Thursday, 2 May 2019

Terlanggar Kucing Sendiri. Sedihnyaa

Pagi ni.

Aku nak gi kerja. Macam biasa, masuk je dalam kereta, aku akan duduk dalam 3 ke 5 minit untuk bagi enjin kereta panas sebelum memulakan perjalanan.

Aku baruuu je nak keluar parking, tetiba terdengar suara kucing menjerit. Aku panik. Lalu aku undur sikit untuk masuk kedalam petak parking. Aku keluar dan jenguk bawah kereta.

Allahuu.. sayunya bila nampak anak kucing aku sendiri menggelupur kesakitan. Aku terdiam panik. Sumpah panik sampai takleh buat apa. Aku hanya mampu tengok je anak kucing tu meronta-ronta. Piajen (si ibu kucing) yang sama-sama berada di situ hanya mampu tengok je anak dia menggelupur.

Aku nampak rahang anak kucing tu senget, sebelah mata terkeluar. Allah... Allahh.. aku hanya mampu sebut nama Allah je masa tu.

Sekejapan kemudian, anak kucing tu tidak lagi bergerak. Ya Allah.. maafkan umi wahai Black (aku panggil anak kucing hitam ni dengan nama black). Umi tak tau kau ada bawah kereta.

Lalu aku call Ngah. Aku tak nangis sebab pasih panik. Aku beritahu Ngah aku dah tergilis Black. Ngah kata takpe lah nak buat macamana, mungkin dia nak tenangkan aku kot. Ngah suruh masukkan bangkai kucing kedalam plastik dan masukkan dalam tong sampah. Aku turuti arahan Ngah.

Mulanya aku nak tanam bangkai kucing tu tapi cangkul takde. Nak-nak pulak aku dah lewat nak ke tempat kerja. Kemudian aku cari tukang sapu block tu, ingat nak minta dia tanam tapi tak nampak pulak kelibat tukang sapu tu. Akhirnya aku turuti idea asal Ngah. Aku masuk rumah dan ambil 2 keping plastik sampah. Aku angkat perlahan bangkai anak kucing tu dan masukkan kedalam plastik. Simpul rapi dan masukkan kedalam tong sampah besar.

Sambil-sambil tu tak habis-habis mulut aku duk mintak maaf dengan kucing tu. Piajen hanya mampu tengok je sambil berjalan ke hulu ke hilir. Sedihnyaaaa lahai. Pastu aku nampak Piajen hidu-hidu kawasan anak dia mati tadi. Situ ada kesan darah anaknya. Masa ni aku mula rasa sebak sangat. Aku perati je Piajen. Kemudian Piajen menuju ke arah tong sampah. Allahhhh... sedihnyaa..

Masuk je dalam kereta, aku nangis. Sedihnyaaa bila terkenangkan aku pernah marah anak kucing tu waktu dia garu sofa, waktu dia main gurau-gurau dengan seekor lagi adik dia atas katil aku. Waktu dia menyorok taknak keluar rumah saat aku dah lewat nak gi kerja. Sedihnyaaa..

Dulu pernah dua beradik ni ter-tak-sengaja terkurung dalam rumah. Balik kerja petang tu terkejut aku bila masuk rumah terhidu taik kucing. Cek punya cek, nampak ada taik kucing atas sebiji bantal dalam bilik tidur aku. Dah selamat pon bantal tu Ngah humban dalam tong sampah.

Rasanya aku tak pernah cerita perihal kucing dalam blog ni. Takde masa nak menulis huhu.

Ngah bawak balik Piajen semasa Piajen masih kecil. Ngah ambil di Shah Alam, tak pasti pulak kawan yang bagi atau kucing jalanan. So anak-anak aku suka la dapat haiwan peliharaan. Lebih-lebih lagi Ammar. Dia memang suka kucing.

18/1/2019. Piajen beranak 3 ekor. Semasa kitorang balik Kelantan seminggu pada cuti raya cina, Piajen dan 3 anaknya tinggal di rumah kami. Mula tu Ngah belikan sangkar kucing dan train Piajen supaya tinggal kat tepi mesin basuh rumah kami dengan anak-anak dia. Senang la kononnya , boleh keluar masuk untuk berak ke apa. Dan masih selamat kerana masih dalam kawasan rumah kami, takde sapa boleh usik anak dia. Tapi jenuh kami kutip and letak anak-anak dia dalam sangkar, Piajen akan dukung balik anak-anak dia masuk bilik anak-anak aku. Mereka menyorok bawah katil double decker. Memang tak tercapai dek tangan.

Last-last kitorang biarkan je Piajen duduk bawah katil tu. Masa kitorang nak balik kampung tu, Ngah buka sedikit tingkap bilik tidur kitorang, muat-muat badan Piajen je. Laluan untuk dia keluar masuk. Untuk elak dari pandangan orang, gril tu kami retang kain selimut, konon-konon jemur la tu. So orang yang lalu lalang takkan nampak tingkap sedikit terbuka.

Ni demi memastikan Piajen dapat keluar masuk rumah untuk cari makan, berak dan seumpamanya. Anak-anak dia masa tu 100% menyusu badan dan tak merayau kemana pun. Gitu je la kami tinggalkan 4 beranak tu dengan bertawakkal je kat Allah.

Balik dari kampung, Alhamdulillah Piajen dan 3 anaknya ada, dan masih hidup sihat.

Semakin anak-anak Piajen membesar, makin aku rasa rimas sebab aku bukanlah pencinta kucing. Aku juga takut nak usap-usap kucing sebab aku pernah kena cakar dengan kucing masa kecik.

Namun kerenah dorang tu buatkan aku perlahan-lahan belajar riba kucing dan usap-usap mereka.

Kemudian, salah seekor anak kucing hilang. Aku syak ada orang ambil untuk bela kot. Takpe la ambil nak bela, asalkan tak menganiaya, cuma aku sedih jugak, kerana anak-anak masih menyusu dari mak dia.

Tinggal la 2 beradik je bergurau senda. Hari-hari memang bergurauuu je kerjanya. Kadang geram jugak bila habis rumah kotor dengan kesan tapak kaki kucing merata-rata. Tapi melihat kecomelan mereka tu, sejuk balik hati huhu.

Waktu hujan, anak kucing takkan keluar rumah walaupun mereka nak berak. Jadi mereka akan berak merata-rata. Atas mesin basuh, atas rak kasut. Kat celah basikal. Ikut suka. Oh yaa, sejak kes berak atas bantal tu, Kitorang pastikan kucing anak-beranak tidur luar rumah.

Kemudian aku dan Ngah batuk silih berganti. Hinggakan kami syak kami alahan dengan kucing. Ditambah dengan anak kucing berak merata hingga Ngah hampir setiap petang balik kerja perlu basuh lantai depan rumah, Dia fedap agaknya, lalu ambik keputusan nak buang Piajen dan anak-anak ke mana-mana lokasi yang dekat dengan medan selera. Tapi aku bantah. Aku tak sampai hati bila terbayang mereka mengiau-ngiau mintak simpati secebis lauk kat medan selera.

Masa tu Ngah dah bukak bonet kereta, masukkan sangkar dan nak tangkap kucing masuk dalam sangkar. Akhirnya tak jadi. Kitorang decided untuk bela, bagi makan macam biasa tapi takkan lagi benarkan kucing keluar masuk rumah sesuka hati.

Lama-lama Piajen ni jadi faham agaknya. Dia ada je dalam pandangan kami, cuma dia jarang keluar masuk rumah. Hanya masuk bila nak minum, bila nak makan. Kalau nak baring, dia hanya baring atas mesin basuh je. Jarang la dia masuk tidur dalam rumah.

Dan pagi ni. Memang sedihhhhh sangat.
Tapi apakan daya.

Anak kucing kami, Black dalam Kenangan [18/1/2019 - 2/5/2019]

Hari dia lahir. 18/1/2019. Tiga beradik semuanya, tapi seekor hilang masa umur 2 bulan.




Black pada 23/2/2019. Umur sebulan lebih. Baru pandai ikut ibu dia keluar dari bawah katil. Belum pijak tanah lagi.
23/2/2019. Masa ni yang sekor tu belum hilang.
23/2/2019




2/4/2019. Balik rumah tengok bersepah giler bekas najis kucing. Ni takde lain bergurau hingga langgar habis segala benda. Galok sangat.


Tunggu Ngah balik, biar dia cuci. Aku malas. Aku nak masak.



3/4/2019

3/4/2019

4/4/2019. Masa ni aku MC; batuk. Nak baring tapi tengok la dua beradik ni bergomol atas katil aku. Tinggal 2 je sebab sekor dah hilang time ni.

Ya Allah.. maafkan hambaMu. Maafkan umi wahai kucing.. 😢

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.