Saturday, 31 March 2018

Dinner di King Tomyam BK9 Bandar Kinrara

Malam tadi Ngah bawak makan kat King Tomyam BK9. Ngah kata dia tengok dalam FB King Tomyam punya gambar macam mengiurkan sangat. So jomlah kita try, lagipun dekat je dengan rumah kitorang. Ikutkan aku, nak makan megi je hahaha. Dah lama craving for megi taruk kangkung pecah telur tapi asik la tertangguh-tangguh. Nampaknya kena tangguh lagi.

Sampai kat kedai tu dalam pukul 8.30malam. Masa tu orang dah ramai cuma meja kat dalam kedai masih ada beberapa biji yang kosong. So kitorang pun duduk kat dalam. Tunggu punya tunggu beberapa minit, nampak macam takde siapa nak ambik order. So Ngah pun panggil salah seorang pelayan untuk minta menu. Pelayan tu bawa menu dan tunggu depan kitorang, tunggu untuk ambil order. Servis agak slow kat kedai ni. Aku cadanngkan tambah staff setiap weekend hihi.

Aku pun belek buku menu. Ngah pun sama. Masing-masing baca menu sebelum pilih. Namun oleh kerana dari rumah Ngah dah pre-decided untuk makan shell out, kami pun ambik set shell our saiz kecil (untuk 2 - 3 pax). Harga RM50. Set ni dah include nasi 2 set. Kitorang tambah nasi kosong lagi 2. Kemudian aku order pulut mangga @ RM5/set. Ngah pulak tambah 1 set tomyan lobster @ RM18/set. Aku agak ralat sikit time order ni kerana pelayan tu macam tak boleh tunggu lama untuk kami baca menu sebelum membuat pilihan. Tapi takpe lah aku bisik dalam hati, mungkin kitorang memang ambik masa lama sangat kott. Dah la lama, tup-tup ini je ke yang kau order? hahaha. Tapi sebagai pelanggan, aku memang suka tengok menu. Walaupun dari rumah dah decide nak makan shell out.

Dah order, kami tunggu. tunggu punya tunggu punya tunggu, hoiii lama juga dorang ambil masa nak serve makanan. bukan aku je perasan servis slow, meja sebelah aku ni pun terjenguk-jenguk ke arah dapur. Agaknya tensyen kot lama sangat. Aku rasa kalau datang sini time kebulur, harus ada yang bangun cari kedai mamak ni. Aku pun lapar jugak, cuma nasib baik pulut mangga tu sampai dulu. So aku alas perut dengan pulut dulu. Lamaaa tu baru makanan kitorang sampai.

Anak-anak aku terutamanya Joe, nasib baik sebelum keluar tadi dah makan roti, kalau tak, jenuh jugak melayan tontrem budak lapar.

Sebaik je shell out masuk dalam mulut, terus aku rasa happy. Nasib baik la sedap hoi. Berbaloi jugak menunggu lama. Aku seumur hidup, ni kali kedua makan shell out. Yang pertama kat Shah Alam. Sedap dah aku rasa. Makan kat King Tomyam ni, lagiiii sedap berbanding yang kat Shah Alam tu. Tomyam lobster pun sedap. Kuah dia aku hirup berkali-kali sebab kena masam manis masin dia kat anak tekak aku. Pedas pun tak keterlaluan.

Gambar? Aku tak ambik gambar pun sebab aku cas handphone kat rumah. Ni pun gambar dari phone Ngah aku cilok.




Tomyam lobster. Dalam mangkuk ni ada seekor lobster dan pat lima kuntum cendawan.
Nak datang lagi tak ke King Tomyam lepas ni?
Harus datang lagi, sebab aku nak try makanan lain pulak. Nak order sotong selup tepung, Ketam masak telur masin, siakap stim limau. hehe.
Sebelum balik tadi aku ada jeling kat meja sebelah. Kemain dorang makan nasi hidang. Nampak sangat menyelerakan. Aku dah teruja ni.

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Nak cuba atasi kulit kusam?
Cuba lah Diamond Gold Skincare.
Wasap - 012-931 1015 kak ila ngko

Friday, 30 March 2018

Melawat Pasar Payang

Firstime aku jejak kaki ke dalam Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Walhal dah lama gilerrrrr pendam hasrat nak datang. Sejak aku zaman kanak-kanak lagi. Sejak kumpulan Iklim nyanyi lagu Na Na Teganu Kite tu, aku terus teruja nak melawat pasar Payang. Kemain lama, baru ni je mampu sampai. Sedih kan? hahaha

Bisanya setiap kali travel dari Pekan balik ke Kelantan, memang akan lalu Terengganu pun, cuma Ngah ni jenis tak suka menyinggah-nyinggah. Dia lebih suka shoot terus ke destinasi. 

Hanya kebetulan abah dapat jemputan kenduri kawin anak sahabat lama di Terengganu, dan abah ajak kitorang bawa dia (sebab abah dah tak berapa larat nak drive sendiri jauh-jauh), baru la aku berpeluang menjelajah ke pasar Payang.

Abah ni sporting. Agaknya dia pun kaki berjalan jugak kot. Masa kitorang ke Pengkalan Datu tempohari, masa mak dan abah plan untuk kitorang ke Terengganu, masa tu la aku cakap nak pergi Pasar Payang. Abah nampak macam seronok berjalan. Mungkin dah lama tak berjalan jauh. So nampak teruja dia kali ni.

Nak banding Pasar Payang dengan Pasar Besar Siti Khatijah Kota Bharu, aku rasa Pasar Siti Khatijah lagi happening kot. Sebabnya masa aku sampai Pasar Payang dah pukul 2petang. Tak ramai sangat orang, jika nak banding dengan pasar Kota Bharu. Kedai makanan kuih muih pun yang kau jumpa dalam pasar Payang tu cuma satu je. Tak tau la kalau ada port lain yang aku tak jumpa. 

Apa yang menarik kat Pasar Payang?


Nisang


 Ni je yang menarik perhatian aku.
Orang Tganu panggil Nisang. Orang Kelantan panggil Nise. Tapi yang ini saiz kecil dan boleh makan terus tak macam nisang saiz biasa tu. Yang saiz biasa tu biasanya dimasukkan dalam masakan. Yang kecil cinonet ni boleh terus dimakan. Firstime makan. Nisang ni dibuat dari kelapa dan ada beras pulut sikit. LEbih kurang macam inti kelapa yang dicampur sedikit pulut.

Yang lain-lain dalam pasar ni, kebanyakannya ada dijual di Kota Bharu. Oh ya, keropok keping Tganu pada selera aku, lebih sedap berbanding keropok keping Kelantan. Tapi kat Kelantan pun ada jual keropok keping yang berasal dari Tganu.



Ini nangka yang diberi percuma oleh seorang uncle cina penjual telur itik depan Pasar Pekan. Sedap weyhh. Lama betul aku tak makan nangka kampung. 

Ok la sekian update. Aku nak sambung kerja.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Nak order Diamond Gold Skincare ?
Meh wasap 012-931 1015 - kak ila ngko