Tuesday, 22 July 2014

Puasa dan Haid

Salam Ramadhan,

Hari ni dah 24 Ramadhan. tapi aku dapat cuti istimewa bermula hari ni. :p

Dulu-dulu kan, kalau aku period waktu bulan Ramadhan, aku boleh dikatakan tak makan sangat. cuma minum air je. tu pun sikit2 je. sebab macam takde feel sangat buat sumer tu.

Dulu masa tingkatan 5 kalau tak silap aku, ada sorang budak lelaki tanya ustaz, kenapa pempuan takleh berpuasa bila period. Ustaz jawab masa tu keadaan pempuan 'kotor'. darah keluar, jadi diharamkan untuk apa2 ibadah seperti solat, puasa, baca Quran, mengerjakan haji, dan seumpamanya.

Jadi, jawapan tu dah terpahat dalam ingatan aku. lagipun bukan dari ustaz tingkatan 5 aku tu aje. kat mana2 rancangan TV pun aku ingat jawapan pun lebih kurang cenggitu la.

Perempuan yang berada dalam keadaan haid, fitrahnya kotor, dan Allah haramkan dari beribadat, antaranya Allah haramkan berpuasa.

Namun sejak umur aku dah semakin meningkat ni, aku perasan, kalau waktu period, walaupun bukan dibulan puasa, dan kalau aku tak makan, aku akan rasa pening secara lite2 gitu. macam hanyutt je rasa. tambah pulak kalau bulan puasa rasa agak segan nak togok air, kebiasaan aku tak minum pun. balik rumah tu je la kalau nak togok air pun. pendek kata umur dah ujung2 ni macam2 penyakit datang.

lately aku terpikir, terpikir secara sendiri. takkan la semata2 kerana keadaan kita yang kotor ketika haid maka Allah haramkan kita beribadat kepadaNya, kan? sebenarnya kerana kasih sayang Dia la, maka Dia haramkan perempuan haid dari berpuasa. Dia suruh perut jangan kosong ketika haid. sebab ketika haid, perempuan dibersihkan rahimnya. ditukarkan darah pada dinding rahim supaya dapat diganti dengan darah baru. sebab tu Dia suruh perempuan ni cukup air, cukup tenaga untuk sistem badan melaksanakan proses pembersihan ini. kan ke itu salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya? Allahuakbar!!

kalau la aku dokter, nak rasanya menkaji benda2 cenggini. maksudnya dari segi sains, kenapa perempuan period tak boleh berlapar. gitu.
eh bukan itu aje, malahan Nabi SAW yang ummi (buta huruf) pun cakap kalau nak minum air ketika kehausan melampau, pun ada kekdahnya. minum dulu 3 teguk pertama, pastu berhenti. pastu sambung minum lagi 3 teguk. Baginda tak suruh engko minum terus satu gelas mentang2 haus kan. haaa... tu ada sebab dia. pasti ada sebab dia. dan aku teringin nak kaji bab2 macam ni. tapi tu la, aku ni bukan dokter huhu. dulu apesal la aku bengap sangat biologi. menyesal sekarang dah takde guna.

eh, dah nak balik la...

best je rasa hari ni. senyap sunyi. telefon bunyik kadang2 je. kerja pun sumer dah siap. dah takde apa sangat. kalau hari2 macam ni kan best?

ok la bye.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.

Monday, 14 July 2014

Lauk param

Semalam aku gi bazar ramadhan kat stadium shah alam. pergi secara tak rancang pon.

Sad adik bongsu Ngah datang hari sabtu pagi tu. so, ahad, Ngah kena hantar balik asrama ADTEC. ingatkan Ngah nak hantar ngan motor je. so aku bajet duk rumah je la.
 tau2 dia suruh siap2 nak bawak gi shah alam.

hantar sad dulu pastu baru pergi param (read : pasar ramadhan).

seumur hidup aku rasa baru sekali dua je pergi param stadium ni. pasar pagi selalu la. 
sebabkan ramai sangat peniaga, dan ramai jugak pembeli, dan aku memang tak tau kedai mana sedap kedai mana tak sedap, jadi aku pilih rambanga je la. nampak macam ramaiiiii je orang kat kedai ni, aku pun beli, dengan andaian kedai ni mesti sedap. kalau tak sedap takkan sampai beratur kan?

memula nampak kedai yang jual daging bakar. daging dia cucuk dengan lidi satay pastu selang seli dengan lada benggala dan terung. aku pun ikut beratur and beli. harga RM7/cucuk. ayam pun sama harga. 

aku beli daging satu, ayam satu, pita kebab satu.

pastu nampak pulak orang dok kerumun kedai nasi kerabu. sebab risau kot2 tak sempat balik masak nasi, aku pun decide beli je la nasi kerabu 2 bungkus. untuk aku dang Ngah. aku beli nasi kerabu biasa je. RM2.bungkus. pastu aku beli seketul ayam percik kat kedai yang sama. ayam sekor potong 4. jadi besar la portion dia. aku ambik bahagian peha. RM6/pc.

kemudian terpikir nak kena beli lauk yang kuah dia tak pedas. jadi aku beli pulak sup campur. RM7/bungkus. isinya seciput je. hahaha.. sakit hati aku tengok. 

dan lastly aku beli pecal kampung. RM3/bungkus.

lain2 nya adelah kuih2 dan air.

balik rumah berbuka puasa dengan hari kesakitan. maunya tak sakit hati? nasi kerabu langsung tak sedap. bagi aku, bagi free pon aku taknak. rasa dia serba serbi kurang. ayam percik dia pun sikit je jamah. tak sedap langsung. entah peniaga ni tau ke tak cemana percik tu sepatutnya rasa. nakkkk je aku hantar balik percik tu kat dia hahaha... agaknya yang berkerumun ramai2 tu pon main ikut orang je kot. asal nampak ramai orang je dia pon joint sama. haishhh.

pastu daging ngan ayam tu pun sedih nak citer. daging liat nak mamp**. baik daging baik ayam, semua serba tak kena pada selera aku semalam.

sup daging ngan pecal tu aku simpan untuk sahur. nasib baikkkkk sup sedap, walaupun isinya seciput aje. pecal pun sedap. teringat ingat sampai sekarang. kalau dekat ngan rumah memang aku pi beli lagi.

aku rasa param ni kot2 mana pon elok la beli yang berdekatan dengan rumah, yang mana kita dah tau dah kenal peniaga tu, dah tau rencah rasa air tangan peniaga tu. oye.. kat param BK4 ni ada satu kedai lauk yang semua jenis lauk dia boleh dikatakan sedap. dan bagi aku masih kategeri murah. 

eh, ok la nak balik dah ni. 
bye

Tuesday, 1 July 2014

Sepagi di ADTEC Shah Alam.

Salam Ramadan..
Tahun ni ramadan jatuh hari ahad. Jadi hari ni selasa dah hari ke 3 kita berpuasa.

Hari ni aku ambik cuti. Tujuannya adelah hantar Sad daftar sebagai pelajar baru di ADTEC, Shah Alam.

Sebenarnya aku tak plan nak cuti pun. Tapi memandangkan Ngah ajak teman dia pastu dia kata lepas pendaftaran tu kitorang nk jenjalan cari baju raya anak.. Aku pon ok la.. Bukan senang weii nk berjalan2 berdua2 an skrg ni. Jadi mari la kita feeling2 remaja gittew..

Saat aku update ni adelah kerana boring teramat menunggu Ngah ntah kemana menghilang di celah2 org ramai. Pegi tandas kot..