Thursday, 8 June 2017

Lawak Dinihari. Sahur Nak Makan Nasi, Tiba-Tiba Nasi Hilangg!

bukak puasa semalam aku masak ikan siakap stim, solok lada dan sambal sotong kembang yang selalu orang makan dengan nasi lemak tu.
gambar lauk takde, aku tak larat dah nak ambik gambar lauk.
penat giler weh. balik kerja campak handbag, terus bersilat kat dapur.
siap masak baru boleh duduk. kadang tu tak sempat mandi pun.
macam semalam, pon tak sempat mandi.

ngah pulak, bawak balik seekor ayam golek.
pastu ada sikit acar nenas timun lebihan sahur hari sebelumnya.

kuih takde, hanya murtabak je 2 keping ngah beli.

biasanya aku masak nasi 400gram.
huyoooo... kak ila kau timbang ke beras tiap-tiap kali nak masak nasi?
hahaha jangan gila ye.

bekas beras tuperware tu kan setiap kali tarik, beras yang keluar adelah 100gram.
jadi aku tarik 4 kali, maksudnya 400gram la.

bukan nak cakap pasal beras mahupun tuperware sebenarnya.

yang aku nak cerita pasal nasi.
aku tanak nasi biasanya memang untuk bawak ke sahur terus.
kiranya sahur tu aku panaskan je nasi balance waktu berbuka.
memang sentiasa cukup, malah ada lebih biasanya.

tapiiiii..
nasi tak cukup sahur tadi.
puncanya gini.
sebelum aku tidur, aku memang check kuantiti nasi, kalau rasa tak cukup, aku akan masak nasi sebelum masuk tidur.
malam tadi pun aku check juga, memang aku yakin nasi lebih dari cukup untuk kami anak beranak, memandangkan mek tak sahur dengan kami kerana dia tidur di rumah jani.

aku pun masuk tidur.
anak-anak pun aku hambat tidur.
masuklah dorang ke bilik.
tapi rupa-rupanya budak-budak tu tak tidur.
sebaliknya keluar balik, masuk dapur makan nasi tengah-tengah malam weyh.

pagi ni ngah bangun nak panaskan lauk.
bukak periuk tengok-tengok ikan siakap stim tinggal seketul bahagian kepala.
nasi pulak tinggal seketul sebesar penumbuk.

pastu masuk bilik kejut aku.
kita nak makan apa ni? tanya dia.
heran aku.
makan nasi lah, makan apa lagi?
nasi takde katanya.
aku pun jenguk dalam periuk.
eh ehh, malam tadi nasi banyak.
"saya dah check sebelum tidur. memang cukup."

lalu aku pun syak, ni mesti kerja budak 3 beradik tu.
takpe lah aku cakap.
saya makan megi je la kot.
lalu aku pun ambik periuk, isi air dan tenggek atas dapur.
bukak api.

megi pun dah habis, kata ngah.
aik? kan baru beli minggu lepas.
paket besar lagi.
hari tu ada 2 paket lagi kan?
budak-budak ni dah bedalll, kata ngah.
*nangesss*

aku masuk bilik budak2 tu, kejutkan dorang sahur.
amir ngan joe pun bangun, cuci muka dan lepak depan tv sementara tunggu ngah hidang makanan.

aku pon menyoal.
semalam siapa makan nasi tengah-tengah malam?
"Joe" jawab amir.
"takkan Joe makan sampai banyak macam tu?"
"Amir pun makan jugak, habiskan nasi dan lauk yang Joe makan.."
"Adudu.. sekarang ni kita sahur nak makan apa?

"umi tak marah korang nak makan, tapi korang makan waktu umi dah tidur. kalau umi tahu nasi tinggal sikit, mesti umi masak nasi baru sebelum tidur. sekarang ni kita sahur nak makan apa?"

semua pun diammm je.

akhirnya nasi sebesar penumbuk tu terpaksa dikongsi 3 orang. ngah, aku dan amir.
joe taknak makan nasi. dia memang begitu.
tak lalu katanya. dia hanya makan sebiji kurma dan segelas susu je.
pastu masuk tidur balik.

 nasib baik ada roti. boleh cicah-cicah dengan sambal sotong.


Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare


"Saya nok repeat sokmo pahni, nok setio ngan DG je"





mestilah setia dikk, sebab dah nampak hasilnya, memang kebaboom!

siapa yang baru nak try DG, ataupun nak repeat order DG, meh WA  aku ye

012-931 1015 - kak ila ngko
cod area : 
Puchong (area mana tu, kita bincang k?)
Bandar Kinrara
Western Digital PJ, Kampung Lindungan PJ (my agent)

Pengguna setia Diamond Gold Skincare, yang dah pakai dan berpuas hati dengan hasilnya, yang selalu ditanya-tanya pakai apa muka lawa, pakai apa muka cantik. yang rasa nak promot DG kat adik badik, sedara mara mahupun kawan-kawan. nak jadi agen DG, boleh WA aku ye. 

Modal jadi agen DG RM500 je.

huhu


sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku