Salam Ramadhan,
Hari ni dah 24 Ramadhan. tapi aku dapat cuti istimewa bermula hari ni. :p
Dulu-dulu kan, kalau aku period waktu bulan Ramadhan, aku boleh dikatakan tak makan sangat. cuma minum air je. tu pun sikit2 je. sebab macam takde feel sangat buat sumer tu.
Dulu masa tingkatan 5 kalau tak silap aku, ada sorang budak lelaki tanya ustaz, kenapa pempuan takleh berpuasa bila period. Ustaz jawab masa tu keadaan pempuan 'kotor'. darah keluar, jadi diharamkan untuk apa2 ibadah seperti solat, puasa, baca Quran, mengerjakan haji, dan seumpamanya.
Jadi, jawapan tu dah terpahat dalam ingatan aku. lagipun bukan dari ustaz tingkatan 5 aku tu aje. kat mana2 rancangan TV pun aku ingat jawapan pun lebih kurang cenggitu la.
Perempuan yang berada dalam keadaan haid, fitrahnya kotor, dan Allah haramkan dari beribadat, antaranya Allah haramkan berpuasa.
Namun sejak umur aku dah semakin meningkat ni, aku perasan, kalau waktu period, walaupun bukan dibulan puasa, dan kalau aku tak makan, aku akan rasa pening secara lite2 gitu. macam hanyutt je rasa. tambah pulak kalau bulan puasa rasa agak segan nak togok air, kebiasaan aku tak minum pun. balik rumah tu je la kalau nak togok air pun. pendek kata umur dah ujung2 ni macam2 penyakit datang.
lately aku terpikir, terpikir secara sendiri. takkan la semata2 kerana keadaan kita yang kotor ketika haid maka Allah haramkan kita beribadat kepadaNya, kan? sebenarnya kerana kasih sayang Dia la, maka Dia haramkan perempuan haid dari berpuasa. Dia suruh perut jangan kosong ketika haid. sebab ketika haid, perempuan dibersihkan rahimnya. ditukarkan darah pada dinding rahim supaya dapat diganti dengan darah baru. sebab tu Dia suruh perempuan ni cukup air, cukup tenaga untuk sistem badan melaksanakan proses pembersihan ini. kan ke itu salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya? Allahuakbar!!
kalau la aku dokter, nak rasanya menkaji benda2 cenggini. maksudnya dari segi sains, kenapa perempuan period tak boleh berlapar. gitu.
eh bukan itu aje, malahan Nabi SAW yang ummi (buta huruf) pun cakap kalau nak minum air ketika kehausan melampau, pun ada kekdahnya. minum dulu 3 teguk pertama, pastu berhenti. pastu sambung minum lagi 3 teguk. Baginda tak suruh engko minum terus satu gelas mentang2 haus kan. haaa... tu ada sebab dia. pasti ada sebab dia. dan aku teringin nak kaji bab2 macam ni. tapi tu la, aku ni bukan dokter huhu. dulu apesal la aku bengap sangat biologi. menyesal sekarang dah takde guna.
eh, dah nak balik la...
best je rasa hari ni. senyap sunyi. telefon bunyik kadang2 je. kerja pun sumer dah siap. dah takde apa sangat. kalau hari2 macam ni kan best?
ok la bye.
yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.