Minggu lepas bermula Jumaat 8/12/2017 hingga Sabtu 16/12/2017 aku ambik cuti seminggu balik kampung. Seronok oi duduk berlama-lama kat rumah mek. Rasa nak buat acara tahunan je. Anak beranak lepak seminggu setiap kali cuti sekolah hujung tahun.
Dua hari sebelum aku nak balik Kelantan, mak, abah dan makngah ada kat rumah Cik di Sungai Buloh. Anak sulung Cik operate tonsil pada 6hb nya tu.
So malam sebelum balik kampung, kami anak beranak ke sungai buloh lawat dorang. Sampai sana, tuan rumah takde pulak. Cik keluar buat Uber (eh, ke Grab ye? asik kelupaan je padahal dah banyak kali kot kakcik sembang hahaha). Kakcik si biras aku pulak tidur hospital sungai buloh teman anak sulung dia operate. yang ada kat rumah hanyalah si comel Adlina dengan sepupu dia, selain dari mak abah. Oh ya, De (adik Ngah) pon ikut kami sekali ke sungai buloh. Dia ni tinggal dekat je dengan rumah kitorang. jarak rumah dia dengan rumah aku dalam 100 meter je kot.
niat ke sungai buloh selain menziarah, adelah jugak untuk bawak mak abah dan makngah keluar makan. Iye la kan. Datang KL setahun sekali pon payah. So alang-alang dah ada sini moh ler kita angkut bawak makan tempat best sikit.
Sampai rumah Cik, Ayahsu (adik bongsu Ngah) pon ada.
Memandangkan Cik takde, so kereta satu je nak angkut semua. Hahahaha boleh laaa, sebab abah taknak ikut. katanya tak berapa larat nak berjalan. So tinggal la dia sorang kat rumah. Mana yang ikut, terhimpit-himpitlah bontot memasing. Dah la saiz XL semuanya hahaha.
Ngah bawak kami makan kat restoran steamboat buffet. Nama restoran tu BBQ & Steamboat Cafe D Manggis. Dewasa RM30/head kalau tak silap aku. Aduiii kenapa la aku lupa nak snap gambar harga yang tertera kat kaunter.
Ni je la pon gambar yang ada. Nasib baik Ngah snap. Boleh jugak tepek sini.
|
Konon-konon hebat makan guna shopstick. Padahalllll... |
Lepas makan, balik. Pastu singgah kedai mana ntah, bungkus nasi goreng untuk abah.
Nampak tak makngah duduk sebelah mak mertua aku tu? Yang pakai tudung biru tu. Makngah ni adik mak mertuaku. Ni kali pertama dia sampai KL. Sebelum ni memang tinggal kat Pekan je. Paling jauh dia berjalan pon Kuantan je. Sebelum ni takleh berjalan jauh sebab kena uruskan kakak dia yang cacat, dan mak dia (nenek Ngah). tapi Makde (yang cacat tu) dah meninggal awal tahun ni dan nenek Ngah pon baru je meninggal, so dapat la mak bawak makngah kemana-mana. Makngah pun masih belum berkahwin. Mak cerita, dulu ada orang nak pinang makngah, tapi arwah nenek tolak sebab takde sapa nak jaga dia dan Makde. Iye lah, dulu abah belum pencen, dorang tinggal di Kota Bharu. Maknjang pulak ikut suami tinggal di Raub. Memang besar pengorbanan makngah.
Kitorang ajak makngah tidur rumah, dia tolak. Pastu mak cakap pergilah kalau nak tidur rumah Ngah, bila lagi nak kenal. Terus dia setuju. Aku ajak balik Kelantan laju je dia cakap taknak hahaha.
Dan pagi esoknya yang tak berapa nak pagi sangat, pukul 11 macam tu kami keluar lunch terus. Kemudian pergi hantar makngah ke Sungai Buloh semula. Lepas Zohor, baru kami gerak balik Kelantan.
Tiba-tiba macam eh ehh kenapa lain macam je jalan ni? Tengok signboard macam nak naik Genting je ni. Rupanya memang betul. Ngah bawak anak bini dia pergi window shoping kat Genting.
Sekadar singgah tengok-tengok tempat je la, memang takde beli apa-apa pon. Aku ni sejak dah kertu barangkali, nak shoping pon kena ada mood. Kalau mood shoping belum sampai, sekadar masuk tengok-tengok je la pon. Nak beli tak tau nak beli apa. Almaklum la tak plan. Kalau mood dia datang tu lain cerita. Sekarang ni mood aku nak balik kampung je cepat-cepat. Nak pergi bandar Machang. Nak beli makanan. hahaha.
|
Anak aku si Tajuddin ni dah badmood. mungkin dia penat kot. Tapi sebaik saja jumpa playground, terus jadi happy. So lepak sini setengah jam |
|
Muka tuan tanah wajib la ada. |
|
Tangan cover perut moncitt. |
|
Cuti sekolah ni korang bela la rambut tu panjang-panjang dulu. Nak masuk sekolah nanti baru kita potong. Jimat sikit kahkahkah |
|
Ni time mood tak-tentuang, masa ni belum nampak lagi playground kat bawah. |
Dah puas pusing-pusing sini, pukul 5petang, kami gerak balik Kelantan. Sampai rumah mek pukul 1.30pagi. Masa kitorang sampai, rumah mek gelap dan berkunci. Ni mesti mek tidur rumah kakyah ni. Jadi kami pun lajak ke rumah kakyah. masa lalu bawah pokok durian sebelum sampai rumah kakyah, terperanjat betul aku bila nampak 4 ekor babi gemuk-gemuk warna cerah sedang cari makan kat tepi reban ayam mek. Terkejut dengan lampu kereta agaknya, semua pakat menyusup masuk ke dalam belukar belakang rumah Cik Kiah. Kalau la Babi ni halal, hoiii boleh buat kenduri panggil satu kampung ni hahaha. gemok hoi babi 4 ekor tu.
Esoknya, pagi-pagi lagi kawan-kawan Amir dah datang tunggu kat kerusi batu laman mek. Dorang ni dah lama tunggu anak-anak aku balik. Anak-anak aku pun kemain seronok la dapat balik kampung mek.
Dalam ramai-ramai kawan dorang, ada la 2 orang nak bersunat secara beramai-ramai (anjuran DUN Temangan). Sorang nama Kimi, kawan baik Joe. Seorang lagi nama Fizi, ponn kawan baik Joe. dorang ajak Joe sunat sama. aku tak tau la cemana dorang saiko, alih-alih malam tu Joe pujuk aku suruh bawak dia bersunat sekali dengan kawan-kawan dia. Aku cakap tak payah dulu la, sebab tak plan pun nak sunatkan Joe. Tapi anak aku yang sorang ni degil. Dia kata dia nak sunat, dia nak sunat. Bila aku pikir-pikir balik, eh biar je lah dia sunat. Lagipun kebetulan aku ambik cuti seminggu. Macam sesuai je nak jaga Joe. Kat kampung pulak tu, lagi senang nak cari ikan haruan.
Masa Joe bincang dengan aku nak sunat, kebetulan Ngah takde. Dia ada re-union dengan kawan-kawan sekolah dia kat Kota Bharu. Dia balik pukul 2pagi, kami dah tidur. Jadi keesokan paginya baru aku bagitahu Ngah yang anak dia nak sunat. Ngah lagi la tak setuju. Terkejut dia. Tapi bila aku cakap biarlah, takpe saya jaga dia kebetulan saya cuti seminggu ni. Oh ya, petang sebelum tu kakyah aku bagitahu ada budak tarik diri taknak sunat. Jadi ada satu kekosongan. Bila aku pikir balik, macam kejadian tu Tuhan dah plan cantikkk je. Aku ambik cuti seminggu nak lepak-lepak kampung (Ngah cuti hingga Selasa je, Rabu dia dah masuk kerja), pastu Joe terbuka hati nak bersunat (padahal dia sendiri yang tetapkan nak sunat waktu darjah 4 sama dengan umur Amir sunat). Dan pulak, ada satu kekosongan (sebab budak tarik diri). Tidak ke namanya tu kebetulan yang Tuhan dah rancang baikkkk punya?
Lepas dah bincang dengan Ngah, dia pun setuju. Masing-masing mandi dan siap-siap ke lokasi persunatan.
|
Daftar dulu. |
|
Lepas daftar, dorang bagi nombor giliran. Siapa datang dulu, dia kena sunat dulu. Tajuddin dapat giliran ke 39. |
|
Budak ni tunggu lagi 2 tahun kot. |
|
Bergambar dengan Kimi. Budak ni berjasa besar men-saiko anak aku hingga terus teruja nak sunat. haha. Kat tepi Kimi yang baju biru tu abah Kimi, Abe Isa. Abe Isa ni sepupu aku. Pandai masak ni hoi. Kalau nak makan mee celup dia, silakan pergi ke kedai makan (dia hanya tukang masak je) simpang empat Kampung Pangkal Chuit. Dari simpang 4 tu, belok ke arah Temangan. Kedai makan tu tak sampai 100meter dari jarak simpang 4 tu tadi. |
|
Takde tempat terbakar pun. Bomba ni datang sebagai satu hiburan kepada kanak-kanak yang nak disunatkan. Bomba akan mandikan dorang. |
|
Ni sebelum dimandikan. Kanak-kanak dan penjaga masing-masing berarak menuju ke dewan. |
|
Ni kerja Ammar. Dia la punca handphone aku habis bateri |
|
Tajuddin dan abah |
|
ADUN Temangan YB Dato' Dr Hj. Mohamed Fadzli Hassan.
Nak ajak bergambar tak berani, so kita ambik gambar dari kejauhan je lah sudeyy. |
|
Disebabkan tak plan bersunat, datang pun tak terjangka kena mandikan. Dah la Tajuddin tak bawak baju spare. Lepas mandi, tercari-cari dalam kereta kot-kot ada baju sesat. Nasib baik ada sweater. Betul-betul nasib baik ada jugak sehelai kain pelekat Ngah dalam tu. Tuhan punya plan, memang takde sape mampu pertikaikan. |
|
Lepas mandi, kanak-kanak dan penjaga dibawa masuk ke dewan. Kanak-kanak disusun mengikut nombor giliran. Kemudian setiap orang disuap pulut kuning oleh ADUN Temangan. Dayang bertudung pepel tu sepupu aku Kak Ani namanya. |
Joe selesai sunat pukul 11.30pagi hari Ahad 10/12/2017
Oh ya, cucu kakyah pon bersunat juga. Adam namanya. Nombor giliran dia 96. Tahun ni seramai 196 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam program ni. Dan ini adalah tahun ke empat pihak DUN Temangan buat program ni dan sambutan adalah sangat menggalakkan.
Aku nak cerita kebaikan dan keburukan bersunat secara beramai-ramai ni.
Kebaikan dia, dalam kes aku ni, kosnya PERCUMA! Takyah keluar satu sen pun. Memang kena bayar khidmat doktor sermai 8 orang ni, tetapi kos itu dibayar oleh pihak ADUN. Dah la sunat takyah bayar, dapat pulak setiap orang sebuah beg sekolah. Mesti lah suka kan? Amir dulu sunat kat klinik swasta kosnya RM200.
Keburukan?
Adaaaa.
Yang paling ketara adalah, psikologi kanak-kanak.
Dia macam ni.
Doktor ada 8 orang. kesemua doktor ni berada dalam satu bilik (bukan bilik berasingan ye) dan hanya langsir yang memisahkan pandangan satu sama lain. Tapi langsir ni bukan tutup habis, kiranya aku masih boleh nampak kau sikit-sikit. Kadang terselak, kadang tu penjaga yang masuk teman anak, dorang selak nak tengok. so kanak-kanak lain pon nampak. Gituu.
Peserta nombor 1 hingga 8 masuk sekali gus. masuk-masuk je perlu baring kat atas katil untuk di sunatkan. Sementara tu, peserta nombor 9 hingga 16 jugak akan dipanggil duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan bilik sunat. katakan peserta nombor 2 siap dulu, peserta nombor 9 dipangil masuk. peserta nombor 10 juga dikehendaki masuk konon standby. Standby?? Sambil standby, sambil nampak kejadian sunat mensunat. yang tadi elok steady tiba-tiba jadi cuak dan takut. Bila nampak peserta menangis waktu sunat, dan-dan tu yang sedang menunggu giliran ni ikut menangis. Pastu yang lain pun mula tekanan. dan berjangkit pakat nangis ketakutan.
Joe pun sama, masa menunggu tu tiba-tiba menangis cakap kat abah dia tak jadi sunat. Jenuh pulak abah dia pujuk siap offer nak hadiahkan handphone jika teruskan sunat. Nasib baik Joe makan pujuk. Masuk la jugak takut-takut pun. Terbang jugak RM200 belikan dia handphone murah. Jadikk la buat main games hilang boring.
Cucu kakyah; Adam terus taknak sunat hokeh. Agaknya seram sangat kot nampak doktor duk kelebet-kelebet pastu nampak ada budak menangis meraung. Kesian. Tak disunat karang, macam rugi pulak dari KL mama dia hantar balik kampung nak sunat. Takkan balik macam tu je kot. Akhirnya Abe D cakap takpe la kita tunggu giliran terakhir. Lagu mana pon Adam perlu sunat hari ni.
Aku tak pasti pukul berapa Abe D balik rumah, yang pasti azan Zohor tu dia belum ada kat rumah.
Kitorang balik hantar Joe kat rumah. Kemudian keluar balik pergi pasar beli ikan haruan dan belut. Ikan haruan RM18/kg. aku mintak yang besar-besar. Dapatlah 3 ekor besar dan seekor yang kecik. Belut pulak aku beli 1kg. RM25/kg. Ponn mintak yang gemuk-gemuk.
|
Ikan haruan bakar tawar |
|
Ikan Haruan bakar tawar dan belut singgang |
Menu berpantang day 1, aku masak sup belut dan ikan haruan bakar tawar. Tak sangka Joe suka makan belut dan ikan haruan.
Day 2, aku masak tomyam sayur dan ikan haruan bakar tawar lagi sekali. Tomyam ni aku hanya ceduk bagi kuah je. Sabit taknak nasi kering sangat.
Day 3, aku masak singgang belut dan ikan haruan bakar tawar. Banyak Joe makan sebab dia memang suka masak singgang. Dari semalamnya tu dia tanya kenapa tak masak sup belut lagi. Aku cakap aku lupa nak keluarkan belut dari peti ais. So belut beku, nanti lambat pulak dia dapat makan.
Dari day 1 sunat hingga day 4, aku tak mandikan Joe kerana takut terkena air lalu bernanah ke hapa. Aku hanya lapkan seluruh badan dia menggunakan tuala basah setiap pagi dan malam.
Rumah mek aku ni, kalau kami anak beranak balik, memang budak-budak suka berkumpul dan main kat depan laman rumah. Oleh kerana dah rasa makin sihat dan tak sakit dah barangkali, Day 4 Jo dah menggeletis mintak nak keluar rumah nak tengok kawan-kawan main zore-point. So duduk la di tercogok atas kerusi batu, tengok kawan-kawan dia main. Tapi biasalah budak-budak. mana best duduk je kan. Alih-alih dah merayap sampai rumah kakak aku. Sabor je lah.
|
Bertatih slow-slow |
Hari Isnin, memang rugi kalau tak pergi pasar sena.
So pepagi aku, Ngah dan mek dah ada di bandar Machang. Mek ni pun satu. Hari ni lah dia sibuk nak gi hospital ambik ubat. Dah la hari ni ramai orang. So lepas hantar dia ke hospital, kami ke pasar sena. Antara yang aku beli adalah ubi badak. Lama sangat dah tak makan.