Bila survey, ohh rupanya tempat ni tepi sungai.
Dekat je dengan Suara Rimba Chalet tempat kitorang berkhemah dengan family Usop hari tu.
Klik sini kalau nak baca.
Dekat je dengan Suara Rimba Chalet tempat kitorang berkhemah dengan family Usop hari tu.
Klik sini kalau nak baca.
Cuma Suara Rimba lebih kedalam lagi.
Nak ke Suara Rimba memang kena lalu depan Kingfisher ni dulu.
Nak ke Suara Rimba memang kena lalu depan Kingfisher ni dulu.
Oleh kerana kitorang memang suka aktiviti tidur dalam khemah, aku laki bini pun plan nak kesana jugak, pergi asing-asing.
Joe pergi dengan sekolah naik bas hari Jumaat, kitorang pergi dengan kereta hari sabtu lepas balik kerja.
Joe pergi dengan sekolah naik bas hari Jumaat, kitorang pergi dengan kereta hari sabtu lepas balik kerja.
Jumaat aku tak kerja.
Jadi pukul 2.40pm aku hantar Joe ke sekolah dan tunggu hingga dia naik bas.
Bes betul-betul bertolak pukul 3.45pm.
Sesi taklimat sebelum bertolak. |
Memerlukan 3 bas untuk angkut budak-budak ni semua |
Dua hari sebelum tu, aku dah siap marinate seekor ayam, khusus untuk aktiviti bakar-bakar di malam perkhemahan.
Gitu la selalu pun, paling teruja bila dapat masak guna dapur kayu.
Gitu la selalu pun, paling teruja bila dapat masak guna dapur kayu.
Lepas tu beli kambing perap beberapa slice kat Giant BK5. Itu je la pon.
Oh ya. Petang Jumaat adik aku Jani datang KL.
Takde urusan apa pun. Sekadar tolong jadi driver Abe D je.
Banyak jugak buah bawak dari kampung
Duku langsat sebaldi.
Terung, pucuk ubi kayu, pucuk ulam daun ketereh dan daun putat.
Semua aku angkut sekali.
Duku tu jadikan kudap-kudapan.
Daun-daun tu makan dinner nanti.
Sampai lokasi khemah dalam pukul 4.30 macam tu.
Masa ni hujan lebat betul.
Masa ni hujan lebat betul.
Suasana pun gelap je.
Aku dah pesan kat Ngah, kalau lebat sangat sampai nak hidupkan api pun payah, kita ambik bilik je la. Masa Ngah gi check-in tu aku dan anak-anak tunggu kat dalam kereta.
Hujan-hujan ni malas aku nak berlari sama. Biar Ngah je la setel.
Duduk tak lama, Ngah call.
Dia tanya nak pacak khemah kat seberang sungai atau nak belah sini je?
Aku tanya dia balik, mana yang best.
Ngah kata seberang sungai lagi best, view cantik tapi tu la.
Belakang tu hutan. Seram sebab takde sapa pun berkhemah kat situ. Kita je sekeluarga.

Aku cakap ikut la mana-mana pon.
Lepas tu Ngah call lagi. Dia kata ada satu je bilik available kalau nak.
Bilik VIP RM180/night (kalau aku tak silap dengar)
Aku cakap ok ambik bilik pon ok asalkan boleh buat aktiviti BBQ kat depan.
Lepas tu duduk tak lama, Ngah call lagi. Dia kata semua bilik takde dapur tempat BBQ.
Adusss.
Kalau takde tempat bakar-bakar, nak buat apa ayam aku penat-penat marinate ni?
Dengan kambing.
Siap angkut periuk siap dengan beras lagi.
Daun ulam-ulam tu semua takkan nak tengokkk je?
Dapur gas kecik pun ada bawak sekali. Persediaan.
Akhirnya pacak jugak khemah tepi sungai dalam keadaan hujan pon hujan lah.
Nampak tak air sungai kemain deras tu?
Nampak tak air sungai kemain deras tu?
Takpe pakcik ngko suka je aktiviti gini.
Kitorang pilih lokasi sebelah jalan je.
Walaupon tak best seperti perkhemahan sebelum-sebelum ni, takpe la.
Dah alang-alang sampai ni kita proceed je.
Nasib baik weiiiii ambik tapak khemah tepi jalan.
Rupanya hujan makin lebat makin lebat sampai kepala air turun bawak kayu kayan sebesar badan manusia dewasa pun ada. Jambatan memang tenggelam terus. Air sungai laju giler.
Kalau la ambik tapak seberang sungai, mesti terputus hubungan. Nak lintas jembatan pon tak boleh. Seberang sungai tak disediakan tandas. Nak kencing berak memang kena datang sebelah sini.
Mujurrr sangat-sangat.
Cabaran pacak khemah tu Ngah dah setelkan.
Lepas tu cabaran nak hidupkan api pulak.
Nasib baik jugak oiii.
Api mampu hidup!
Un-sangkarebel betul.
Kebetulan ada kayu yang dah siap dipotong-potong kat tepi pagar. Aku ambik je la.
Dalam hati tu risau jugak hujan-hujan ni kayu api basah.
Sekali takk. Memang kayu api basah tapi belah dalam still kering.
Dengan bantuan seplastik arang, akhirnya ungun api berjaya dihidupkan.
Malam tu kitorang masak nasi guna dapur gas. Dapur kayu guna untuk bakar ayam dan kambing.
Cicah ulam daun ketereh dan daun putat.
Sorgaaaaa sangat. hahaha
Gambar takde sebab masa ni bateri phone aku dah habis.
Gambar takde sebab masa ni bateri phone aku dah habis.
Pagi esoknya, baru la aku berkesempatan meninjau seluruh kawasan campsite.
Tempat Amir berdiri ni adalah ruang makan.
Petang kitorang sampai tu area sini melimpah air sungai. Hingga katanya meja bufet pon hanyut dibawa arus.
Gambar ni diambil pagi Sabtu.
Nampak tak jambatan kat belakang tu? Pemegang dia dah patah kena hentam dengan arus deras petang semalam. Masa aku sampai tu elok je lagi.
Ni bilik air dan bilik mandi untuk murid-murid yang tinggal dalam dorm. Aku tak pasti pulak dalam dorm ada bilik air ke tak. Rasanya takde.
Air sungai dah kembali cetek tapi arus masih deras oii.
Mula tu aku taknak mandi sungai tapi anak-anak asik duk ajak jom la jom la..
Terpaksa teman dorang.
Kesimpulannya,
Lokasi cantik, cumanya aku rasa sini lebih sesuai untuk kem-kem motivasi persekolahan je. Dewan ada, tandas banyak, dorm tempat murid-murid tidur pun ada 3 kot kalau tak silap aku. Bilik pun banyak.
Cuma untuk pacak khemah macam kitorang je rasanya kurang best.
Atau mungkin yang jadi tak best tu sebab datang pada waktu yang tak sesuai huhu.
Nota kaki :
Siapa nak beli produk yang kakak jual, selain wasap, boleh juga beli di kedai shopee kakak. hikhik
https://shopee.com.my/rozilawatirazab
Ni kolam ikan. Kat tengah kolam ada pondok. Jambatan ni menghubungkan ke pondok tu.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari aku.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari aku.