Memang ada je kawan yang tak suka kita berjaya. Tak ramai, tapi ada.
Aku nak cerita pasal kawan ofis aku sorang ni. Dia ni agak pelik sikit. Dia baik dengan aku. Tapi satu yang aku perasan, dia baik ikut mood dia. Kalau dia ada masalah ngan kawan lain, baru la nak baik dengan aku. Aku ni pulak jenis buat hal sendiri. Siapa nak sembang dengan aku, aku layan. Siapa nak tarik muka dengan aku, pun aku tak kisah. Bagi aku, perangai orang takkan jadi kudis pun kat aku. Aku jaga perangai aku je sudahh. Gituuu dia punya pendirian hahaha.
Kawan ofis aku ni memang friend dengan aku kaf fb. Dan dia memang tahu aku jual DG. Cuma dia tak pernah like walaupon sekali. Tu aku tak kisah kerana bukan bilangan like yang menjadikan produk aku laris. Yang jadi laris tu kerana aku rajin iklan.
Satu hari, master stokis aku wasap minta aku cod kat sorang customer di Puchong Perdana. Master stokis aku tu tak cover kawasan Puchong jadi kalau ada customer Puchong, dia akan pass kat aku. Dia print screen nombor wasap tu dan send kat aku. Aku bukak tengok rupanya kawan ofis aku!
hahaha
Aku bagitahu kat master stokis aku yang aku taknak wasap balik customer ni kerana dia adalah kawan satu ofis dengan aku, malahan friend kat fb. Bila dia buat keputusan untuk taknak beli DG dari aku, bermakna dia taknak aku tahu yang dia berminat nak try DG. Atau boleh jadi dia tak suka aku.
Dalam print screen itu juga aku baca, kawan aku ni bagitahu dia risau kalau terbeli DG yang fake. Dan dia nak beli COD, taknak pos. Ohhh jadi dia taknak beli dari aku sebab aku jual DG fake la ye? Tengkorak dia! hahaha.
Aku ambil keputusan takkan tanya dia sehingga dia yang tanya aku dulu. Aku rasa itu yang terbaik, pura-pura yang aku tak tahu dia nak DG haha.
Beberapa hari lepas tu, kawan aku datang kat aku cakap nak beli DG. Akhirnyaaa..
Aku ok je. Esoknya aku bawa 1 set kat dia. Untung tau beli dari kawan yang kita kenal sebenarnya, sebab ada apa masalah boleh terus tanya. Nak tanya 100 soalan pon takpe. hahaha.
Kawan aku ni masa mula-mula dia masuk kerja sini, dia baik je. Jumpa kat pantry pun senyum, ramah. Biasa la orang baru, mesti dia kena baik-baik dengan senior kan. Beberapa bulan lepas tu dah nampak dia macam kerekk sikit. Cakap pun nak tinggi diri je. Jenis taknak kalah. Masa tu ofis aku kat site, berhabuk oi. Ofis dia pulak kat sebelah bilik director. Masa tu belum ada department yang proper lagi. Jadi kitorang duduk pon tak centralize betul-betul.
Aku lunch pukul 12 tengahari. ofismate lain lunch pukul 1tengahari jadi aku ni kira terasing sikit la. Banyak cerita-cerita dalam ofis yang aku tak tahu, hinggakan masa tu muka director anak beranak pun aku tak kenal sangat. Ye la aku duduk kat site office yang 50meter dari main office. Director datang bukan dia pergi visit tempat berhabuk tu pun. Jadi aku takde peluang nak tatap muka bos hahaha. Dan itu punnn jadi isu kat kawan aku ni. Dia kata dia yang baru kerja sini pun director bagi kepercayaan kat dia beli mesin besar-besar. Katanya sebab dia banyak pangalaman. Wahhhh gitu sekali dia up diri sendiri. padahal kalau fikir logik, engkau je yang senang bos cari. Aku ni duduk jauh nun disana. So aku macam faham la kawan aku ni jenis macamana. Jenis taknak kalah. Jenis pendengki pun ye jugak.
Jadi, aku sentiasa elakkan dari promot barang jualan aku kat kawan-kawan. Biar aku iklan kat media sosial hingga kawan-kawan tahu aku jual apa. Kalau dorang tanya pasal produk dari aku, baru aku ceritakan. Kalau tak, memang aku takkan beritahu apa-apa pon kat kawan satu ofis.
Sekian dulu untuk hari ni.
Jom sambung kerja hihi.
** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Setakat kulit kusam tu, senang je hilang jika hari-hari pakai Diamond Gold Skincare. Asalkan pakai tak main-main.
Nak cuba? Meh wasap nombor ni.
012-931 1015 - kak ila
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.