Kami keluar rumah dalam pukul 11pagi. Memasing lapar sebab kat rumah aku tak masak, Hanya makan apa yang ada je. Ye lah, kata nak keluar kan, malas aku nak bersilat kat dapor dah sah-sah makan luar hari ni HAHAHA. Isi perut dulu kat foodcourt BK4. Dah kenyang, baru shoot ke Ole-Ole. Lunch dipayung oleh Ngah memandangkan aku janji ngan anak-anak nak bawak makan piza kat tempat yang kitorang belum pernah pergi. Ni pun dek kerana aku terliur tengok rakan fb post gambar piza besar giler. Teringat-ingat hokey.
Sampai Ole-Ole. OMG pitam hokey. Ramai hoi pakat cari pakaian sekolah anak-anak. Bersumbat-sumbat. Padan muka aku sape suruh buat kerja last minute? Tapi takpe. Sebab bijak IQ tinggi melangit, kitorang bahagi tugas. Aku cari baju sekolah menengah Amir. Ngah pulak cari baju sekolah Ammar dan Joe.
Mula-mula cari baju. Try-try baju kat bahagian sample. Tengok saiz dan cari kat rak baju. Ada. So pegang. Cari pulak seluar. Seluar ni susah sikit sebab saiz paling kecik pun masih besar kat badan Amir. Bila aku tanya staff dia, dia kata memang macam ni kak, seluar ikut cutting remaja kata dia. Sudahnya aku letak balik baju sekolah tadi. Takkan nak beli baju kat sini, beli seluar kat tempat lain. Nanti jenama dah tentu lain-lain. Walaupun baju sekolah anak-anak mak hencik hanyalah cap ayam aje, tapi aku punya pesen, kalau beli baju cap pisang, seluar dia pun elok lah beli cap pisang jugak. gituuu. Dah takde, tak jadi lah aku nak beratur bayar. Dah lah barisan orang nak bayar pun kemahinnn panjangnya. Ngah pulak, cari baju, panggil anak dia konon-konon nak ukur, sekali dua beradik tu elokk je main gelongsor kat tingkat atas. Tingkat atas tu ada small playground. Satu kerja pulak nak panggil turun. Dah lah jenis tak lut panggil sekali dua. Kena patbelas kali panggil baru reti turun.
Lepas bincang-bincang, jom lah kita gi usya kedai Bintang seberang jalan nun. Semua pakaian yang dah pilih tadi kami letak balik. Lagipun sebelum-sebelum ni kami memang biasa dah beli kat Bintang. Mana tahu kat Bintang ada seluar sekolah menengah saiz Amir. Lagipun bila pikir logik, tak mungkin la takde saiz badan Amir. Habis tu semua pelajar tingkatan 1 yang saiz badan baya-baya Amir ni beli seluar kat mana? Takkan tempah kottt?
Masuk Bintang, Cari pakaian sekolah Amir dulu. Tanya staff situ nak saiz Amir. Budak tu pun carikan. Sekali ada pon. Stok pon banyakkk lagi. Just nice. Dah la staff situ peramah, baik, cantik pulak tuu.
Pastu cari pulak pakaian sekolah agama Ammar. Ponnn ada saiz. Baju sekolah kebangsaan Ammar abah dia dah beli dah bulan 11 hari tu. Dah setel beli 3 pasang baju sekolah menengah Amir, 3 pasang baju sekolah agama Ammar, baju sekolah Joe pulak 2 pasang sekolah agama dan 2 pasang baju sekolah kebangsaan. Jom blah pi tempat lain pulak.
Kitorang ke kedai Dua Hengget kat Klang pulak. Saja nak tengok-tengok. Sebab setahu aku kedai RM2 hanya ada satu kat bandar Pekan, Pahang je. Cawangan lain aku tak tahu kat mana. Aku ingatkan kat Pekan je ada, rupanya cawangan Klang ni adalah cawangan yang ke lapan puluh berapa ntahh. Banyak rupanya, tapi kenapalah tekde cawangan kat Puchong? huhu. Sadiss
Kononnnnn sangat datang kedai RM2 nak tengok aje. Mula-mula memang lah tengok-tengok jeee. Tengok punya tengok, tengok-tengok terbang jugak RM160 huhu. Beli menatang apa ntah sampai 160 habis. Ni semua salah Ngah la ni. HAHA motif sangat tetiba salahkan Ngah. Eh tapi ada jugak salah dia sikit. Masa dalam kereta, anak request nak pilih satu barang setiap seorang. Boleh, janji satu barang je ye. Dah masuk dalam kedai tu lain pulak ceritanya. Memasing sawan nampak semua benda harga dua hengget. Berbondol-bondol anak-anak aku memborong. Paling tak makan saman yang paling kecik tu. Kecik besor kecik besor je aku tengok, Nasib la kat kedai tu ramai orang. Kalau tak, mahu makan penyekeh aku sedas dua.
Nampak kapas muka RM2.12, ambik. Aku la tu. Nampak beg isi mekap RM2.12, ambik. Aku jugak. Pastu nampak getah ikat rambut RM2.12. Ambik. Akuuu lagi. Nampak bateri AAA RM2.12 ambik. Ini Ngah punya. Nampak pencel box RM2.12.ambik. Ngah jugak. Padahal anak dah ada pencel box pon. Nampak itu ambik nampak ini ambik. Sampaikan nampak arang yang orang guna untuk bakar satey RM2.12 sebungkus pon ambik jugak 2 bungkus oiiii! Bila tanya nak buat apa beli arang, dia kata nak gi picnic bila-bila boleh guna. Masalahnya nak perginya bila?? Adehh. Sudahnya hingga hari ni arang tu berlonggok je kat tepi peti ais.
Itu cerita kitorang. ni nak cerita pasal mek pulak. Dia ni hantu pinggan mangkuk. Lama oi dia berdiri kat barisan pinggan mangkuk tu. Agaknya nak beli ke taknak, nak beli ke taknak. Tak beli karang rugiiii, bukan boleh datang selalu kat sini, agaknya macam tu la dia pikir kot, lalu telah membeli 4 biji pinggan dan sebuah baldi kecik. Pinggan tu aku ok lagi sebab aku paham perangai dia pergi memana memang teruja beli pinggan mangkuk walaupun kat rumah dia duduk sorang je. Yang beli baldi kecik cenonet tu nak buat apa aku tanya. Dia kata saja beli sebab geram, comel sangat. Adehhh.. Apa-apa lah mek. Apa lagi ye kitorang beli sampai 160? Oh ya alat tulis pun ada tapiiii, takkan sampai 160? 80 barang kottt. Ohh jenggg.
Ok dah, Hujan pun dah berhenti. Moh la kita gi makan piza seperti yang aku janjikan pagi tadi. Menurut komen kawan fb aku yang post gambar piza tu, pizza sini sedap berbanding pizzahut. Besar pon besar. Tapi masa nak pergi kedai tu aku lupa nama kedai apa. Nasib baik handphone ada saki baki bateri, boleh jugak aku cari balik gambar fb kawan tu. OK jumpa. Nama kedai ialah Hermanos, kat Seksyen 9 Shah Alam. Akhirnya jumpa dengan bantuan gugel.
Memang, besar giler piza dia weyh.
Jangankan mek, aku pun terkejut tengok pizza dia kemain besar. |
satu slice piza pun lebih besar dari muka aku. |
Kawan fb aku order set double cheese burger so aku pun tiru. haha. Set ni RM18.90 hanya burger dan fries je. Air kena beli asing. Dah kata set patutnya kena ada air sekali kan? Apa-apa je lah |
Aisehh, bila nak repeat ni? |
Chocolate milkshake RM9.60 |
Vanilla milkshake RM9.60 |
Tetiba rasa nak repeat makan pizza dia pulak.
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.