Saturday, 2 November 2024

Memang 5gram awak, bekas tu je dalam so nampak macam sikit krimnya

 aku nak cerita pasal sorang customer lama. Lama tu sebab dia start beli set DG dari aku menjak 2018 kalau tak silap. repeat repeat repeat, lepas tu senyappp.

tu biasa la kan, standard la kalau customer stop beli dari kita, mungkin dia beli dari jiran ke, atau dia tukar produk lain pulak. 

Lepas tu 2024 dia kembali beli dari aku semula. Masa mula-mula dia kembali nak beli dari aku, dia ada mentioned that sebelum ni dia beli yang fake. Dari mana dia tahu yg ori yang fake, Wallahu 'alam aku tak tahu dan aku pun tak tanya.

Katanya dia beli dengan orang lain, tapi hasilnya tak glowing macam mula-mula pakai DG yang beli dari aku. Aku taknak komen pasal ni sebab aku tak nak bandingkan DG yang aku jual dengan DG yang orang lain tu jual. Mungkin yang dia beli kat orang lain tu ori je, cuma dia yang pakai tak konsisten macam dedulu, tu pon memberi punca juga.

Kebelakangan ni dia selalu repeat dari aku, dan opkos aku happy la. cumanya baru baru ni dia beli loose night cream dari aku, lepas tu dia complen kata aku jual produk yang dah dibuka dan dah dipakai separuh.

Aku speachless dan tak tahu nak jawab apa. Dia tunjuk gambar krim kunyit tu dalam posisi tertonggeng senget. Kau paham tak aku nak explain ni? huhu

Krim kunyit tu kan, dia lembek. Jadinya, bila dari HQ di poskan ke master leader, mungkin bekas krim tu kedudukannya melintang, atau tersenget atau posisi bekas berbaring, kiranya bekas tu tak duduk dalam keadaan normal, jadi krim tu pon bergerak mengikut kedudukan bekas kan. Opkos dia pun ikut melintang juga,

Tak pon kemungkinan bekas krim tu dalam kedudukan melintang atau berbaring ketika master leader pos kat aku.  Atau masa simpan krim tu kedudukannya terbaring. Lepas tu aku pulak pos kat customer tu. Bila customer bukak opkos dia nampak seolah olah krim kunyit tu hanya separuh, nampak dasar bekas, padahal isian krim tu memang banyak tu jugk. 5gram.

Allahu Akbar...

Kadang Tuhan hantar customer cerewet sorang dua supaya si penjual bersabar. huhu

Aku explain bahawa krim tu lembek, bila bekas tu posisinya berbaring, krim pun ikut baring. 

Guys, setiap krim tak kira krim kunyit, krim aloe vera mahupun day cream DG, menurut HQ, isiannya adalah 5gram. 

bekas tu pulak, dia dalam. dia boleh isi sampai mungkin 10gram (aku andaikan). bekas yang kapasitinya 10gram bila kita isi 5gram dan kemudiannya krim tu menyenget, bila kau bukak, memang la akan nampak macam separuh kosong bekasnya. Adududu... hahaha

Sape nak try dapatkan kulit wajah glowing naik seri, meh cuba 1 set. pakai konsisten setiap pagi dan malam TANPA PONTENG, haaa tengok tu aku taip tulisan besar lagi, supaya korang tahu bahawa kalau nak kesan maksima, memang tan boleh pakai time rajin je. Kau kena RAJIN PAKAI.

012-931 1015 - wasap kakak kalau nak order.