Monday, 29 July 2019

Ikillzz Pembunuh Lipas Dalam Kereta.

Raya puasa hari tu Fakrul (anak Cik Kiah jiran tepi rumah mek) datang beraya. Lama betul tak jumpa. Ye la kak ila di Puchong, dia di Nilai. Dulu dia mengajar kat Cyberjaya. Tak tanya pulak kenapa duduk Nilai. Kakak malas nak soal-soal orang huhu.

Dia tahu kak ila berniaga online. Kak ila pun tahu dia walaupun seorang guru sekolah agama, dia berniaga online jugak. Dia jual jam. Siap offer kak ila jadi dropship lagik ngko. hahaha. 

Sambil makan ketupat raya, kak ila tanya dia jual jam lagi ke. Dia kata ada, cuma sekarang ni laju jual Ikillzz pembunuh lipas dalam kereta. Masa tu sumpah kak ila memang tak tahu akan kewujudan ikillzz ni dalam pasaran. Almaklum la kakak ni bukan bidang kereta ke apa. Kak ila boleh katakan tak pernah dengar dan tak pernah tengok sebarang iklan ikillzz ni lalu lalang kat fb atau ig kakak. Nampak nau friendlist kakak hanya golongan wanita saja. hari-hari layan iklan lekcu iklan skincare iklan maskara hahaha.

Fakrul cakap lipas memang betul-betul mati, bukan pengsan bukan pitam. Kalau nak harap kita tangkap lipas yang menyorok dalam kereta tu guna tangan memang takkan mampu.

Iye. Kebetulan dalam kereta kak ila memang ada lipas. Takde la banyak, ada la sekor dua kot. Lagipun baru 2 tahun pakai kereta ni takkan banyak nau lipasnya, kan. Anak-anak suka makan dalam kereta. Makanan selalu tumpah. Jadi lipas mustahil tak ada.

Oleh kerana kak ila belum pernah tengok rupa ikillzz, Fakrul pon balik rumah ambil ikillzz tunjuk kat kak ila. Siap demo lagi cara guna. Dah alang-alang tu, kak ila beli terus sebotol. 

Tak lama bersembang, datang anak buah kak ila; Suzi dan Murni. Dorang nampak botol ikillzz lalu masing-masing nak order sorang satu. Sayangnya Fakrul tak bawak balik stok.

Petangnya tu baru Ngah perasan botol ikillzz kak ila letak kat almari solek. Masa Fakrul datang Ngah takde. Tak ingat Ngah kemana.

Eh kat mana awak beli ni? Dah lama abang nak beli benda ni tapi tak terbeli-beli. 
Dalam hati kak ila gembira sebab tak sangka Ngah pon sedang cari ikillzz rupanya.

Kitorang guna ikillzz lepas dah balik Puchong. Memang berkesan. Banyak oi lipas mati. Tak sangka, duk ingatkan sekor dua je, rupanya belas-belas ekor jugak.

Lepas tu, dua minggu kemudian. 
Kak ila wasap Fakrul nak jadi agen. Sembang pung pang pung pang kat wasap, kira jadik.

Dapat je stok pertama, kak ila kiv selama 2 hari. 
Masa ni kak ila plan untuk guna fb Ngah; suamiku terchenta sebab nak biasakan Ngah berniaga online. Dah bincang dengan Ngah dan dia kata ok. Kak ila tak iklan pon kat fb dan ig kak ila.
Hanya 100 guna fb Ngah je semata. 

Eh eh laku oi. 
Pelanggan pertama yang beli ikillzz ialah Wan, anak buah aku (anak kakyah)
Dan kawan-kawan tempat kerja Ngah. 

Lepas tu kak ila paksa Ngah buka akaun ig pulak.
Apa barang bos, berniaga taknak guna ig sekali. Rugi rugi teknologi ada taknak guna.

Siapa nak order, boleh wasap kak ila ye. Nak wasap Ngah pon boleh.
Nak jadi ahli nak belajar-belajar jual pun boleh je.

Wasap nombor kakak ni.

012-931 1015 - kak ila 
017-317 9456 - Ngah @ abang Hery

Kawasan yang kak ila COD :
Puchong
Bukit Jalil
Shah Alam Seksyen 15
Putra Height
Yang dekat-dekat tu kita boleh bincang.
Contohnya area Subang Jaya. Kalau konsider dekat, kak ila pergi, kalau rasa jauh terpaksa pos hihi.

Nahh, kak ila lanje beberapa testimoni. Ni bukan kak ill punya tau.











Ni sebahagiannya kak ila dapat dari Fakrul, sebahagian lagi dari google.
Rasanya takde masalah kot kak ila tepek sini, namun agen ikillzz kalau rasa taknak kongsi testimoni dia, boleh wasap kak ila bagitau ye. Nanti kak ila keluarkan testimoni milik awak.
Takmo gaduh-gaduh hihi.

Kak ila juga sedang cari rakan agen untuk jual ikillzz.
Nanti senang kak ila buat satu page untuk senarai agen ikillzz bawah kak ila je.
Semua agen kak ila tepek je situ.

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.




Monday, 8 July 2019

Open House Katanya Walaupun Dah Masuk Bulan Zulkaedah

Haa cenggitu tajuk entry.

Dah lama asik postpone je. Amir la ni. Setiap hujung minggu asik la tanya bila umi nak buat open house, bila nak open house. Kita ni bukan taknak, cuma masa je tak mengizinkan. Sepanjang bulan Syawal tiap-tiap hari minggu mesti ada open house. So kita tunggu hari yang takde jemputan, baru kita masak-masak.

Dan akhirnya terjadi lah acara open house katanya, pada Sabtu 6/7/2019 bersamaan 3 Zulkaedah 1440H hahaha.

Takpe la bulan apa pun nakk, janji niat nak menjamu tetamu tu ikhlas. Gitoooh.

Menu?

Nasi hujan panas.
Aku guna beras siam cap rambutan sebanyak 2kg je. Kalau pakai beras basmathi aku rasa sekilo setengah dah cukup sebab beras basmathi nasi dia naik periuk. Beras basmathi lagi best benornya.

Ayam masak merah - 3 ekor.
Dalca. Ni aku masak sikit jugak sebab pengalaman tahun lepas, dalca budak-budak tak suka hahaha.
Acar timun campur nenas. Timun sebiji je nenas pun sebiji.

Nampak macam sikit je lahai kau masak kak  ila oi, cukup ke ni?

Cukup, kalau ada menu lain.

Antaranya :
Rendang daging. Sekilo je dagingnya.
Nasi himpit Nona. Beli sepeket je.
Ketupat lemang segera Nona. Ni firstime aku try. Sedap jugak rupanya.
Bubur kacang hijau campur durian. Kacang hijau beli kat Mydin Subang RM3. Durian sebiji.

Ngah masak mee kari. Mee 6 peket.
Ni special request dari anak-anak buah. Dorang kalau aku ajak makan-makan, mesti tanya ada mee kari tak. Nak makan mee kari senang je. Kau jek jek sikit kata mee kari pokcik (Ngah) sedap, lama tak makan. Atau ayat-ayat beli jiwa yang seangkatan dengannya, pasti Ngah dengan bangga masakkan untuk kau hahaha.
untuk dalca

Cili kering siam. Langsung tak pedas. Aku beli RM2 kat pasar isnin 

cantik warna sambal ni. Untuk ayam masak merah

bubur kacang hijau durian

Mee kari air tangan Ngah
 Owh, lemang rupanya hahaha. Aku ingatkan ketupat pulut.

Cara masak lemang amatlah mudah.
Mula-mula keluarkan lemang dan rebus guna api besar selama 5 minit. Api besar tau.
Air hendaklah melebihi paras lemang. Biar tenggelam.

api kena besar 

Lepas 5 minit, tuang serbuk santan kedalam periuk rebusan lemang tu tadi dan sambung rebus guna api kecik selama 50 minit. Aku rebus sejam, sehingga air tadi kering. Tak payah letak garam kerana santan tu dah siap-siap ada garam.

Memandangkan aku tak reti masak rendang, aku guna serbuk rendang Mak Siti je. Haritu pernah try masak rendang ayam, Joe kata sedap terok hahaha. Pandai beli jiwa anak aku tu.

Acar. Terpaling mudah nak sediakan.
 Majlis bermula pukul 2petang. Memang tepat pukul 2 kawan-kawan Amir sampai. Tukang masak baru nak mandi nak pakai baju raya hahaha.
 Budak-budak lelaki dah siap makan. Budak perempuan baru nak suap.

Amina dn To'la



Nazran dan Makngah

Nazran, Makngah dan Ammar

Adlina


Ni tetamu terakhir sampai. Adik Ngah.

Alhamdulillah makanan tak berlebihan melampau lampau. Ada sikit-sikit aku perangat buat sarapan esoknya.

Aku rasa elok buat majlis dari tengahari sampai tengah malam macam ni sebab sepanjang masa ada je yang datang bertandang dan makanan pun habis. Aku dah plan, kalau makanan banyak tak habis, esoknya perangat panggil kawan-kawan Amir datang makan lagi hahaha. Tapi habis rupanya. Syukurrr sangat.

Penat masak tu takyah cakap la oi. Memang penat. Aku ni sakit labu betis sampai saat aku tulis entry ni tak hilang-hilang lagi. Tapi seronok berganda-ganda. Berbaloi bila jemputan makan bertambah-tambah.

Meh citer pasal menu vs bilangan tetamu.
Termasuk kawan-kawan Amir, anak-anak sedara aku, adik badik Ngah, officemate Ngah dan jiran depan rumah termasuk aku anak beranak yang makan ulang-ulang kali, aku rasa saiz hidangan aku sesuai untuk 40 hingga 50 orang makan.

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Kakak masih jual DG tau. Nak beli meh wasap. 
012-931 1015

Wednesday, 3 July 2019

Dulu Lain

Pernah dengar dialog ni?

"Si polan tu sejak dah kaya sekarang ni makin lezer mulut bila bercakap, makin berlagak.."

"Makin kaya makin KOYA.."

Orang sering kaitkan duit, kakayaan dan kejayaan akan mengubah sifat dan sikap seseorang.

Sebenarnya bukan begitu.
Aku rasa duit dan kejayaan lah yang menyerlahkan sikap sebenar seseorang.

Masa susah, sopan je bila bercakap. Dah kaya mulut lazer tak jaga hati orang. Haaa... sebetulnya itu la sikap sebenar dia. True color dia keluar bila dah selesa dengan kekayaan yang dia ada.

Namun bila dah kaya dan berjaya tapi masih bersikap biasa-biasa, berlagak pun tidak, orang pun senang dengan kita, haaaa tu maknanya sifat sebenar dia memang rendah diri. Itu lah yang sebaiknya.

Aku ada sedara sorang ni.
Masa anak-anak masih kecil, aku selalu main rumah dia. Anak-anak dia memang baya-baya aku je. Setiap kali raya, aku selalu pergi rumah dia. Bila aku dah kawin dan ada anak, anak-anak dia pun of course la dah besar dah berkerjaya dan dah berkeluarga juga.

Aku perasan satu benda. Aku dah tak suka bersembang dengan makcik ni macam dulu-dulu.
Dia suka tanya hal-hal yang sepatut tak perlu tanya. Hal yang tak sesuai untuk buat sembang.

Contohnya adik aku tak balik ke raya?
Aku jawab belum balik lagi.

Adik aku memang duduk Kota Bharu je. Jadi dia boleh balik bila-bila masa dia nak sebab jarak dari Kota Bharu ke Machang tak sampai sejam pon. Macam aku ni kalau balik memang tiga pat hari jugak kat kampung. Alang-alang balik, takkan nak balik hari.

Lepas tanya tak balik ke, ada lagi soalan susulan.
Aku dah lamaa tak nampak Jani. Sejak kawin memang susah nak tengok dia.
Dia belum ada anak lagi kan?

Haaa... tu mukadimah dia nak alihkan topik supaya bukak cerita pasal adik aku. Motif ngkau nak tahu? Sebab tu adik aku tak suka beraya rumah orang. Dia agak sensitif bila orang duk tanya pasal anak. Ye lah, kawin dah lebih 10 tahun masih belum ada anak. Dah tentu dia pun teringin nak zuriat tapi zuriat tu kerja Tuhan. Yang bertanya tu pun mentang la dia mampu beranak, tak sedar anak tu Tuhan izin baru dapat. Haishh..

Ada lagi. Masa tu aku bersidai kat rumah jiran lain. Kemudian makcik ni datang join sekali. Kami sembang macam-macam topik. Kisah kampung, kisah si polan dah meninggal, kisah air terjun hujung kampung yang dah terbiar, kisah politik dalam kampung.. hahaha..

Lepas tu makcik ni buleh keluar topik gelang emas mek aku pakai.
Aku tengok mek mu pakai gelang emas, tanya dia kata RM2700. Betul ke.

Soalan ponnnnn. Sejenis hati kering nak korek hal orang.

Aku terdiam sekejap. Memang tak sangka betul dia nak tanya soalan rupa itu.
Aku cakap takde la, mek mana ada duit nak beli emas. Tu emas tipu tu.

Kahkahkah...

Aku sendiri pun tak tahu apa kesannya setelah aku jawab macam tu.
Kemungkinan lepas ni makcik tu anggap tak berkemampuan, tapi ada hati nak pakai gelang emas. hahaha.
Padahal memang gelang tu emas betul, mek beli di kedai emas, aku bohong makcik tu kata gelang palsu.

Sebabnya mek aku dah tua. Bahaya sebenarnya pakai barang kemas. Kalau tak kena ragut, takut tercicir. Emas dah la mahal oii.. mahu kemurungan kalau hilang.

Tapi lumrah orang Kelantan memang seurat pun mesti nak kena pakai emas. Dulu aku pernah beri sebentuk cincin emas suruh mek pakai. Kebetulan jari aku dengan jari mek sama besar. Aku bagi mek pakai cincin pertama yang aku beli dengan duit yang aku kumpul kerja partime.

Tak sampai setahun, cincin tu hilang. Mencuka muka aku bila mek kata hilang. Mek lagi sedih, cincin anak dia bagi suruh pakai, tiba-tiba hilang. Dengan nada tak puas hati aku tanya kenapa boleh hilang. Mek kata dia bukak masa nak buat kerja, kononnya simpan la. Bila nak pakai balik tengok dah takde. Marah betul ai masa tu tau.

Ada lagi, satu hari mek pernah pakai rantai emas pergi Bandar Machang. Balik rumah rantai tu hilang, tapi nasib baik betul, rantai tu jatuh masuk dalam baju dalam mek. Loket je hilang terus. Lepas tu mek dah tak berani pakai emas lagi. Tahun ni je nampak dia pakai gelang emas. Harapnya tak jatuh la, kalau tak, memang murung oiii.

Pulak tu, rumah mek dah beberapa kali budak-budak masuk mencuri.

Sebab tu aku bohong. Mek dah la tinggal seorang kat rumah. Budak-budak hisap gam dorang bukan kisah tu rumah sedara mara ke hapa, tetap mencurik.

"oooooo... aku ingatkan emas betul, dah mek kau cakap 2700 gelang tu." panjang dia punya ooooooo tu. hahaha

Sejujurnya aku tak selesa bila diajukan soalan yang pada aku agak peribadi untuk share dengan orang.

Dulu, makcik tu setakat aku kenal, bukan macam tu. Dia sangat humble. Pendek kata senang bergaul.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Kakak masih jual DG tau. Rogar kakak kalau nak order.
012-931 1015

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.


Tuesday, 2 July 2019

Pendiam

Masa aku kecil-kecil dulu, aku dijaga oleh kakyah. Masa tu mek kuat kerja, menoreh getah. Selalu takde kat rumah. Petang baru balik. 

Jadinya kakyah la yang mandikan aku, bagi makan semua. 

Lepas kakyah kawin, kakyah ikut suami dia duduk kedah. Abe D kerja nelayan kat situ. Konon dorang nak bina hidup baru kat sana.

bila takde kakyah, aku dan Jani macam terabai sikit. Mandi tak mandi pon mek tak kisah sangat, bukan sebab tak sayang, tapi mek takde masa nak uruskan kami. Pagi dah keluar menoreh, petang pukul 3 baru balik. Balik rumah baru masak nasi. Dekat pukul 4petang baru dapat makan. Biasanya makan sekali sehari je.

Aku tak ingat umur berapa masa tu, mungkin  5 tahun gitu kot, sebab dah mampu ingat beberapa peristiwa walaupun masih belum bersekolah.

Aku juga masih ingat, aku selalu berhingus! kahkahkah.. Sumpah weiii, serabai gila la masa kanak-kanak. Tapi lumrah budak, mana nak kisah pun. 

Rutin aku setiap hari, bangun tidur, sarapan mana yang ada kat dapur. Kadang tak sarapan pon. Terus keluar rumah cari kawan. Masa tu mana kisah perut lapar ke tak, melainkan kau pergi rumah kawan lepas tu kau nampak dia makan sedap hingga kau terliur. Haaa, tu mesti balik rumah cari nasi.

Kehidupan masa kecik agak susah. Mek menoreh getah orang. Masa tu harga getah pon sen-sen je sekilo. Seminggu sekali jual getah, Lepas bahagi dua dengan pemilik kebun getah, dapat tak sampai RM50 pon. Sedih? Tak sedih sebab masa tu tak faham apa-apa.

Masa kecik, aku selalu berkaki ayam. Setiap kali kakyah belikan selipar jepun, aku pakai pergi main, balik petang karang selipar hilang. Selalu macam tu. hingga lah aku berak keluar cacing. Cacing tu hidup tau. Menggerekot dia terjuntai kat bontot. Aku meraung takut. Last last mek datang tarik cacing tu keluar hahaha.. Lepas tu kakyah cakap. Sebab kau selalu jalan tak pakai selipar la cacing tu masuk kot tapak kaki. Telur cacing tu halus mata kita tak nampak. Bila kita pijak tanah, dia masuk la dalam badan. Gituuu kakak aku gertak. Sejak tu, aku tak pernah tinggal selipar jepun. 

Sejak aku tidak lagi dipantau oleh kakyah, penampilan aku agak comot. Bila kita comot, pergi rumah orang pun orang tak berapa suka sangat. contohnya nak tengok tv rumah kawan. Kau punya kaki kotor. Jadi kawan tak bagi masuk ke rumah. Nak tengok tv, hanya duduk depan pintu je. Kaki takleh masuk, kena berjuntai di muka pintu. Kalau main nenek nenek si bongkok tiga, kan yang jadi nenek tu kena tutup mata guna kain kan? Tiba giliran aku jadi nenek, ramai kawan ejek taknak guna dah kain tutup mata tu sebab kotor takut kena hingus aku. 

Setiap ejekan tu selalunya aku tak balas balik pun. Kebanyakan masa aku hanya diam. Orang ejek aku diam. Ejek aku diam. Lama-lama aku jadi pendiam.

Oh ya, waktu aku kanak-kanak, aku rongak. Gigi depan langsung takde. hahaha..
Yang ada hanya tunggul-tunggul gigi aje. Aku sendiri pun tak tahu rupa gigi susu atas aku macamana, sebab tahu-tahu memang rongak. Tu pun jadi bahan kawan-kawan mengejek.

Setiap kali aku ketawa, pasti ada yang ejek ee gigi rongak. Lalu aku pun senyum tutup mulut. Lama-lama aku jadi semakin pendiam. Pendiam ye, bukan pemalu.

Perangai pendiam ni berlarutan hingga ke sekolah. 

Masuk darjah 1, gigi masih rongak belum tumbuh gigi kekal. Masa tu memang pemalu yang amat sebab kawan-kawan sekelas bukan dari kampung yang sama. Jadi aku rasa sangat rendah diri dengan keadaan takde gigi ni weiii. hahaha.. Dia punya malu tu hingga cikgu panggil nama aku pun aku tak menyahut. Aku ingat lagi. Guru kelas aku namanya Cikgu Azinah. Cikgu Zinah akan panggil nama murid dan murid perlu angkat tangan jika dengar nama dia dipanggil. Jika tak angkat tangan atau tak menyahut, maksudnya murid tu tak datang sekolah. Bila nama aku kena panggil, aku dengar tapi aku diammm je. Sebab malu sangat. Memang rasa rendah diri betul time tu, malu sebab rasa tak sempurna macam orang lain. Malu sebab gigi takde.

Nasib baik cikgu kenal aku anak Razab hahaha. Ayah aku dengan cikgu Zinah sekampung. Nasib baik betul. 

Sekarang dah tua. Helokk la sikit.

Aku rasa sebab aku jadi pendiam adalah kerana kecik-kecik dulu selalu kena ejek. Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku lebih berjaya dari dorang yang ejek aku tu. hahaha..

OK dah. Aku nak balik dulu. Babai..

** Testimoni Diamond Gold Skincare **


Siapa nak try set DG, meh wasap nombor ni ye.

012-931 1015 - kak ila awak hehe

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.