Monday, 1 October 2018

Weekend Di Pekan

Malam Jumaat yang lepas aku balik Pekan, Pahang. Balik takde tujuan sebenarnya. Saja je. Tak plan langsung nak balik. Maklum lah setakat cuti sehari hari Ahad tu macam serba salah kan. Sabtu lepas adalah Sabtu minggu kelima. Aku kerja. Ngah pon kerja.

Namun yang terjadi kejadian balik kampung tu sebab beberapa hari lepas masa bersembang dengan mek sambil tengok tv, mek ada sebut "lamaaa tak tengok makngah".

Makngah adalah adik mak mertua aku. Sejak Maktua (mak kepada mak mertua aku a.k.a nenek Ngah) meninggal, makngah duduk dengan adik bongsu dia kat rumah pusaka. Adik bongsu dia dah kawin dan ada beberapa orang anak. Makngah je belum pernah kawin. Agaknya mek rasa kesian dengan makngah kot, lalu terasa rindu dan tersebut pasal makngah.

Lepas tu aku dan Ngah pon plan untuk cuti sabtu demi balik kampung bawa mek. Sementelah mek sedang ada rumah aku ni, senang nak bawa kesana kesini. Dah balik Kelantan sok, tak tahu bila lagi nak ke Pekan. Mek terkejut bila petang Khamis tu aku minta dia siap-siap, kita nak balik Pekan Jumaat malam. HAHAHA.

Kitorang gerak dari Puchong lepas Isyak. Memang tak masak kat rumah sebab kalau masak karang, pukul berapanya nak bertolak. Petang aku balik kerja tu memang mek dah siap-siap masak nasi seperiuk. Aku simpan je nasi tu sekali dengna periuk dalam peti ais. Balik dari kampung sok kita baru pikir nak goreng ke hape.

Sampai Kampung Peramu, Pekan pukul 3.30pagi Sabtu. Sembang lebih kurang dengan mak, then masuk tidur. Mak kebetulan demam dah beberapa hari. Muka pun pucat je. Tapi hebat ngko langsung dia tak gi klinik. Mak kata dia jaranggg demam. Demam kali ni dia buat malas layan. Dia biarr je. Panas kang, dia basuh kepala. Minum air. Aku dengar pun risau. Takut darah tinggi ke kan. Bahaya oii, boleh collapse tiba-tiba. Mak kata dia dah check darah. Result ok, kemungkinan panas dalam katanya. Adududu macam-macam.

Pagi Sabtu tu ingat nak bawak mek gi pasar pagi kat bandar Pekan. Sebab mek bukan selalu dapat datang, kalau boleh nak bawak la berjalan. Mek memang suka laa hai kalau dapat jalan-jalan tempat shopping. Tapi tak jadi sebab Ngah tidur macamkan 2 hari tak jumpa bantal. Kesian pulak aku tengok. Dah la dia sorang drive. Aku memang tidur dari Gombak sampai Pekan.

So takpe la kita lepak rumah je. Lagipun kat dapur ni kemain banyak abah beli sarapan. Ada nasi dagang, nasi kerabu, kuih mak buat lagi. Tak termakan nasi kerabu sampai terpaksa hantar kerumah makngah supaya tak membazir.

Tengahari aku bawak mek gi rumah makngah. Dekat je pon. Dalam 30meter je jarak dari rumah mak. Makngah pon kurang sihat. Kaki dia bengkak. Dah tiga pat hari katanya kaki bengkak hingga terpaksa tutup warung nasi berlauk sebab takleh berdiri lama.  

Rumah mak ni aku tak tau la pasal apa. Sentiasa panas membahang. Nak tidur pon terpaksa buka lubang angin baru boleh lelap. Kalau tak, memang asyik terjaga kepanasan. Aku rasa salah satu punca adalah sebab bumbung rumah pakai rooftile jenis cement kot. Kalau pakai rooftile yang jenis clay (tanah liat) tu takde la panas sangat. Rooftile ni kalau tak tahu menahu, memang kita akan pilih yang cantik kat mata dan murah. Kalau total sub bagi kontraktor buat dari A sampai Z lagi la, dorang mesti pilih bahan binaan lebih murah. 

Anak-anak mak pernah nak belikan aircond nak pasang kat bilik tapi mak tak bagi. Dia sayang rumah, dia tak bagi tebuk HAHAHA. Nak paku dinding nak gantung frame gambar pon dia tak bagi, inikan pulak nak tebuk berlubang nak pasang aircond. HAHAHADUI.. so bertahan je la panas pun huhu.

Gambar pagi Ahad. Berdua keluar cari roti canai. Padahal kat rumah mak dah masak bihun. Tapi ngengada


 Anak-anak aku tak suka balik kampung bapak dia, katanya takde kawan. Jadi apa je yang dorang jumpa belakang pintu dapur, itu la yang dorang hadap buat hiburan.

Ahad lepas zohor, kitorang gerak balik Puchong. Sampai rumah elok orang azan maghrib. Mula tu ingat nak singgah pasar malam je nak beli nasi bungkus tapi memandangkan terlajak satu hal, pastu nak patah balik macam malasnya lahai, makanya kitorang terus balik je. Sampai rumah baru teringat nasi seperiuk aku simpan dalam peti ais. Lantas aku keluarkan, renjis setengah cawan air, dan masukkan dalam sarang rice cooker. Petik suis macam nak masak nasi.

Kebetulan masa on the way balik Puchong tu kitorang singgah kat kawasan menjaja tepi petronas sebelum masuk highway. Apa nama ntah kawasan situ. Aku beli 2 paket ikan pekasam. Jadi aku goreng terus sepeket malam tadi. Hiris bawang merah dan cili api dan goreng. Kemudian taburkan atas ikan pekasam. Aduhhh habis seperiuk nasi kitorang tibai HAHAHA.. Kuah memang takde, tapi takpe budu tak pernah putus. Joe yang kurang gemar makan budu, hanya tuang kicap je. Takpe asalkan kenyang. Lena tidur kitorang malam tadi HAHA.

Lepas makan nasi, budak ni kunyah pulak kuih pedas yang Maksu (isteri kepada adik bongsu mak) bagi. Ni maksu buat untuk jual. Bulan puasa hari tu demam dia siapkan order beratus botol kuih pedas ni. Dia bagi kat mek sebotol sebagai buah tangan. Katanya sebotol ni lebih yang orang order. Takde apa nak bagi katanya. Rezeki mek. Tapi anak aku tukang perabih. HAHA

OK dah aku stop dulu.

** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Nak atasi masalah tona kulit tak sekata? Nak serlahkan seri wajah? Meh cuba Diamond Gold Skincare.
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.