Thursday, 28 June 2018

Tahun Ni Beraya Di Pekan Pahang

Hari ni dah 14 Syawal 1439 H. Dah 2 minggu kita raya rupanya. Tahun ni kitorang beraya di Pekan, Pahang. Kitorang bertolak balik kampung lepas maghrib Selasa 3 hari sebelum raya.

Selasa tu Ngah dah ambik halfday. Aku je kerja penuh. Tanya jugak, nak aku kerja halfday ke takyah? Dia kata takyah la. Dia balik kerja boleh tidur dulu sekejap supaya tak mengantuk drive balik nanti. Aku balik kerja, mandi siap-siap, punggah beg masuk kereta, terus kitorang gerak untuk berbuka puasa di masjid BK5. Oh ya, aku tak blog pon pasal ni. 

Tahun ni, adalah kali pertamanya sepanjang bulan puasa, kitorang berbuka puasa di masjid. Terasa indah dan mudah betul bulan puasa tahun ni. Mudahnya sebab tak perlu terkejar-kejar balik kerja ambik anak kat daycare, pastu balik kena masak pulak. Memang yang terpaling penat adalah golongan mak-mak berkerja macam aku. Tahun ni adalah sangat relaks. Masak hanya lepas balik masjid je.

Lepas solat magrib dan berbuka, kitorang gerak balik Pekan. Sampai rumah mak pukul 1.30pagi.

Ni gambar pagi raya.


Aku pakai jubah yang tempah sempena kawin Juer tahun lepas. Ngah pulak pakai baju melayu putih yang aku beli tahun pertama kawin.

Amir pulak pakai baju melayu warna pepel hat tahun lepas. Tu pun dia hanya bawa baju je. Dia kemas sendiri kain baju. Kalau aku kemas, memang aku bawak sepasang. 

Tahun ni sepatutnya anak sedondon pakai kurta. Cuma warna tak konfirm nak warna apa. Amir berkeras nak warna merah. Joe pulak nak warna hitam. Sampai Jakel Shah Alam, bergaduh pulak Amir ngan Joe nak warna pilihan masing-masing. Masa dorang gaduh tu, aku sedang eskot mek, ye lah takut hilang pulak main ngan ramai-ramai ni. Kemudian aku ke bahagian kurta kanak-kanak tengok-tengok Ngah sedang marah Amir dan Joe. 

Kurta warna hitam takde. Joe tak puas hati, nakkk jugak warna hitam. Aku saiko dia. Warna hitam ni warna orang sedih sebab ada kematian je Joe. Terus dia tukar warna grey. Tetap dia taknak warna merah. Ngah pulak menangkan Joe, disuruhnya Amir pilih kurta warna grey. Lagi la Amir merajuk. Terus dia cakap taknak baju raya, lalu dia pun duduk bersila kat tepi cashier, main game. Stress sungguh la melayan budak baru nak up ni.

Ngah pun satu hal jugak. Biarkan la Amir pilih baju warna yang dia nak. Joe pon pilih la warna yang dia nak. Ok apa ada 2 warna tema. Pastu Ammar pilih warna sama dengan Amir. Awak pulak ambik warna sama dengan Joe. Kan setel problem? Ini takk, semua taknak beralah. Sudahnya mood kitorang semua kelaut. Hanya Joe dan Ammar je beli kurta. Amir punya takde. Ngah pun tak beli apa-apa. Aku pun sampai kesudah takde beli baju raya. Bayar 2 pasang kurta terus balik.

Pagi raya, aku, Ngah dan Ayahsu solat hari raya di masjid Pekan berhadapan dengan hospital Pekan. Rupanya Dato' Sri Najib pon solat kat situ. Patut la lepas solat aku tunggu Ngah tak keluar-keluar. Rupanya dia nak tengok Najib. 

Balik dari masjid, Aku ternampak ada khemah tepi sungai berdekatan IPD baru Pekan. Rupanya itu adalah untuk majlis sambutan hari raya Dato' Sri Najib. Apalagi, terus kitorang serbu la.
Sebelum tu balik dulu ambik De sekeluarga, dorang nak ikut.

Nampak tak DS Najib dalam gambar ni?
Kurta pulak, kemain longgar getah seluar. Seluar Joe longgar, seluar Ammar pun longgar. TErpaksa pakai dengan jeans.


Comot makan ais krim raya




Panau penuh kat muka. Dulu ada kat tepi hidung je. Sekarang ni kat dagu kemain banyak, kat kening pun ada. Suruh sabun muka guna sabun DG dia kata time ingat dia sabun. Takpe lah, Sekarang ni bagi dia enjoy childhood time, mungkin setahun dua lagi hormon remaja dah makin menebal, tau la dia jaga diri. HAHA





Ini je la gambar malam raya. Ammar bersama AyahDe. Ayah De adelah pakcik yang paling disayangi dan ditunggu-tunggu kepulangannya kerana Ayah De la penyumbang terbesar mercun dan bunga api setiap kali raya. Pakcik-pakcik lain tak sehebat Ayah De. HAHAHA
Ini satu-satunya anak Ayah De. Beg ni aku beli online dari Asmah. Boleh masuk fb Asmah Abdullah. RM35 seketul. Aku beli 2 ketul. Satu untuk Adlina anak Ayah Cik.

Semakin besar semakin hot temper. sebijik macam aku. HAHA

Koya abah mu

Perkenalkan kucing Ngah. Aku sangka jantan rupanya betina. Ngah panggil Sopia Jane. Bela sopia ni belum sampai setahun. Ngah ambik kat Shah Alam. Terpaksa bawak balik kampung takut hilang dia sekor-sekor kat kl.

Habis cerita raya pertama.
Raya kedua, kitorang beraya rumah makcik Zura di Mersing Johor. Zura panggil Ciksu kerana dia adik bongsu ayah Zura.
Dari Pekan ke Mersing agaknya ada la kot dalam 2 jam. Gambar takde sebab handphone dah habis bateri. Tapi makcik Zura ni pon sejenis rajin massak jugak. Kitorang dijamu dengan nasi putih, sup tulang, pecal pucuk ubi kayu, sambal tempe yang campur pedal campur tauhu tu panggil apa ye? sambal goreng ye? pastu nasi himpit kuah kacang ada, kuah lodeh pun ada. Pastu apa lagi ye? oh ya laksa kelantan pun dia buat jugak, cuma laksa tu dia ganti dengan spageti. Ketupat pun dia buat sendiri. Aku hanya makan nasi putih je sebab terliur sangat tengok pucuk ubi kayu. Cicah dengan budu. Pastu aku makan nasi himpit dengan kuah kacang. Pastu sambung makan ketupat pulak. Dah nak bangun dari meja makan, anak dia keluarkan kek lapis buat sendiri minta kitorang try. Ada beberapa flavour tapi yang paling sedap adelah yang ada cheese. Anak Ciksu ni turut jual kek lapis dan menurut cerita Ciksu, tahun ni memang tak menang tangan ramai orang order. Laksa langsung aku tak makan sebab dah terlampau kenyang. Baik betul Ciksu. Peramah pulak tu. Sejenis yang aku rasa boleh 'masuk' kerana aku ni pun kalau orang kurang bersembang, atau bersembang topik yang aku tak tahu, biasanya aku jadi pendiam. Tapi Ciksu ni dia punya ramah tu campur dengan kelakar spontan tau. Cara dia bercerita tentang pengalaman dia pergi London melawat anak menantu dia sambung belajar kat sana, takde bunyi riak. Sesetengah orang kalau bercerita, kita rasa macam dia nak eksyen, Ciksu ni takde hokeh! Memang santai je.

Balik dari Mersing, kitorang singgah beraya kat Rompin rumah Pok Razak, adik abah.
Dalam sejam lepas tu, kitorang balik ke sarang.

Raya ketiga,
Plan adelah untuk ambil gambar studio satu family. Ni aku punya plan sebenarnya. Sehari sebelum raya, aku sembang ngan abah. Aku tanya kat Pekan ni ada tak kedai gambar yang bukak untuk bergambar studio satu family. Abah cakap adaa.. Wahhh jawapan ni memberikan bayangan bahawa abah berminat bergambar satu family. Lalu aku pun cucuk lagi. Jom abah, kita bergambar tahun ni. Kita ambik gambar cantik-cantik kat studio. Abah pon jawab. Nanti abah tanya kedai bukak bila. 

Namun abah tak terus cari kedai gambar bila mak cakap Cik tak jadi balik pagi tadi. Tak best pulak bila salah seorang takde. Kata Kakcik (Mak yg bagitau) dorang nak bertolak malam nanti. Esoknya raya tunggu-tunggu tak sampai jugak. Pastu masuk raya kedua, pon tak balik jugak Cik, dengarnya kereta buat hal. OK takpe lah. Aku tanya abah, cemana abah, jadi ke tak kita nak bergambar studio ni? Abah cakap takde kedai bukak. So aku rasa mungkin tak jadi dah kot.

Tiba-tiba pagi raya ke 3 abah suruh bersiap pukul 3 petang kita gi ambik gambar studio. Aku sangka abah dah gi tanya kat kedai gambar la kot.

Pukul 3petang, kitorang keluar pergi bandar Pekan, malangnya satu kedai gambar pun tak bukak. HAHAHA abah.. abah..

Dah la aku sekeluarga, mak, AyahDe sekeluarga, Ayahsu, Ayahlong yang payah nak diajak bergambar pun, dah ready nak bergambar, tup-tup kedai tutup pulak. Takleh jadi, aku ajak abah ke Kuantan. Sebesar-besar bandar Kuantan, takkan langsung takde yang bukak, kan?

So pergi Kuantan. Cari-cari jumpa la 2 kedai bersebelahan bukak je. Kami randomly masuk dalam salah satu kedai. Gambar belum siap jadi tak dapat tepek sini.

On the way balik Pekan, kitorang singgah makan.





Sekian, babai

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.