Masa Akma leader aku tanya kat group.. "sape nak join dinner dengan founder DG 25/8/2020 ni, sila tulis nama ye.
Akulah stokis pertama yang tulis nama. takde pikir apa dah. hahaha.. Macamana nak pergi ke Hotel Seri Pasific kat Jalan Duta tu kemudian je lah pikir. Kerja menimbun kat ofis tapi tetap kena cuti demi nak jumpa kaknur, pon nanti-nanti lah aku pikir. Tema black and white glam tapi dalam lemari takde baju memandangkan saiz badan dah makin mengembang, juga kendian lah pikir. Yang penting bagi je nama dulu. hahaha.. begitu sekali tekadnya nak join the even.
Dah masuk 5 tahun aku jual DG Skincare, sekali pon belum pernah jumpa kaknur. Hanya melalui wasap je. Tu pun kalau ada issue yang memerlukan pengesahan dari kaknur je, baru aku wasap dia. Kalau setakat stok lambat dari HQ tu aku takkan kacau kaknur, memadai cari leader je.
OK tak mahu bebel panjang, aku sebenarnya nak tepek gambar kenangan ni je.
Founder DG dan Stokis DG
Stokis Puchong, Leader Akma dan Stokis Johor Lina
Yang baju putih tu adik Kaknur. Masya Allah putih dan gebu giler la dia. Selama ni aku tengok kat fb je. Ingatkan dalam gambar je nampakcerah gebu, rupanya adik beradik dorang memang jenis putih gebu oii.
Lina datang berdua dengan kakak dia.
Stokis Puchong bersama leadernya. Gediks kan aku? hahaha
Gambar aksi gunting dan kak ila berpisah tiada haha
Ni masa baru sampai hotel. Terkial-kial aku menunggu Akma sampai. Segan jugak la sebab aku hanya kenal Akma je, dia pulak lambat, sibuk mekap gamaknya haha. Aku memang tak mekap pon. Ambik wuduk siap-siap kat rumah dengan harapan tak batal wuduk hingga sampai hotel. Sampai hotel elokk maghrib. Cepat-cepat aku solat.Selfie sedas sambil tunggu Akma and team
Buah tangan dari pihak HQ sebaik daftar kehadiran.
Dapat luckydraw youuuu.. RM100 cash. Jadik la kann.