Tuesday, 29 October 2013

Tengah hari ini

Nikmat..

Makan lunch hari ni telah ditaja oleh Fiona. Alhamdulillah...
Fiona ni supplier company tempat aku kerja. bukan aku sorang je mendapat tajaan, HOD aku pun joint sekali. lokasi adelah kedai mamak Pelita kat sebelah IOI mall tu aje.
sedapp... hoi mesti la sedap. dah free hehehe...

aku ada la jugak makan sekali sekala kat kedai mamak pelita ni, tapi setiap kali aku makan situ, menu lauk pilihan adelah ayam goreng. tak pun kari sotong. tuuu je la menu yang aku rasa terpikat.

hari nii je baru aku try lauk ayam masak hitam tu. tu pun atas rekemen dari Fiona. dia kata sedap. so aku try. dan betul sedap. cuma kalau kau orang tak suka masakan yang a bit manis, jangan ambik. rasa dia manis hokey. manis yang tak de la keterlaluan. manis yang sedap je kat tekak aku.

masa makan, kami sembang la pasal site office. dan aku tercerita yang aku tak pernah pergi site office KP. ye la. aku bukan QS nak kena buat site visit segala. kalau takde tujuan buat apa pergi. bukan boleh claim milage pun. lain la kalau boss suruh pergi. tu boleh la claim.

dan tak semena mena pulak HOD aku cakap boleh kalau aku nak pergi sekali sekala tengok2 site. sambil2 tu boleh ambik DOs kat site bawak balik ofis... ler... padahal kalau aku tak pergi pun, orang site kan ke selalu datang HQ. so dorang hantar la DOs sekali harung. HOD kata boleh bagitau dia kalau nak pergi, dan boleh claim milage... hurmm... boleh difikirkan...

tak semena mena pulak si Fiona offer diri nak bawak kami ke site KP lepas makan tu. dan tu la pes taim aku buat site visit. hoi.. ni kena sejarah ni wei... kena tulis dalam blog ni... hehe..

rupanya takde la jauh mana pun. aku sangka jauh nau. ye la, kat tittle project tulis Daerah Kuala Langat. nampak jauhhhhh je. macam tempat jin bertendang kekdahnya... eh, orang2 Kuala Langat jangan marah ye, aku gurau je tu...
area Puchong Prima je ghupenye. cisss... dua tahun tipah tertipu huhuh..

eh, pernah ke aku blog pasal kerja aku eh? ke tak pernah? ok takpe. aku tengah ada mood ni..

aku kerja dalam bidang construction. aku buat purchasing. beli2 construction materials. tu je nak citer pasal kerja aku. nak kata menarik, takde la sangat. nak kata tak menarik, pun tak tau nak kata. gitu2 je. aku rasa bidang aku ni kalau kau kerja bank, aku ni ibarat kerja bahagian depan kaunter tu. yang kalau kau nak kuarkan duit, kau kena isi form. pastu ambik nombor. pastu bila giliran kau dah sampai, kau akan datang jumpa aku. aku pulak, akan ambik form yg kau isi tu. cek betul ke tak betul data2 dalam form tu. mintak no. IC kau untuk pastikan yang memang kau la si pemilik akaun tu. pastu semak tanda tangan tu betul ke tak betul, pastu semak duit kau dalam akaun tu cukup ke idok untuk aku kuarkan. bla bla bla.... begitu la lebih kurang. orang kata kerja di operation line. nak kena cepat. cepattttt je sokmo.

Boring tak kerja purchasing?
ho ho ho...

kau orang tu, boring tak dengan kerja korang sekarang? hahaha...

aku rasa, aku ni kategori dok rumah lagiiii boring tak tau nak buat apa. sungguh aku tak tipu. aku pernah jadi suri rumah sepenuh masa ketika aku mengandungkan Tajuddin. Tahun 2009. Sebulan pertama tu rasa wahhhh... bestnya tak payah bangun pepagi tergesa2 pergi kerja. rasa bebassss sangat. hari2 bangun ikut suka nak tido sampai lebam pun takpe. Takde sapa nak kisah. Ngah pun takde nak bebel ke hapa. mungkin faktor mengandung kot..
rasa boring kat rumah, start keter bawak Amir pergi playground kat tingkat 2 Giant BK4. kemain sonok anak aku tika tu. almaklum sebelum tu asyik kena tinggal je kat taska.

tapiiiii...
masuk bulan kedua tu dah rasa lain. rasa keboringan. makin lama makin terasa boring tu. sampai satu tahap. aku mintak dengan Ngah nak balik kampung barang sebulan dua. Ngah okey je. dia ni flexible. senang berkira. maka aku pun balik kampung. konon nak stay la dalam dua bulan camtu. ye la kan. lama giler kot aku tak merasa dok kampung untuk tempoh masa yg lama. sejak aku sambung degree kat UPM tahun 1999. tahun pertama cuti semesta tu la kot seingat aku yang paling lama aku dok kampung. tahun kedua cuti sem, aku ikut coursemate aku Jini pergi kerja kilang di Senai, Johor. dia ada makcik kat sana. jadi tak merasa dok kampung. kerja kilang uolss... semata2 nak kumpul duit nak beli komputer. tapi tak terbeli-beli sebab tak berjaya kumpul duit sangat. kerja situ gaji dia tak besar mana. makan minum lagi. walaupun menumpang rumah makcik kawan and tak kena bayar, tapiiii tak gamak aku nak duduk semata mata duduk. kena jugak beli apa2 barang untuk rumah. dan masa nak balik tu aku kasi la jugak RM sikit walaupun makcik kawan aku tak mintak. sebab dia pun bukan kaya. kerja kilang jugak. kena bayar sewa rumah jugak. kebetulan pulak masa aku tumpang tu, housemate dia pindah keluar duduk hostel kilang kalau tak silap aku. maknanya dia bayar sorang la sewa rumah masa tu.

masuk tahun akhir, di semesta ke5 aku dah mula kerja part time kat shakey pizza di Mines shopping fair. skrg shakey pizza tu dah tutup tak tau kenapa. aku pergi mines dah takde shakey pizza. dengar citer dah takde langsung dah shakey ni tapi tak tau la betul ke tak.

semesta 5 ada ke masa kerja part time?

hehehe...
oleh kerana aku buat diploma dulu sebelum sambung degree (bidang yang sama), maka ada beberapa subjek yang aku dah ambik masa diploma dan dah takyah ambik lagi masa degree. apa subjek, berapa subjek dan berapa kredit tu aku dah lupa. tu kena bukak balik sijil dia baru boleh ingat.

masa time aku dulu, kami diberikan senarai apa subjek wajib (dipanggil subjek teras) dan subjek pilihan (dipanggil subjek elektif) untuk habiskan degree kami. kendian, terserah la kat diri masing2 nak ambik subjek apa dan berapa bilangan subjek kau mampu ambik untuk sem itu. katakan untuk dapatkan degree tu kena habiskan 120 kredit. satu sem purata kredit kena ambik ialah 20 kredit. jadi pepandai la nak ambik subjek apa untuk sem tu berdasarkan senarai subjek tadi. kalau rasa nak bersenang-senang dulu, bersusah-susah kemudian, ambik la subjek senang dulu dan ambik sikit je subjek untuk sem tu. tapi masuk ujung-ujung sem, merasa la kau pulun subjek2 susah yang bisa menjunamkan kau punya pointer. padan muka.

aku dapat pengecualian 25 kredit. jadi secara logiknya aku boleh habiskan degree dalam 5 sem je. kira aku jimat 1 sem. tapi aku tetap habiskan jugak 6 sem. cumanya aku tak perlu struggle seperti student yang masuk degree lepas matrik. orang lain mungkin ambik 7 subjek untuk satu sem. aku mungkin 6 je. dan jadual kelas dorang lebih padat dari jadual aku. gitu.

Ramai di kalangan kawan2 aku, dorang lepas diploma, terus dapat offer sambung degree November 1998 intake. dan aku pulak May 1999 intake. dorang dah masuk sem 2, aku baru sem 1. jadi dorang la yang nasihatkan aku tentang macamana nak ejas subjek supaya balance. supaya di tahun akhir, aku tak kelam kelibut sangat dengan subjek banyak lagi, dengan projek tahun akhir lagi. terima kasih la kawan2 ku..

oleh kerana mendapat panduan dari kawan2 la, maka aku berjaya ejas supaya tahun dua aku sangat taff dengan subjek2 heavy (bagi aku) dan di tahun akhir aku lebih relaks untuk lebih fokus dengan projek tahun akhir.

Jadiiii... jadual kelas aku idok ler padat bebenor.

Disebabkan tak padat la, and demi nak kumpul RM nak beli computer katanya, maka aku pun kerja part time.

Bukak je sem 6, aku berjaya beli sebuah computer dengan rega RM1500.00.

orang lain yang ambik course computer dari sem 1 lagi dah beli, ni aku kalau bukan sebab kena buat projek sem akhir takde der aku beli kot. Huhuhu...

kemain panjang berjela aku citer padahal nak bagitau yang aku dah lama giler tak balik kampong untuk tempoh masa yg lama hahhah... hadoiii... aku kalau membebel... huh..

eh, sampai aku rasa macam hilang point nak citer ni...

dan aku rasa nak kena stop dah ni.

Senang nanti aku citer lagi eh?

Babaiii

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku

Wednesday, 23 October 2013

Gembira

Gembira.

sebab apa gembira? Dah tentu la sebab dah pindah rumah. walaupun hanyalah rumah apartment. eh, rumah flat je la pun. aku pun baru tau yang rumah kalau apartment dia tak sama spec dengan rumah flat. rumah flat lagi low sikit la. gittew... takpe la.. low pun low la hahaha... janji dok rumah sendiri. selama aku menyewa rumah yg sebelum ni kan, rumah teres... hoi banyak nye la anai2. habis dimakannya katil aku. pintu bahagian dapur rumah tu pun hancuss. sampaikan aku nak bukak dari dalam pun dia macam ketat tau. sebab anai2 tu dah buat laluan dia jadi kalau aku tolak pintu kuat2 nak bagi terbukak, dia akan jatuh pasir2 jalan anai2 tu. ngeri sungguh. paling tak tertahan tu. kalau aku beli koko crunch untuk anak. pastu aku letak la atas rak ala yg jual kat Ikea tu yang pasang kat dinding tu... pastu beberapa hari kemudian bila nak ambik nak makan, tau tau je kotak koko crunch tu dah reput uolss... oh, sungguh ketakutan.

Set bilik tidur. katil dia punya bahagian sisi yang rapat ke dinding, pun reput dah. dah tak boleh buat apa2 dah. buang je la. kita tidur atas tilam tanpa katil sebijik macam zaman kanak2. anak2 pun kemain suka. pantang aku bukak pintu bilik, pakat lompat2 guling2 atas tilam.

nasib baik katil anak2 bujang aku sempat diselamatkan. dah nampak ada tanda2 anai2, cepat2 Ngah cari ubat. dia sembur seluruh bahagian katil. pastu papan yang tak coated, dia balut dengan wrapping plastic.

rumah skrg ni harap2 la tiada serangan anai2.

ok. tu je untuk hari ni.

aku nak sambung kerja ni.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku

Tuesday, 8 October 2013

Akan pindah hujung bulan ni InsyaAllah

Susah bila hidup bergantung banyak kat teknologi nih.

contoh mudah. bila pakai henfon. pastu tetiba henfon hilang. dah satu hal nak call orang tu orang ni dah tak boleh sebab lupa nombor henfon.

macam yang berlaku kat Ngah skrg ni. henfon hilang kat kampung aku masa balik mengundi bulan 5 (kot, aku lupa..). disyaki hilang kat rumah mek, sebab tak perasan kalau jatuh kat mana2, tau2 nak guna dah takde.

pastu menggagau jugak la nak mencarik balik nombor2 penting. contohnya nombor henfon tuan rumah.

Ngah pakai balik nombor henfon dia. dengan harapan kalau kawan2 dia call, still boleh dapat.

pastu kan, kami memang dah rancang nak pindah rumah hujung2 tahun ni. jadik kena la inform kat tuan rumah pasal nak pindah ni, takkan nak cabut lagu tuuu je. ekceli dari lepas raya puasa tu hari lagi dah berusaha mengesan tuan rumah ni. dari bulan 8 kot. tapi tu la, tiada kejayaan di situ.

aku ngan Ngah pon heran, kenapa la tuan rumah taknak call. selalu dia rajin call, especilly taim2 bayar sewa. dah bank-in ke belom, bila bank-in, bla bla bla... tapi sejak musim mengundi tu, langsungggg senyap sunyi, sampai kitorang sangka dia ni macam ermm... sihat ke idok, ada kat malaysia ke idok, ke atau dia pon hilang henfon? musykil... musykil...

lalu kami laki bini pun makin hari makin tak senang duduk. kita ni cemana? nak pindah ke bulan 10 nanti? cemana ni? tuan rumah tak dapat dikesan ni?

lalu kami pikir nak cari sampai ke rumah tuan rumah. kat Klang katanya. alamat hanya ada dalam agreement sewa rumah tu aje. masalahnya dah tak ingat simpan mana agreement tu. ntah2 dah buang kot. sebab rumah banyak anai2 jadi banyak la jugak surat2 kertas2 yang consider dah tak pakai tu aku buang hahahah...#nangis#

maka misi mencari agreement tu pun bermula la... dan diakhiri dengan penemuan dalam file aku huhuh... sungguh tak ku sangka. aku yang simpan rupanya. takpe, nasib baik jumpa.

jadik, ahad lepas dalam pukul 6 pm camtu, Ngah ajak cari rumah tuan rumah. dengan bantuan GPS henfon, jumpa la.

dan sumer berjalan lancar.

jadiknya kami dijangka pindah rumah akhir bulan ni.

pindah duduk rumah sendiri katanya. rumah apartment je kot. Alhamdulillah... boleh la tu. asalkan sendiri punya. Terima kasih Allah..

ok tu aje nak update.
nak sambung kije melambak ni hihih


Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku





















Thursday, 3 October 2013

Dari Kisah Bini Mat Yo

minggu lepas ke dua minggu lepas kot, ofismate aku dok sibuk pakat tengok video bini mat yo si pemain bola sepak JDT. yang katanya bergaduh memaki hamun pakcik guard kat Airport Subang tu.

mulanya aku ingatkan dorang layan video makyong mainan tradisional kelantan tu. sebab bunyi sebutan mat yo ngan makyong kan hampir samaa je. lepas tuuuu baru aku tau kes bini mat yo tu, tu pun setelah baca paper harian metro (kot, aku lupa..)

PC kat ofis aku ni, PC akuuuu je yang takde built-in speaker. PC kawan2 lain sumer ada. so kalau aku nak bukak dengar pun takleh. maka sampai ke hari ni la aku tak tau sangat buah butir ayat2 bini mat yo yang katanya kurang ajar tu. dan kat rumah pun aku tak melayan sangat internet net net nih. tak sempat..

cuma ada la tumpang dengar dari Pc kawan sebelah ni. tu pun yang ujung ujung dah..

lepas insiden tu, ramai la pulak dok bagi komen kutuk si aisyah bini mat yo. kurang ajar la... tak hormat orang tua laa..eh macam tak biasa kennn..  hehe...

well..
memalukan jugak la bila keaiban kita terdedah sampai satu Malaysia tau kennn.. pada aku laa... eh tapi ada ke orang bangga kena maki kena kutuk eh?

dulukan, ni kisah masa aku belajar diploma kat PTPT Ampang. masa cuti sem, aku buat part time kerja Mc D di Ampang Point. kendian, bila ada Mc D baru bukak di Amp Walk (kalau tak silap aku... almaklum la dah lama..) aku pun dihantar kesitu, juga sebagai part timer saje.

Mc D Amp Walk masa mula2 bukak dulu tak bizi mana. sebab tak banyak kedai bukak pada ketika itu. cuma bizi waktu lunch hour aje.

yang aku nak citer bukan la kisah kerja Mc D. tapi kisah pada satu hari, aku dalam keadaan mood yang agak kelaut sikit. aku tak ingat la kenapa, sebab boss marah ke atau sebab period time ke, gaduh ngan pakwe ke, series aku lupa punca dia tapi bad mood la.

pastu terasa nak kencing and pegi la toilet. masa bukak pintu utama toilet tu dia macam ketat tauu.. dan aku kena tolak kuat2 baru dia terbukak. dengan badmood campur pulak pintu ketat, aku pun tolak la pintu dengan perasaan marah. kau tau la bila kita buat sesuatu dengan rasa nak marah tu cemana hasil dia kenn.. eh macam tak biasa lak..

dah terbukak pintu tu tetiba ada tong sampah pulak kat belakang pintu terbalik kelentung kelentangggggg... (tong sampah yang jenis ada macam pepasir kat atas piring alumimium untuk orang matikan api rokok)
maka bertaburan la pepasir tu atas lantai. kebetulan pulak ada makcik indon tengah cuci tandas. dia pun sound aku konon aku ni sengaja bukak pintu kasar2 sampai terbalik kuang tong sampah dia. aku lagiiiii la bengang tahap tak tau nak cakap dah bila dia sound aku.

sebab taknak panjangkan hal ni, aku kencing cepat2 lalu blah dari situ. masa aku nak kuar dari tandas tu, makcik indon tu siap mengata aku dalam bahasa jawa (kot) dengan makcik indon sorang lagi.
lagiiiiii la aku hangin. dengan tak mintak maaf tak apa, aku blahhhh je sambil berlagak tak bersalah hahaha. padahal tensinya la aku Tuhan je tau masa tu.

aku tak sengaja, kau asikkk la tuduh mengata kat aku. pulak tu siap kutuk bahasa aku tak paham.

hangin la aku!

pastu, selang beberapa hari kemudian, makcik indon tu datang Mc D jadi pelanggan aku. Queue kat kaunter aku pulak tuu. hambekkkk. masa tu terpikir 'nasib baikkkk aku tak perang mulut kat tandas tu hari, kalau takkkk, mesti asal datang Mc D je ngumpat pasal aku, asal nampak aku je ngumpat' hahahaha...

so, berbalik citer bini mat yo tu tadi, aku rasa kan, kalau ikut rasa, memang binasa la kennn...

Soal hati soal perasaan ni kan, even diri sendiri pun tak termampu kan kontrol, kecuali dengan izin Tuhan. aku sangat bersyukur sebab Tuhan masih sudi melindungi aib aku ni. Syukur...

jadi, jangan la kita ambik kesempatan untuk mengutuk2 orang atas kesilapan kita. jadikan panduan sudahh.

ok. sekian dari aku.


Yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku.

































Wednesday, 2 October 2013

Cerita campur campur

Setelah sekian lamanya tak menjenguk blog...

Padahal banyak nauuuuu bahan cerita nak share kat sini.
almaklum la aku sangat sibuk dengan kerja dan langsung tak berkesempatan nak update blog. ye la ye la... macamkan aku saja yang sibuk orang lain tak..

ye. memang banyak benda nak citer. tapi memandangkan dah lama sangat maka feel tu dah takde dah.

oh, minggu lepas. Ahad. Kat skolah Amir ada sukaneka. jadi aku attend la bagi support sikit sementara Ngah dok rumah jaga Ammar ngan Joe.


Jari tunjuk 3 maksud dapat nombor 3 (drpd 4 haha) untuk acara lari-pastu-baling-gelung-dalam-kon.
 malam sebelum tu, yakni Sabtu malam, kitorang pergi tengok perlawanan bola sepak kat dataran Karangkraf, Shah Alam. Kelantan lawan Johor. best rupanya tengok bola secara beramai-ramai wooo.. baru faham kenapa peminat tegar bola suka bersesak-sesak kat stadium. walaupun Kelantan kalah dibelasah JDT 2 - 4.




ok la dulu. nanti free citer lagi

babai..






yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku..