Thursday, 23 March 2017

Gigi Kekal Tajuddin Dah Mula Tumbuh

Jumaat lepas.
aku tengah mandi.
tengah syok menyabun, tiba-tiba joe panggil.

'umii... umiiii..!  joe ada berita gembira nak bagitau ni! bukak la pintu jap..!'

selagi aku tak bukak, selagi tu dia duk ketuk-ketuk pintu bilik mandi.
aku pun bukak.

rupanya dia nak tunjuk kat aku sebatang gigi susu belah bawah dah berjaya tercabut.
macam-macam budak itam ni.

aku sambung mandi.

pastu dalam bilik pulak.
aku baru nak update ig, tetiba dia datang lagi bawak gigi dia.
aku sangkakan dia dah buang.
rupanya belum. dia simpan dalam laci meja blajar dia.

aku tanya buat apa nak simpan, itu kan gigi. dah tercabut, buang aje lah.
dia kata sayang.
HAHAHA

aku kata meh umi ambik gambar. buat kenangan.
pastu buang, jangan simpan.

kekadang aku rasa joe ni perangai banyak jugak ikut perangai aku masa kecik.
aku dulu pon kemain sayang nak buang gigi sendiri.
pastu kalau potong rambut, masa kecik memang kak yah la tukang potong rambut.
sanggup kutip rambut aku, simpan dalam plastik.

mek aku tanya nak simpan buat apa.
yang aku pasti, aku rasa sayang nak buang sesuatu yang dari badan aku sendiri.
last-last mek aku suruh aku timbus rambut kat pokok pisang.
dia kata nanti rambut tumbuh lebat.
aku pun tak tau betul ke tak tanam rambut kat pokok pisang, boleh lebatkan rambut.
takde kaitan kot.
tapi aku ikut je la cakap mek.
dia kata kepala pun sejuk je.

lama-lama bila dah besar, aku faham.
kalau tak tanam rambut, kalau buang je kat longgokan sampah, mungkin rambut tu terbang merata-rata.
dan kalau rambut tu dibuang sekali dengan sampah, kebarangkalian untuk rambut tu dibakar adelah tinggi.
jadi, bila bakar, kan ke panas.
kalau tanam, masuk dalam tanah, seakan lebih sejuk gituu.

so, ini dia gigi pertama Tajuddin yang tercabut itu.








dah lama sebenarnya gigi bawah tu bergoyang.
gigi kekal pon dah nampak dah dua batang.
tapi gigi susu belum tercabut.
aku risau jugak.
karang gigi berlapis lapis.
kalau berlapis yang cantik tu takpe.
kang dibuatnya berlapis-lapis yang jenis buruk tu kang menyesal tak sudah.

hajatnya nak bawak ke klinik cuti sekolah ni.
dah tetiba tercabut sendiri tu kira okay la.

dulu masa kecik, aku rongak belah atas.
aku pun tak ingat gigi aku sendiri,
masa dah mampu ingat tu, memang dah rongak ngko!

menurut kak yah (masa aku kecik, aku boleh dikatakan dibesarkan dan rapat dengan kak yah), aku ni menyusu botol.
difahamkan, selepas habis pantang beranakkan aku, mek ikut arwah ayah aku ke satu kampung di Kuala Krai untuk menoreh getah.
ayah aku ada tanah kat situ. dan ayah aku pun masa tu kerja dengan tokey cina di situ.
so, aku pun diberikan susu botol.
masa tu juga, kalau tak silap aku, susu formula diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan, melalui hospital dan klinik-klinik kerajaan.
sekarang ni je kena beli. huhu.

okey. berbalik kepada cerita gigi tadi, mungkin sebab selalu sangat hisap susu botol, gigi aku rongak.
bukan aje rongak, semua tunggul-tunggul gigi belah atas, hitam kesemuanya.
hahaha.

pastu bila masuk sekolah rendah, aku jadi pemalu, semua tu dek kerana tiada gigi.

ketika gigi kekal nak tumbuh, tunggul-tunggul tu tadi reput, patah dan tercabut sendiri satu per satu.

gigi kekal yang dua batang kat belah atas tu, kita panggil gigi kapak kan?
gigi aku tumbuh sedikit senget.
puncanya, aku selalu usap-usap gigi yang sedang tumbuh tu dengan lidah.
lama-lama, gigi tu tumbuh serong.
sebab tu gigi aku jarang.
tak suka hokey.
kalau nak tahu gigi aku jarang macamana, kau peratikan gigi penyanyi Shila Amzah tu.
gitu la gigi aku!
jadi, aku agak risau jugak jika gigi joe pun jadi berlapis, atau jarang yang tak cantik tu.


gambar bawah ni pulak kejadian malam tadi.
gigi susu kedua yg tercabut.
tengah aku ralit layan tv, joe datang tunjuk gigi dia.






hahaha

entry takde modal ni nama dia.
pasal gigi anak pun nak masuk blog huhu
ehh, lantak situ.


sekian bebelan.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.