bermula isnin semalam 10/10/2016 hingga khamis ni 13/10/2016
amir pon ambik ujian UPKK.
budak darjah 5 sekolah agama memang ada ujian ini
malam tadi
ngah dapat call dari De kata abah jatuh motor.
ngah kata jatuh sendiri, bukan kes kena langgar ke hapa
so aku ingatkan tak teruk mana. biasa kalau jatuh motor sensorang kan paling kuat pun calar je.
pagi ni baru tahu cerita
kak cik (biras aku) wasap bagitau abah kena hempap pokok.
katanya abah on the way balik dari solat Isyak kat masjid
masa tu angin kuat, dahan pokok patah timpa atas abah
parah juga. aku tengok gambar kat wasap tu rasa berderau je.
tangan patah, rusuk pun patah. kepala berdarah
sekarang ni tengah tunggu report dari pakar, sebab abah muntah-muntah
Ya Allah, aku nak balik sangat, tapi amir tengah periksa.
malam tadi ngah tanya boleh tak dia balik dulu tengok abah. aku kata susah juga kalau aku urus semua 3 orang anak. kebetulan Joe pun periksa jugak kat sekolah keb. Ammar pon periksa jugak tapi Ammar tu takpa la, tadika je pun.
risau pulak bila difikir-fikirkan. kang jadi apa-apa kat abah kang mesti ngah sedih sebab tak sempat tengok abah. mesti aku akan rasa bersalah yang amat.
mintak-mintak la takda apa-apa.