Ada seorang hamba Allah ni.
Dia kawan aku di alam nyata dan juga di alam maya.
Dia pakai DG, beli dari aku.
Dia juga belikan untuk anak dia pakai.
Lepas tu, pada Ogos 2018 kan DG pernah dilanda kontroversi kononnya produk bahaya.
Masa tu memang cuak jugak la aku sebab aku pun tak pasti kesahihannya.
Namun isu tu dah selesai bila founder DG tampil live menjelaskan keadaan sebenar.
Founder DG; Kak Nur kata DG selamat dipakai.
Tiada bahan berbahaya.
Itu founder sendiri yang kata.
Kalau taknak percaya, tidak mengapa guys.
Kak Nur kata dia tak paksa sesiapa nak jual dan nak beli DG.
Sokey guys.
Pilihan di tangan kita.
Aku faham.
Hakikatnya, kita cenderung untuk percaya apa yang kita NAK percaya saja.
Tak mengapa.. hihi.
Ok berbalik kepada cerita kawan aku tadi.
Sekarang dia tidak lagi beli DG dari aku.
Aku tak pasti dia masih pakai DG tapi beli dari orang lain ke atau memang dah stop pakai.
Aku juga perasan, kat fb aku tak pernah lagi nampak post dia lalu wall aku.
Tu aku tak kisah, sebab ada jugak kalangan kawan-kawan aku yang aku hide post dia.
Bukan sebab sombong tau.
Tapi demi nak jaga hati aku sendiri.
Demi nak jaga mood aku supaya kekal positif dan berbaik sangka.
Disebabkan diri sendiri pon hide post orang, jadi semestinya tidak perlu kisah jika orang hide post kita.
Betul tak?
Aku kurang suka post-post yang ada baur-baur sindiran.
Kalau ada friend aku yang aku tak kenal di dunia nyata hanya kenal di alam maya, kalau aku nampak post-post dia selalu nak sindir sana sindir sini, biasanya aku unfriend terus.
Supaya hati aku tenteram.
Memang la dia tak kata kat aku sebab dia pun tak kenal aku, tapi post macam tu merosakkan mood tau.
So kita tapis.
Gituuuuu..
Berbalik kepada kawan aku ni.
Bulan lepas aku terdetik nak melawat wall dia.
Tiba-tiba ternampak post anak dia jual skincare (aku taknak sebut nama skincare tu). Anak dia tag mak dia jadi otometik post tu ada kat wall mak dia.
Tertarik nak tau lebih lanjut, aku lawat pulak wall anak dia.
Anak dia jual skincare.
Baru nak belajar.
Tepek muka sendiri sebagai testimoni.
Muka kusam belah kiri. Muka glowing belah kanan.
Padahal muka glowing tu time dia pakai DG.
Kemudian tulis caption maksud lebih kurang bersyukur kulit dah kembali pulih lepas breakout lepas pakai produk bahaya.
Maigoddddd!!
Aku tak tau la nak sedih ke nak gelak.
Memang la tak sebut produk apa yang dikatakan dah merosakkan muka dia tu tapi plis la.
Gunakan la gambar yang betul-betul hasil pakai produk baru kau tu.
Aku pernah beberapa kali jumpa anak kawan aku ni jadi aku yakin sangat gambar muka lawa tu adalah ketika dia pakai DG. Bingkai spek dalam gambar dia macam bingkai spek aku pakai sekarang.
Tapi takpe la.
Selamat maju jaya menjual produk lelaki lembut tu.
Haaaa... pembayangnya lelaki lembut.
Hahaha.
Sedang syok taip entry ni tetiba masuk wasap regular customer nak COD barang.
Salah seorang regular indian customer.
Dah nak masuk 2 tahun repeat beli DG dari aku.
Hujung tahun lepas dia stop kejap. Mungkin dia was-was pasal berita tu.
Bulan Feb 2019 dia wasap aku balik, tanya masih jual DG tak.
Dia nak COD.
Of coz kakak masih jual.
Sejak tu, hampir setiap bulan dia mesti repeat order.
Syukur sangat.
Benar.
Rezeki kita Allah yang beri.
Walau bergolak macamana pun, pasti ada rezeki kita jika Tuhan berkehendakkan begitu.
Harapnya rezeki tu datang dengan keberkatan lah hendaknya.
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.