Tuesday, 4 April 2017

Mandi Sungai Lagi Sambil Ber BBQ di Laman Nur Bistari, Ulu Yam

Ni cerita Ahad lepas.
acara mandi sungai di Nur Laman Bistari, Ulu Yam.

Ngah punya plan.
dia jadi organizer untuk kawan-kawan ofis dia yang nak join.

tempat yang sama kami bermalam dalam khemah hujung tahun lepas.
aku syak dorang ni tertarik bila nampak kami post gambar pacak khemah tepi sungai kot.
lalu teringin nak datang juga.

tapi memang best pun sini.

kau nak pergi mandi manda balik hari boleh. tak jauh mana shah alam / puchong ke ulu yam tu.
kau nak bawak khemah bermalam tepi sungai boleh.
kau nak sewa chalet tepi sungai taknak tidur dalam khemah pun boleh.

nak bawak satu bas anak beranak nak buat aktiviti BBQ tepi sungai tu pun boleh. kat situ ada disediakan bangsal siap ada dapur siap ada sinki untuk kemudahan korang. bangsal tu besar, boleh baring, boleh solat, malahan boleh gantung buaian baby jika kau bawak anak kecik.

nak buat acara kenduri kawin pon, dorang sediakan dewan besar kat situ.
nak tau details, boleh check fb dorang. Nur Laman Bistari kalau tak silap aku.

anak-anak aku suka lah datang tempat-tempat camni.

malam sebelum nak mandi sungai tu, Ammar demam.
risau jugak aku.
takut makin melarat je.
dah nanti cemana nak main air.

esoknya, Ammar masih demam, cuma tak kuat sangat.
boleh la mandi sungai, cumanya nampak tak berapa nak excited sangat.
tak sampai 2 jam main air, dah mintak tukar baju.
dah tukar baju, bungkuskan dia dengan tuala, suruh dia baring.
lepas sejam, agaknya dia rasa macam rugi ni datang bukan selalu tiba2 nak baring je kan, lalu mintak nak tukar baju semula. nak mandi sungai kata dia.
sabor je la.
nasib baik esoknya pergi sekolah takde demam langsung dah.

layan gambar pulak lah.


Ini Usop. dia la yang mula-mula sekali sampai. terpaksa dia tunggu kami 10 minit  sebab register tu semua Ngah yang kena uruskan. lepas dah setel register, bayar semua, terus Usop hidupkan api. padahal lauk pauk BBQ nya kawan sorang lain bawak. orang tu pulak setengah jam kemudian baru muncul. hahaha


meja ni disediakan oleh pihak chalet. setiap bangsal ada satu meja macam ni dan beberapa biji kerusi. 6 biji kalau tak silap aku.


acara BBQ pun bermula. Lokcing pon ada

wall kat tengah-tengah bangsal tu sebagai pembahagi. belah sana disewa oleh pak arab mana ntah. dorang pon buat BBQ jugak. cuma asap belah kami lebih kuat. belah pak arab tu langsung tak keluar asap.

Nasi goreng aku masak. ikan selayang rebus pastu goreng pastu tumbuk dgn bawang putih bawang merah ngan cili api ngan kunyit hidup + kangkung.

Ngah suruh aku masak nasi goreng untuk 40 orang makan.
aku tanya dia balik, orang lain tak bawak makanan ke? bukan stail potluck ke?
40 orang tu orang dewasa ke semuanya?

Ngah kata, dorang mungkin tak bawak makanan, sebab dorang dah tong-tong duit RM20 setiap keluarga. pastu pulak mungkin ada sorang akan bawak bihun.
MUNGKIN??
maksud nya mungkin bawak mungkin tak bawak la kan?
aku cuak kalau macam ni. kang tak cukup kang naya je.

dah tu aku pun malamnya tu masak nasi 1kg beras.
(bekas beras aku tu Tuperware brand punya. sukatan beras dia, setiap kali tarik, 100g beras keluar.
aku pun tarik 10 kali. jadik 1kg)

pagi tu belum subuh dah bangun goreng nasi.
sampai-sampai tepi sungai, ada yang bawak nasi lemak (Usop beli banyak jugak la).
ada yang bawak makaroni goreng.
dan banyakkkkk giler lauk BBQ.
sudahnya nasi goreng aku yang aku masak kemain sedap, tak habis derr.
1kg beras tuuuu.
2 bekas nasi goreng aku, sebekas tu separuh je makan, sebekas lagi langsunggg tak berusik.
sakit hati tengok nasi goreng.
sampai hari ni ada lagi lam peti ais rumah aku.
aku sindir Ngah.
malam ni, esok, lusa, tulat dan tulin, kita perangat je nasi goreng ni.
makan sampai muntoh.
HAHAHA...
mampu ketawa je dia.

ubi keledek isi warna oren. aku beli kat pasar tani hari khamis. sekilo RM4.50. aku pilih-pilih yang comel-comel bulat-bulat tak besar tak kecik. timbang tengok kena RM10.50. mintak kurang 50sen dapat RM10 hengget. disebabkan 


Ubi keledek ni aku beli kat pasar tani hari khamis berdekatan rumah.
harga sekilo RM4.50.
seplastik tu RM10.50 semuanya. mintak kurang dapat lah RM10 hengget.

disebabkan lauk adelah banyak, ditambah pula ada beberapa orang tarik diri tak jadi datang walaupun dah bayar RM20, dan ada juga yang datang solo tak bawak anak bini, makanya ayam, gading, kambing dan ikan keli lebih dari cukup untuk kami hari tu.
maka ubi keledek aku dipandang sepi.
aku dah cakap kat ngan suruh tenggek kan aje ubi tu kat tepi-tepi bawa api, dia kata takyah dulu la.
sebab nak bagi ruang lebih kat lauk katanya.
padahal aku nak makan ni.

pastu dekat nak balik dah, usop bakar 2 ketul ubi.
satu Joe makan.
satu lagi Usop makan.
aku sempat tumpang ubi Joe je.
pastu aku naik salin baju.
turun tu, dorang ni dah kemas barang nak balik dah.
aku baru nak bakar ubi.
sekali ubi hilang!
HAHAHA
manis giler weh ubi tu. mungkin ubi baru kot.
takpelah, kita tunggu khamis depan.
aku nak beli, nak rebus sikit, nak buat pengat sikit.

Lokcing RM15 sepeket. beli 4 peket, dapat harga diskaun RM13 sepeket



makaroni ni bukan aku masak. ni isteri kepada kawan ngah bawak. dua bekas, semua habis. kalau dia tak bawak makaroni, aku rasa nasi goreng aku mesti habis hahaha. statement taknak kalah







aku tengah ambik gambar candid. sekali Usop perasan, lalu dia bagi peace. kamain sporting kan. nahh. memandangkan korang sporting habis, aku tepek gambar kat blog lah.  jangan marah naaaa






ni anak nombor 2 Usop. kawan-kawan Ngah, kebanyakkannya anak kecik-kecik lagi. hanya Ngah ngan Usop je boleh dikatakan anak dah besar sikit. kira senang la nak bawak masuk hutan. yang lain tu, ramai yang ada anak kecik. belum pandai berjalan lagi. jadi anak-anak aku suka la berkawan ngan anak-anak Usop. sebaya katakan


demam demam pon asal main air tak pernah tolak




gambar tuan tanah mesti kena ada dalam ini cerita. 



dah nak balik dah.


budak ni berat hati nak balik. dia la orang terakhir keluar dari sungai

anak sulong hairey dan anak sulong usop




ubi keledek tu manissss sgt



Ngah cakap Usop ajak berkhemah semalaman kat tepi laut pulak pasni.
nak tangkap ketam katanya.
aku okey je. suka je aktiviti yang lasak-lasak ni.
anak-anak iolss pon semua lelaki, dah besar pun.

cakap je bila..


Sekian,

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku