Sampai kat kedai tu dalam pukul 8.30malam. Masa tu orang dah ramai cuma meja kat dalam kedai masih ada beberapa biji yang kosong. So kitorang pun duduk kat dalam. Tunggu punya tunggu beberapa minit, nampak macam takde siapa nak ambik order. So Ngah pun panggil salah seorang pelayan untuk minta menu. Pelayan tu bawa menu dan tunggu depan kitorang, tunggu untuk ambil order. Servis agak slow kat kedai ni. Aku cadanngkan tambah staff setiap weekend hihi.
Aku pun belek buku menu. Ngah pun sama. Masing-masing baca menu sebelum pilih. Namun oleh kerana dari rumah Ngah dah pre-decided untuk makan shell out, kami pun ambik set shell our saiz kecil (untuk 2 - 3 pax). Harga RM50. Set ni dah include nasi 2 set. Kitorang tambah nasi kosong lagi 2. Kemudian aku order pulut mangga @ RM5/set. Ngah pulak tambah 1 set tomyan lobster @ RM18/set. Aku agak ralat sikit time order ni kerana pelayan tu macam tak boleh tunggu lama untuk kami baca menu sebelum membuat pilihan. Tapi takpe lah aku bisik dalam hati, mungkin kitorang memang ambik masa lama sangat kott. Dah la lama, tup-tup ini je ke yang kau order? hahaha. Tapi sebagai pelanggan, aku memang suka tengok menu. Walaupun dari rumah dah decide nak makan shell out.
Dah order, kami tunggu. tunggu punya tunggu punya tunggu, hoiii lama juga dorang ambil masa nak serve makanan. bukan aku je perasan servis slow, meja sebelah aku ni pun terjenguk-jenguk ke arah dapur. Agaknya tensyen kot lama sangat. Aku rasa kalau datang sini time kebulur, harus ada yang bangun cari kedai mamak ni. Aku pun lapar jugak, cuma nasib baik pulut mangga tu sampai dulu. So aku alas perut dengan pulut dulu. Lamaaa tu baru makanan kitorang sampai.
Anak-anak aku terutamanya Joe, nasib baik sebelum keluar tadi dah makan roti, kalau tak, jenuh jugak melayan tontrem budak lapar.
Sebaik je shell out masuk dalam mulut, terus aku rasa happy. Nasib baik la sedap hoi. Berbaloi jugak menunggu lama. Aku seumur hidup, ni kali kedua makan shell out. Yang pertama kat Shah Alam. Sedap dah aku rasa. Makan kat King Tomyam ni, lagiiii sedap berbanding yang kat Shah Alam tu. Tomyam lobster pun sedap. Kuah dia aku hirup berkali-kali sebab kena masam manis masin dia kat anak tekak aku. Pedas pun tak keterlaluan.
Gambar? Aku tak ambik gambar pun sebab aku cas handphone kat rumah. Ni pun gambar dari phone Ngah aku cilok.
Tomyam lobster. Dalam mangkuk ni ada seekor lobster dan pat lima kuntum cendawan. |
Harus datang lagi, sebab aku nak try makanan lain pulak. Nak order sotong selup tepung, Ketam masak telur masin, siakap stim limau. hehe.
Sebelum balik tadi aku ada jeling kat meja sebelah. Kemain dorang makan nasi hidang. Nampak sangat menyelerakan. Aku dah teruja ni.
Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.
** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **
Nak cuba atasi kulit kusam?
Cuba lah Diamond Gold Skincare.
Wasap - 012-931 1015 kak ila ngko