korban.


Muka tuan tanah langsung tak pakai apa-apa. Aku baru lepas mandi. Belum sarung baju, Pokmea datang rumah gopoh gapah suruh aku cepat sebab tukang sembelih dah ready, ahli korban lain semua dah sampai tunggu aku je. Panik la kita kan, tu muka tak sempat pakai sunscren pun. TQ la set diamond gold skincare buatkan muka i tak nampak kusam hikhik



Tajuddin taknak ikut

Daging lembu pun takde la masak panggil jirang tetangga datang makan, sebaliknya aku bahagi-bahagi je daging, mudah kerja. Masak jugak tulang buat sup, daging dalam 2kg goreng dan panggil kakyah dan anak cucu dia datang makan. itu je la pon.

Sana sini jiran ajak makan nasi dekat rumah dorang, aku pon apa lagi, tak lepas peluang weyhh.

Tengahari raya pertama (Khamis), lepas balik dari tempat sembelihan lembu (di kampung tok bilal, tepi sawah ~sebab tuan punya lembu tinggal situ), aku sekeluarga dijemput kerumah Abe Isa makan nasi minyak. Kitorang apa lagi, dah la tengah kehausan dari tempat sembelihan dahaga air batu, balik rumah simpan daging terus ke rumah Abe Isa yang jarak tak sampai 100meter dari rumah mek.

Lepas makan, balik rumah untuk bahagikan daging korban kepada jiran tetangga. Lepas tu kalut bersihkan tulang mana yang nak dimasak. Ngah, aku tugaskan buat dapur kayu kat luar rumah. Rebus tulang kalau pakai dapur gas mahu menangis mek aku hahaha.

Cuaca panas berdenting Tuhan je la tahu. Sakit kepala aku, ruang dapur mek, ada sekeping zink warna lutsinar, sebab nakkan pencahayaan supaya siang-siang takde la gelap kan. musim panas ni makin membahang la kat dapur tu, ibarat cahaya matahari masuk direct ke rumah. nakkk je aku lari pergi beli plywood buat tutup zink tu. Macam duduk sauna dah rasanya huhu..

Petang tu pulak, dapat jemputan makan-makan di Batu30, mak sedara kakyah ajak makan lembu. So pergi jugak. dah makan-makan, belum sempat balik, hujan turun kemain lebat. Lega weyh.. Balik rumah magrib tu aku mandi hujan dengan Ammar. Lama bethol tak mandi hujan. Ni sebab tengok ceramah Ustaz Kazim la ni, beliau kata elok mandi hujan, hujan tu rahmat. Aku pon apa lagi.. dah alang-alang nak alihkan dapur kayu ke tempat yang tak kena hujan. 

Raya haji kedua (Jumaat), aku memang tak masak pon sebab nak makan kambing pulak di rumah sepupu di kampung Chewal. Balik tu ingat nak lajak ke Kemahang 2 melawat Pokwea (pakcik aku) tapi bila check waze katanya dekat magrib dijangka sampai, tak jadik la pergi.

Raya haji ketiga (Sabtu), Ngah ajak ke majlis akikah kawan dia Pejo di Pengkalan Chepa. Mek tak ikut sebab ada orang jauh call kakyah kata nak datang rumah mek. 

Lepas makan di kenduri akikah, kitorang singgah di rumah Zura, biras aku. Lama betul tak menziarah, kali terakhir pergi masa ayah Zura meninggal, pon tak dapat naik kerumah sebab ayah Zura disahkan meninggal sebab Covid19. Heran jugak kan, padahal ayah dia memang takleh berjalan, baring je kat rumah. Nak ke jamban pun mengensot dari tempat dia tidur. Ehh tau-tau kena Covid. 

Lepas Isyak baru kitorang gerak balik Machang. Dah alang-alang, singgah Bazaar Wakap Che Yeh jap, Amir nak beli baju. Anak sulung aku ni dia suka benar la kalau jalan-jalan shoping kat sini. Dia tak suka sangat beli baju kat shoping mall. Jenis dia, suka kat bazaar ke, uptown ke, haaa kalau bawak situ gerenti happy dia. Bagus nak, pilih tempat marhaen, sama cam aku hahaha..

Sampai rumah mek dah dekat 12tengah malam. Mek aku dah tidur. Dia ingatkan aku tak balik.

Raya haji keempat (Ahad), aku, Ngah dan adik aku Jani ke Tanah Merah. Tujuannya nak ke Maybank sebab kad ATM Jani dah expired so kena buat yang baru. Tujuan kedua nak beli barang kat kedai hardware. Aku plan nak buat reban ayam belakang rumah mek. Konsep bela ayam dalam kebun sayur tapi barang dah beli, reban je tak siap-siap lagi. Puncanya balik rumah dah petang, cuaca panas berdenting takde mood nak bertukang. Esoknya Isnin dah nak balik Puchong. Sebab tu jaring besi untuk buat reban ayam terpaksa aku mintak Jani simpan dulu. Balik lain kali baru sambung huhu.

Pagi Isnin, aku Ngah dan Amir keluar pergi Pasar Sena jap, beli buah tangan dan makanan. Tengahari lepas zohor baru kitorang gerak balik Puchong.

Ok dah aku nak sambung kerja 


Sekian,

Yang baik dari Allah,

Yang buruk dari Aku.


Nak beli set Diamond Gold Skincare latest packaging? Meh roger kakak