Esok hari Thaipusam. kebanyakan company tutup. tapi company aku kerja. ohh tak aci nyaaaa...
Dulu company di Selangor je tutup. kat KL bukak. lepas tu tahun lepas kot, eh ke 2 tahun lepas ntah aku tak pasti, KL pon cuti jugak sempena Thaipusam. yang sedihnya, company ni je menten takmo tutup.
Tahun-tahun yang lalu, takpe la taska bukak. boleh lagi hantar anak. start tahun lepas (ke 2 tahun lepas lupaaaa weiii) taska tutup jugak sebab dorang kata KL pun cuti Thaipusam, mesti la taska tutup. dulu taska bukak sebab selangor je cuti sedangkan orang yang kerja KL kena kerja, jadi tu pasal dorang kena bukak taska. kira ok la aku yang kena kerja boleh hantar anak. sekarang ni taska tutup.
semalam tanya Ngah, nasib baik company dia cuti. boleh la jaga hero 3 badik tu. kalau tak, harus aku apply leave.
Ngah company dia memang ambik cuti Thaipusam, cumanya ada ketika company dia suruh staff kerja hari Thaipusam, tapi tutup pada hari lain. depends pada keadaan. nasib baik kali ni company dia tak buat pertukaran hari cuti.
esok,
jalan dijangka tak jem.
call pon dijangka tak berapa nak masuk sangat, sebab kebanyakan ofis tutup.
mood nak kerja pon tak berapa nak stabil sangat, sebab laki ada kat rumah dengan anak2, aku kena kerja.
T____________T