Me. 12/4/2019 |
Nahhh, bagi korang terkejut kejap hahaha. Muka tuan tanah bertarikh hari ni, 12/4/2019 pukul 10.30pagi.
Saja je selfie sebab nak rekod eyebag kat bawah mata aku ni. Aku batuk teruk jugak 3 minggu lepas. 18/3/2019 aku dah gi klinik dan dapat 1 hari MC. Doktor bagi ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik. Aku telan ubat tu alahaiii.. sampai air liur terasa pahit sangat hingga nak makan pun tak selera. Padahal lapar kot.
25/3/2019 aku balik kelantan seminggu sempena cuti sekolah. Tu pun kena rekod jugak tu, sebabnya itu la pertama kali aku drive 8 jam tanpa suami chuoll! Ngah tak balik, aku dan anak-anak je balik. Dalam takut-takut dan tak yakin tu, sampai jugak akhirnya rumah mek. Kagum aku dengan diri sendiri kahkahkah. Mek la asik telefon tanya taknak balik ke cuti seminggu ni? Macamkan anak dia cikgu, asal cuti je risik tanya balik tak. Haa, ni dah pandai drive jauh ni, ada potensi aku balik selalu nanti.
Mek harap sangat aku balik. Katanya nak ajak pilih mozek untuk pasang kat table top. Padahal adik aku Jani ada je kat rumah mek tu ha. Nakkk jugak aku join sekali. Jauh di lubuk hati, aku tahu mek harap sangat aku balik bawak anak cuti kat kampung, saja je tu alasan nak suruh aku bagi buah fikiran masa pilih mozek. Dan memandangkan aku pun tak bizi mana, projek baru belum start, current project pulak dah nak hand over pun, makanya jomlah anak-anak, kita balik jap.
Aku pun, sejak berniaga online sikit-sikit ni, Alhamdulillah, rasa lapang berbanding dulu. Lapang dari segi kewangan, lapang dari segi masa juga. Sejak berniaga online ni juga, rezeki dari segi masa untuk keluarga juga lebih berbanding dulu. Dulu kalau nak balik kampung, tak boleh petik jari je terus balik. Kena buat bajet juga. Sekarang ni rasa nak balik, jomm terus. Hanya perlu tengok kerja kat ofis bizi ke tak, itu aje.
Pagi Jumaat 29/3/2019, aku gerak balik Puchong. Asalnya nak balik Ahad, nak maksimakan peluang duduk berlama-lama kat kampung. Tapi anak-anak bosan katanya. Yang sulung tu sejak dah remaja ni, dah tak berapa nak bergaul sangat dengan kawan-kawan di kampung, padahal dulu masa 6 tahun, siap nangis taknak balik Puchong. Siap request nak sekolah kat kampung mek. Dah remaja ni asik tanya bila kita nak balik Puchong. Amir boring la umii... eee geram pulak aku rasa.
Kat kampung dekat seminggu, aku lupa bawa ubat batuk dan ubat antibiotik. Ajaibnya tak rasa nak batuk sangat time tu. Kalau batuk teruk, aku dah plan nak gi hospital Machang je.
Elok balik Puchong, sambung kerja, batuk datang lagi, malahan lagi teruk. Akhirnya aku pergi balik klinik yang sama, minta ubat semula. Doktor bagi lagi sekali ubat antibiotik jenis yang sama, cuma ubat batuk tu dia bagi jenis pil yang aku perlu telan 6 biji sekalugus, sekali setiap hari.
Penangan ubat agaknya, eyebag bawah mata jadi tabal, nampak lebam muka aku.
Pasal tu la aku selfie seketul tepek sini hahaha.
Sekadar nak rekodkan eyebag.
** Testimoni pengguna Diamond Gold Skincare **
Adik manis ni pakai set Diamond Gold Skincare secara konsisten, tanpa ponteng langsung selama 5 hari. Kulit jadi lebih licin, segar dan cerah berseri.
Siapa nak cuba DG, boleh wasap anytime tau.
012-931 1015 - kak ila ngko. hehe
Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.