OK ni pandangan aku je la ye.
Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang ada beberapa orang agen DG bawah aku, tapi sekarang tinggal 2 orang je. Lain dah meruyup tak tau sekarang kat mana, dan jual skincare apa.
Aku dulu ada sorang agen duduk Kampung Jawa.
Baru-baru ni dia PM aku, kitorang sembang-sembang pasal anak. Lepas tu aku tanya dah tak jual DG ke? Dia kata susah la nak jual sekarang, HQ selalu tukar packaging, bila sale slow, stok tak berapa nak jalan, eh tau-tau HQ tukar packaging pulak. Customer biasa la, bila ada latest packaging, opkoz nakkan latest packaging. Menyebabkan duit modal agen lebur gitu je. Mati modal.
Hat ni aku faham, tapi aku takleh buat apa, sebab bukan aku yang founder huhu. Macam aku ni ok lagi, sale ada je walau tak selaju dulu. Restock tak peram lama. Habis, restock. Habis, restock. Jadinya stock aku memang selalunya hat latest la.
Dan aku akui, blog ni banyak bantu aku dapatkan genuine customer yang memang put their trust on me. Maybe dorang dengar pasal DG, then buat sikit research sebelum beli tetiba jumpa blog aku. Dorang kenal aku as penjual dan percaya aku jual DG ORI, bukan yang FAKE. Maka dorang beli tanpa was-was.
Berbalik pada isu packaging, jauh dari lubuk hati, aku juga kurang setuju kalau tiap-tiap tahun nak tukar packaging, boleh tukar tapi biarlah selang 2 tahun sekali ke, kan. Kerana ada agen yang baruuuu je sign up jadi agen, baru keluar modal minimum RM450, lepas tu duduk tak lama tukar packaging.
Dorang belum pandai buat sale lagi time tu.
Lepas tu isu day cream DG, ni pun aku dapat info dari agen Kampung Jawa, dia kata ada customer beli dari dia, lepas tu persoalkan kenapa day cream DG masa beli dulu lebih keras, kali ni beli lembut giler, lalu dia mengesyaki belian kali kedua tu adalah FAKE. Kesian member aku ni. Tak pasal-pasal kena pangkah.
Padahalnya gini.
Masa mula-mulaaaaa DG Skincare keluar di pasaran (tahun 2016), day cream memang jenis keras, tona kecerahannya sangat nipis hampir menyerupai warna kulit si pemakai, Jadinya bila kita pakai day cream DG, memang nampak kulit muka kita cerah asli. Tak nampak macam pakai bedak pon. Cerah dan licinnnnn je. Tapiiii, memandangkan teksturnya lebih keras, ia lambat habis dan ada kalangan customer request day cream bagi lembut sikit.
Faunder DG KakNur pulak jenis baikk dan cuba untuk memenuhi permintaan customer. Dia pun request kilang lembutkan sikit day cream tu. Normal lah kan, bila kilang buat krim baru, mesti kilang akan tukar nisbah bahan-bahan dia supaya memenuhi kehendak client. Nak krim lembut, kena tambah bahan A lebih sikit dan bahan B kena kurang sikit. Agithuuu. Dan HQ keluarkan new packaging dalam kotak warna pink dengan day crean yang lebih lembut.
Lepas aku try kat muka sendiri, jujur, aku lebih suka day cream keras. Sebabnya bila aku pakai day cream keras, darjah kejelitaan lebih sempurna dan lebih semulajadi. Welll... pada kulit muka aku la. Kalau pakai day cream lembut, dia ok bukan tak ok tapi mungkin sebab aku jenis banyak berpeluh kat muka, krim tu sekejapan je hilang. Tak jelita to the max orang kata.
Aku syak, Kaknur pun sedar akan hal ni, lepas tu dia tukar krim jadi lebih keras sikit, tapi masih lembut dari yang paling asal. OK aku suka. Tapi masa ni dah ramai agen tarik diri taknak jual DG kerana selain kisah krim bertukar, bercampur pulak dengan isu produk FAKE masuk pasaran sampai pembeli keliru nak beli dari siapa supaya dapat beli yang ORI. tu belum lagi dengan isu pemborong jual harga murah tak masuk akal. Padahal founder kata dia tak pernah tolak kat pemborong. Andai kata lah memang ada pemborong yang dari kalangan stokis, bukan susah mana pun nak tangkap. Kebiasaan yang ambik stok dalam volume terpaling luar biasa banyak, itu yang yang terpaling disyaki sebagai pemborong a.k.a gunting dalam lipatan. Dorang ni modal besar, kaup untung dari susah payah agen. Agen susah payah buat konten iklan dalam fesbuk dalam IG, buat live, bayar FB ads segala macam demi naikkan DG, tup-tup bila produk dah viral dan permintaan sangat tinggi, pemborong mula masuk, ambik stok terpaling banyak, lepas tu jual harga terpaling murah hingga agen tak mampu fight. Sebab tu makin ramai agen stop jual. Sekarang ni nak tengok agen promot DG pun dah payah. Sebab apa? sebab dorang dah tawar hati.
Kemudian, Kaknur buat bancian dalam group, sapa suka krim lembut sapa suka krim keras. Aku voted for krim keras la opkoz. Lalu sekarang ni day cream KERAS macam mula-mula dulu, kini kembali! Suka giler aku. Packaging pun kembali ke packaging asal iaitu PACKAGING UNCANG.
Pandangan aku? Aku memang SUKA dengan day cream keras ni, tapi kalau boleh, biar dalam packaging kotak la supaya nampak lebih eksklusif hikhik.
Tapi aku pun faham, disaat harga barang naik mencanak-canak, telur naik harga, ayam naik harga, terkini beras pun naik harga. DG skincare masih cuba kekalkan harga RM130/set (tak tau sampai bila mampu kekalkan harga ni). Jadinya selain mengembalikan nostalgia kegemilangan DG skincare dalam packaging uncang, Kaknur juga nampaknya cuba untuk menyerap kenaikan kos demi mengekalkan harga lama, walaupun dia sebenarnya agak struggle dan sakitnya tuh disini, at least set uncang ni, kos packagingnya lebih murah berbanding kotak yang nak kena tempah segala.