Monday, 29 September 2014

Toy Museum, Batu Feringgi

Sambungan kisah percutian kami ke Pulau Pinang.
kejadian adelah pada Ahad 10/8/2014

Sebaik saja makan tengahari lepas check-out, kami menuju ke Toy Museum. 

Tempat ni memang dipenuhi dengan ribuan jenis replika kartun yang dari sekecik-kecik saiz hingga sebesar seorang manusia, malahan lebih bessar.

anak-anak aku memang sukaaaa datang sini, terutamanya Amir ngan Tajul. Ammar tu mula2 je suka. tak sampai setengah jam nampak ketakutan dia sebab macam2 watak ada dalam tu. yang macam hantu ponti pon banyak. 

paling tak tahan bila Ammar dok ralit tengok satu2 kartun pastu taknak orang pimpin tangan dia. habis satu row baru dia cari kami tengok2 takde, semua orang yang dia tak kenal dalam tu. lalu dia pon berlari ke pintu sambil nangis2 ketakutan. lepas dah nampak aku, terus mintak dukung. lepas tu dah taknak turun2 dah. nak dukunggg je. lagi2 kalau nampak kartun yang muka menakutkan tu. hoi punya la dia tutup muka takmo tengok. 

tiket masuk sini kalau tak silap aku :

Dewasa RM15/person
Kanak-kanak RM10/person
Budak umur 3 tahun pon kena bayar jugak. takde pengecualian.
sebelum mintak bayaran, orang kaunter tu akan mintak IC kami anak beranak. tujuan adelah untuk pastikan samada kita betul2 warganegara atau bukan. sebab tiket untuk warganerara dan bukan warganegara adalah berlainan kot.

saksikan gambar kenangan kami di Toy Museum :)























kesian budak ni ketakutan. boleh rasa jantung dia lajuuu je



Tajul ni tak nak aku ambik gambar dia. ni pun secara curi2. pastu bila balik KL dia tanya napa sumer gambar muka abg Amir je. pastu sentap sorang2. 


masa mula2 masuk, semua replika kartun adelah adiwira terkenal yang stok hero2 gitu. masa ni Ammar sangat excited. sangat sporting masa ambik gambar. dia blom nampak lg yang muka2 huduh tu...









gambar curik


susunan gambar ikut dan ajo.

sekian.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Monday, 22 September 2014

First time cik ila kidal buat cheese kek :D

Ni adelah aktiviti hari Ahad, yakni semalam.

aku memang suka makan cheese kek. dan jauh di dasar hati... wow, dasar le sangat huhu... aku teringin nak belajar buat cheese kek sendiri. aku dok baca dalam blog kata tak susah mana pon nak buat cheese kek ni. lalu aku tekad untuk try buat in stead of beli yg dah siap.

perancangan untuk buat cheese kek ni dari hari jumaat lagi. jadi, sebelum balik kerja jumaat tu, aku gugel resepi. dapat la dari blog mana ntah aku lupa dah. (tengkiu kat blogger tu).

dan aku print resepi beliau.

balik kerja aku singgah Bagus. beli bahan2 yg ada dalam resepi tu. cuma topping dia blueberry je aku tak beli, sebab ada lagi belen yang masa aku blajar buat blueberry cheese tart lepas raya hari tu. cukup ngam ngam untuk topping kot.

kat Bagus tak jual lemon. jadi terpaksa la aku tunda cheese kek aku. ingatkan nak buat malam nya tu. boleh la sabtu tu kami makan. nak buat cemana...

pagi sabtu Ngah tak kerja. kata dia nak kayuh basikal kat shah alam ngan kengkawan dia. ni lagi sorang. sanggup pagi-pagi buta ikat basikal kat bonet keter semata-mata nak kayuh reramai., kalau aku, huhhh... tarik selimut lagi baguih.

petang lepas asar, aku ajak Ngah pergi Mydin Subang untuk beli barang2 dapur. dan beli sekali lemon. boleh la teruskan niat buat cheese kek.

bahan - bahan cheese kek yang aku guna.

kasi zoom sikit.. lemon tu RM1.90 sebiji aku beli kat Mydin

ni la rupa cheese kek aku. aku ada loyang bulat tapi kecik. memandangkan aku risau kot2 kalau aku pakai loyang kecik dia limpah, baik aku guna loyang pat segi yg lebih besar siap2. 

hasilnya... nipis sikit cheese kek aku. tapi sedap dia tu menangis makan okeh
ni adelah resepi yang aku gugel dan print sebagai panduan. terima kasih kat blogger berkenaan.
cuma tang topping tu aje aku tak buat macam dalam resepi. aku punya, aku terus je siram kat atas cheese kek aku setelah 2 jam cheese kek tu aku simpan dalam peti ais.

aku ni kalau first time buat resepi apa-apa pun la, selalunya aku memang ikut betul2 panduan resepi tu. tapikan, yang part gelatin tu dia kata panaskan guna teknik double boiling, aku konfius sikit sebab dia tak cakap campur air ke takyah. aku pun panaskan la gelatin tu tanpa campur air, sebab aku pikir kalau cekelat masakan tu pon tak campur air huhu.. lalu tunggu punya tunggu, eh macam tak masuk akal je tak letak air, lalu aku letak air dalam 3 sudu gitu, barula gelatin tu cair. pastu aku pun happy la. dan resepi tu kata biarkan selama 5 minit. aku pun pukul whiping cream pulak. lepas tu aku pukul krim cheese pulak. bila aku nak campur ngan gelatin tadi, alamak dia dah keras pulekk. lalu aku panaskan balik dan campur lagi 3 sudu air. dah cair cepat2 aku tuang dalam cream cheese macam yang resepi tu suruh.


hasilnya...serius sedappp

kepada penggemar cheese kek, sila la blajar buat ni, serius tak susah punnnnnn...!

nota kaki :
aku memang sedar ejaan sepatutnya cheese cake, saja je aku tulis cheese kek. motif bagitau? huhu

sekian,

yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.

Thursday, 18 September 2014

Budget Hotel Batu Feringgi : Padua Inn, Pulau Pinang

Hotel ni bersebelahan aje dengan balai polis batu feringgi.

memandangkan dah masuk maghrib baru hegeh-hegeh nak cari tempat tido, maka apa yang available kami sauk je la.

kalau rasa nak book, boleh contact nombor kat bawah. 





ni katil king size. gambar gegar sebab masa ni dah nak check out. pastu tetiba teringat nak ambik gambar. lalu cepat2 snap.

ini pulak katil single. boleh baring sini sambil layan tv tergantung bawah sikit je pada siling. kat kaki katil tu ada satu sofa ngan meja kopi. tapi sofa to mak aii.. habuk tak hingat nya. aku duduk je terus bersin. 

ni pandangan dari sofa. boleh nampak bilik yang katil king tu

Baring dari katil singla, atau duduk dari sofa, boleh tengok tv. dah la tinggi, kecik lak tu. huhu

bilik air yang hanya ada kat bilik katil king
kami menginap satu malam je.

malam malam kat sini best sebab ada bazaar. jual kebanyakannya pakaian la. tapi kami tak pergi pun, sebab dah la penat, hujan renyai pulak tu. so takpe la. tu takde hal sangat pun.

esoknya dalam pukul 11pagi camtu kami check out. mula tu kami jalan kaki je keluar konon nak cari kedai makan tapi kebanyakannya samada dah nak habis atau macam tak best sangat. lalu kami patah balik ambik kereta lalu drive ke tanpa hala tuju mencari kedai makan. akhirnya jumpa sebuah restoran ni betul2 tepi di pinggir pantai. menu sarapan takde, yang ada cuma menu makan tengahari aje. boleh la. elok jugak tu, baik makan nasi terus kenyang2.

masa kami ronda2 mencari kedai makan tu, baru la aku nampak banyak nau rumah tumpangan disekitar situ. abis tu nak buat cemana kan, malam2 cari hotel mana nampak lorong2 belakang ni banyakkk pilihan hotel murah.

kat bawah ni beberapa pic yang sempat aku snap.

ni betul2 tepi pantai. rugi aku tak tidor sini. takpe la... kalau ada rezeki boleh datang sini

alamak.. no. contact terlindung laa..

lepas check out, lepas makan, kami ke Toy Museum.

tu next entry la pulak..

oyye, komen aku setelah menginap di Padua Inn...

rasanya kalau datang lagi sini, aku takkan pilih Padua Inn lagi dah. sebab kebersihan dia tu kureng sikit. habuk banyak nau. mungkin bilik yang aku duduk ni kurang mendapat pengunjung kot lalu dia pun takde la mengelap secara kerap. pastu dia punya sofa tu dan kerusi yang tinggi dalam gambar tu kan, dah koyak and lusuh. patut tukar dah tu. tukar yang murah2 pun takpe, asalkan ada selera nak lepak situ. dan lagi... aku macam tak boleh tido kat situ. ntah, rasa macam.... tak boleh tido la.... macam, macam takottt je. ntah hapa hapa je aku ni.

ok dah, itu aje... ececeh tetiba

babai.

yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.